Monday, February 07, 2011

Mengaku Tidak Bersalah -ADUN Sri Muda


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bercakap kepada media selepas memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya pada 12 Januari. — Foto Bernama

SHAH ALAM, 7 Feb 11: ADUN Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang dibawa terhadapnya pagi ini. Wakil rakyat penggal pertama itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, Shuhaimi, 42, berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Kes itu akan disebut semula pada 28 Mac. Beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR didakwa melakukan kesalahan tersebut di pusat khidmatnya di Kota Kemuning di sini dan kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan.

Turut hadir di bilik mahkamah yang sesak pagi tadi ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Yaakob Sapari.

Shuhaimi ditahan polis Khamis lalu untuk mendakwanya di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor. Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya pada 30 Disember lalu.

Beliau didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan. (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar
E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor
E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails