Sunday, February 06, 2011

Iran: Dihukum Mati Kerana Situs Porno


KL 6 Feb 11: Mahkamah Iran sekali lagi menghukum dua dalang situs porno dengan hukuman berat. Mereka dijatuhi hukuman mati kerana bersalah menjalankan laman cabul di negeri tersebut.

"Dua orang administrator website porno sudah dihukum mati di dua mahkamah berbeda. Keputusan ini sudah dikirim ke Mahkamah Tinggi untuk disahkan." kata Abbas Jafari Dolatabadi, jaksa penuntut umum tanpa menyebutkan nama kedua pelaku.

Biasa sahaja bagi Mahkamah Iran memutuskan hukuman mati seperti ini. Sebelumnya, seorang lelaki edikenakan hukuman serupa kerana terlibat dalam proses membuat situs maksiat. Terdakwa, Saeed Malekpour dituduh merancang dan memoderasi situs dewasa, menentang rejim serta menghina kesucian agama. Dia dibela peguamnya dengan mengatakan Malekpour tidak sedar program yang dibuatnya dipakai untuk membuat website maksiat.

Iran, China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat adalah negara paling banyak melakukan hukuman mati. Menurut AFP, Isnin (31 Jan 2011), kejahatan semacam pornografi, dadah dan kriminal berat lainnya dihukum dengan hukuman tersebut. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails