Saturday, February 12, 2011

Lepas Kami Hilang Kerusi Pengundi Melayu.. Dr Dzulkefly


KL 12 Feb 11: “Selepas kami mula kehilangan pengundi-pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil, kami bertanya pada diri kami bagaimana untuk mendapatkan balik lapan hingga 15 peratus undi protes yang diterima dalam pilihan raya 2008,”

Kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) kepada The Malaysian Insider semasa bercakap mengenai Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, anjuran khas PAS pada 19 Februari ini..

Dalam perikatan tiga parti itu, PAS merasakan ia perlu menggerakkan usaha untuk mendapatkan undi orang Melayu dalam menghadapi Umno pada pilihan raya umum ke-13. Bagaimanapun Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sokongan orang Melayu dilihat terus mula memihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya-pilihan raya kecil lalu, daripada tujuh kepada 10 peratus, sekali gus membolehkan perikatan kerajaan pusat itu merampas Hulu Selangor dan Galas daripada Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya kecil terbaru di Tenang, Johor pula Pakatan Rakyat gagal untuk menerokai sokongan kalangan peneroka Felda, majoritinya orang Melayu, di mana BN menguasai lebih 83 peratus undi.

Dzulkefly berkata dengan memberi penekanan ke atas tiga bidang politik, ekonomi dan agama, PAS akan “bertanding di kawasan-kawasan yang BN menganggapnya milik mereka.”

Kata beliau, wujud persaingan sengit dalam mendapatkan undi orang Melayu antara Umno dan PAS sejak selepas Mac 2008 dan ia akan semakin sengit menjelang pilihan raya umum ke-13. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor memberitahu pada konvensyen 19 Februari ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan dasarnya yang menekankan soal ekonomi orang Melayu, khususnya dari segi “pendapatan yang boleh diguna berbanding aspek ekuiti semata-mata.”

“Kami akan bergerak dari bercakap mengenai kuota 30 peratus Bumiputera kerana ia hanya akan memanfaatkan 20 peratus elit orang Umno.

“Sebaliknya kami akan bercakap mengenai paras pendapatan 40 peratus rakyat miskin, di mana 73 peratus adalah Bumiputera yang memperoleh RM1,500 atau lebih rendah setiap bulan,” katanya.

Kata beliau matlamat itu akan dicapai menerusi inisiatif-inisiatif seperti pembiayaan mikro, gaji minimum dan pendidikan berbanding keperluan kuota dan ekuiti. Tambah beliau, pendekatan memberi perhatian kepada kesemua isi rumah juga akan membantu mengatasi kebimbangan di kalangan bukan Melayu yang was-was mengenai agenda negara Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga akan hadir untuk memberikan sokongan kepada rakan mereka PAS. Bekas pengarah pusat penyeledikan PAS itu menambah, Abdul Hadi juga akan menekankan mesejnya dengan menolak konsep Ketuanan Melayu, sebaliknya menggalakkan Kedaulatan Rakyat yang seiring dengan nilai keadilan dan kemakmuran bagi semua kaum, yang ditekankan oleh Islam.

“Dengan ini, PAS berharap akan mencapai situasi menang-menang antara pengundi Melayu dan bukan Melayu,” katanya. (IH)

2 comments:

veteran jugak said...

penagarah penyelidikan pas pusat sekarang ni buat apa haa? dulu kat langat,jadi ketua lujnah pun kurang bergerak.tukar balik kepada yg lama please.

hj tuan tau saya bercakap benar.

Anonymous said...

Bila rakan pas spt pengundi cina menguasai hampir 85 peratus kuasa ekonomi dan peluang pekerjaaan di sektor swasta ...Apa pendekatan PAS? Pernah lujnah ekonomi pas buat research tentang peluang pekerjaan yg bergaji tinggi di sektor swasta dimana syaikat syarikat besar tempatan bertaraf PLC dan syarikat luar negara yg besar besar beroperasi dimalaysia sebenafnya dikuasai hampir 90 peratus oleh tenaga kerja berbangsa tionghwa? Pernah pas sedar dalam syarikat2 besar spt ini berlaku double standard dan diskriminasi terpilih melihat berdasar kpd warna kulit....kenapa ada perbezaan gaji yg besar antara satu kaum dgn kaum yg lain?kenapa satu kaum hanya layak untuk diletakkan di satu jabatan tertentu spt HR, admin tetapi tidak kpd jabatan jabatn yg lain yg lebih startegic dan specialize ...inilah yg berlaku dlm ekonomi kita...kaum melayu di marginalize secara senyap tanpa seorang pun sedar dan sanggup memperjuangkannya...mana pendirian pas? Tahukah pas yg org org ini lah yg menjadi penyokong kuat mereka ...kaum inilah yg meyokong pas...dan percayalah mereka inilah yg tinggal dibandar bandar besar yg menjadi faktor kemenangan PR ...mereka menyembelih anak bangsa kita dan PAS bangga mendapat sokongan dari org yg menyembelih dan zalim kpd umat sendiri....aND YET..PAS nak bercerita soal ekonomi?.?arhhhhh come on lujnah ekonomi pas...gve me a break...wht a joke dr zul?.?baik dr zul dok kat kuala selangor elok elok sat g takut parlimen kuala selangor silap haribulan LESAP....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails