Saturday, November 04, 2017

Belanjawan18 S'gor, Selesai Masalah Rumah Rakyat -Iskandar.


BELANJAWAN 2018 Negeri Selangor menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.
1. SELANGOR SMART HOME BUYER
Satu program yang dinamakan Selangor Smart Home Buyer telah diperuntukkan RM15 juta.
Di bawah skim ini kerajaan negeri akan membayar deposit 10 peratus bagi mereka yang membeli rumah Jenis B (100k) dan Jenis C (180k) daripada syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worlwide Holdings.
Deposit adalah bagi pembeli mendapatkan pinjaman bank. Pembeli hanya perlu membayar balik setelah satu tempoh yg ditetapkan. Program ini untuk mereka berpendapatan isi rumah kurang dari RM10,000 sebulan akan dinikmati oleh 1,000 pembeli rumah di Selangor.
2. BANTUAN MENGECAT PANGSAPURI KOS RENDAH.
Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan RM20 juta untuk program mengecat semula pangsapuri kos rendah. Penduduk tidak perlu membayar balik kos mengecat ini. Adalah dianggarkan pangsapuri di 46 kawasan pembangunan akan menerima manfaat dari program ini.
Ia akan melibatkan 138 blok. Peruntukkan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap penduduk pangsapuri kos rendah.
3. PROGRAM SMART LIFE AKAN DITERUSKAN.
Program Smart Life yang diperkenalkan dalam tahun 2017 akan diteruskan. Untuk tahun ini, di bawah program tersebut sebanyak RM29.3 juta telah dibelanjakan bagi membaikpulih dan mengganti lif di 59 blok pangsapuri kos rendah yang melibatkan 118 buah lif.
Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM12 juta untuk membaikpulih dan mengganti lif di pangsapuri kos rendah. Kerajaan negeri memahami penduduk pangsapuri kos rendah tidak mampu untuk membaikpulih atau mengganti lif di pembangunan mereka.
Oleh yang demikian sebagai kerajaan yang prihatin, program Smart Life ini akan diteruskan. Selain itu, RM1 juta juga telah diperuntukkan untuk membantu penduduk menyelenggarakan lif-lif mereka.
3. HUTANG SKIM CERIA DILUPUSKAN.
Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor melihat hutang bagi skim CERIA dilupuskan. Skim CERIA atau Program Baikpulih Negeri Berkebajikan adalah skim membaikpulih pangsapuri kos rendah dan kos sederhana berkonsepkan perkongsian kos di antara kerajaan negeri dan penduduk.
Bagi kos rendah kerajaan negeri menanggung 80 peratus kos dan penduduk 20 peratus. Bagi kos sederhana perkongsian kos adalah 60 : 40. Ini bermakna sebanyak RM8.2 juta akan dilupuskan. Skim CERIA akan tetapkan diteruskan untuk tahun 2018 dengan peruntukan RM13 juta.
Tetapi ia bukan untuk kerja-kerja melibatkan lif kerana kerja-kerja tersebut adalah di bawah skim SMART LIFE. Skim CERIA membantu penduduk membaikpulih kediaman mereka kerana kualiti kebanyakan pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang dibina di zaman pentadbiran Barisan Nasional adalah rendah.
DATO ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
3 November 2017 – HARAKAHDAILY 3/11/2017




giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Nik Aziz Pilih Yang Bertelur, Bukan Yang Berkokok Sebagai MB.




'Perang mulut' antara pemimpin PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan nampaknya semakin hangat.

Terbaru, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan sebab Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak memilih bekas exco kanannya, Datuk Husam Musa sebagai pengganti.

Sebaliknya kata Mohd Amar, Nik Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan memilih Datuk Ahmad Yakob sebagai pengganti walaupun Husam lebih popular dalam kalangan rakyat.

Beliau menyifatkan pemilihan sebagai menteri besar itu dibuat atas keyakinan Nik Aziz terhadap Ahmad yang diyakini mampu memberi manfaat kepada Kelantan.
















"Tok guru pilih Tok Mad (Ahmad) sebab dia nak pilih yang 'bertelur' (mendatangkan hasil) bukan yang 'berkokok' (bercakap) saja.
"Tok guru nak bagitahu Kelantan perlukan orang yang boleh bertelur bukan yang berkokok. Yang jenis berkokok ini ramai. Berkokok sambil berak.
"Tok guru nak ajar kita yang jenis berkokok ni tak ada telur, batu pun tak ada," katanya ketika berceramah di Kampung Hujung Tanjung, Kota Bharu, malam tadi.

Terdahulu, Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS dilantik menerajui Kelantan sejak 6 Mei 2013 selepas Nik Aziz mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar yang dipegangnya sejak tahun 1990.

Pelantikan itu sekali gus meminggirkan Husam yang sebelum itu disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz, malah beliau dilihat lebih menonjol dalam usaha membantu urus tadbir kerajaan negeri Kelantan.

Malah, ketika diberi tanggungjawab sebagai exco ekonomi, kewangan dan kebajikan Husam mengetengahkan pelbagai idea kepada kerajaan negeri antaranya penubuhan Kelantan Golden Trade, Tuntutan Royalti Kelantan, Projek Penternakan Kambing Jamnapari dan Pembinaan Lebuh Raya Rakyat.
Bagaimanapun segala usahanya itu kebanyakan dilihat sebagai gagal lebih-lebih lagi selepas digugurkan daripada jawatan exco.

Sementara itu Mohd Amar berkata, walaupun Husam diakui cerdik dan bijak tetapi Nik Aziz lebih arif menilai antara kedua-dua individu tersebut.

"Tok guru pilih Datuk Ahmad ini kenapa? Datuk Husam memang orang sohor (tersohor) di Kelantan, dia cerdik dan bijak kita akui, idea dia pelik daripada orang (lain), hingga tak boleh buat.

"Tok Mad orang tak terkenal, dia timbalan menteri besar tapi ramai orang tak kenal.
"Orang kenal Husam lagi, tapi kenapa sampai masa tok guru cari penggantinya dia tak pilih Husam?" katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata, Nik Aziz mengenali peribadi antara Ahmad dan Husam.

"Tok guru kenal kedua-duanya, Husam selalu ikut belakang tok guru, ke pejabat. Hantar makanan macam-macam bagi pada tok guru.
"Tok Mad ikut juga sebab dia timbalan, dan bila nak pilih pengganti tok guru pilih Ahmad bukan Husam. Dia tilik, tengok dan suluh (teliti)," katanya.



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Bantah Lantikan Saifuddin Nasution Sebagai YDP MAIPP -GPMS




PULAU PINANG: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong agar cadangan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang(MAIPP) ditolak.

Presidennya, Zambri Mohd Isa berkata, isu sebelum ini, pernah dikeluarkan fatwa tidak membenarkan speaker di luar masjid untuk digunakan selain mengumandangkan azan dan iqamah serta akan dikenakan hukuman kesalahan jika digunakan selain untuk tujuan itu, maka ketika itu GPMS menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk masuk campur bagi menyelesaikan isu berkenaan. 

Menurutnya, urusan umat Islam tidak sepatutnya dikawal selia oleh orang bukan Islam, sebab itu jika kita lihat dari sudut sejarah sewaktu British datang menjajah negara kita Sultan tidak dibuang malah diberi kuasa untuk mentadbir dan menguruskan hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu. 

“Sepatutnya perkara ini diteruskanlah, dan semestinya orang bukan Islam sedar diri mereka yang tidak layak mencampuri urusan orang-orang Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya. 

Zamri berkata, calon yang dikatakan dicadangkan oleh Exco Agama Islam Pulau Pinang, Dato’ Abdul Malik Kassim itu sangat tidak sesuai menjadi YDP MAIPP apatah lagi beliau tiada berlatar belakangkan agama. Pihak kerajaan negeri perlu memilih calon-calon yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan sebagai pendukung agama Islam. 

Beliau berkata, Saifuddin tidak layak kerana tidak mempunyai latar belakang agama selain tidak sesuai menjadi wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan nasihat kepada baginda berlandaskan hukum dan nas al-Quran. Ujar beliau lagi, sebenarnya masih ramai calon yang lebih berkelayakan dan mampu untuk memikul jawatan tersebut. 

“Memandangkan pelantikan kuasa YDP ini di bawah Yang di-Pertuan Agong, maka kita meminta agar Yang di-Pertuan Agong supaya tidak meluluskan cadangan ataupun permohonan yang dikeluarkan Exco Agama ataupun kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menamakan Saifuddin Nasution sebagai YDP MAIPP yang baru. 

“Kita juga minta kerajaan negeri agar menyenarai tiga nama untuk diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, jangan hanya satu nama, dan mereka-mereka yang disenaraikan namanya selain daripada Saifuddin itu hendaklah di kalangan mereka yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan. 

“Saya fikir ini adalah tindakan kurang tepat oleh kerajaan negeri kerana YDP MAIPP sepatutnya bebas daripada pengaruh politik. Kita sedia maklum Saifuddin Nasution merupakan Setiausaha Agung PKR, jelas beliau merupakan orang kuat politik.” 

“Seingat sayalah, dalam mana-mana negeri dalam sejarah negara, belum ada lagi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam ini ditadbir oleh orang politik,” katanya. 

Sementara itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin turut membidas keputusan yang dikatakan dibuat Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang majoritinya adalah bukan Islam tanpa merujuk kepada mereka yang arif. 

Beliau turut difahamkan, Naib Pengerusi Parti Amanah Negara AMANAH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP. 

Mohamed Hafiz berkata, semua pihak tahu Wan Ji masih disiasat polis berhubung kenyataannya yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara. 

“Jadi adakah kita mahu individu sebegini memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai,” katanya. (Wartawan Menara) 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas GPMS, Teruskan perjuangan!




giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Mengapa Defisit Bajet S'gor 18 Sampai 26%? Azmin Main Kata-kata?


SHAH ALAM – Peruntukan keseluruhan Bajet Selangor 2018 seperti diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berjumlah RM3.12 bilion, tetapi dengan defisit RM820 juta atau kira-kira 26 peratus daripada keseluruhan bajet tersebut.
Jumlah defisit Bajet 2018 Kerajaan Persekutuan seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Negara baru-baru ini cuma pada kadar 14 peratus daripada keseluruhan peruntukannya.
Walhal, pembangkang termasuk Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini bersungguh-sungguh mengkritik Kerajaan Persekutuan kerana membentangkan bajet defisit di Dewan Negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, perkara itu sangat menghairankan kerana ia jelas membuktikan sikap hipokrit pembangkang yang cuma pandai bermain dengan kata-kata untuk mengelirukan rakyat selama ini.
“Apa yang menghairankan, pada saat pemimpin pembangkang mengkritik pentadbiran Persekutuan kerana membentangkan bajet defisit minggu lalu, Kerajaan Selangor juga membuat perkara sama.
“Malah dari kadar peratusan, jumlah defisit yang perlu ditanggung adalah jauh lebih tinggi dari defisit tanggungan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Budiman mempersoalkan sama ada Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan membangkitkan bajet defisit itu dalam perbahasan Bajet 2018 negeri Selangor minggu hadapan seperti yang dilakukannya dalam Dewan Rakyat.
“Jelasnya tindakan mereka mengkritik bajet defisit Kerajaan Persekutuan terpalit ke muka mereka sendiri. Jelasnya tindakan adalah suatu yang hipokrit,” tegasnya.
Rumah Felda
Selain itu, kata beliau, Mohamed Azmin dalam pembentangan Bajet 2018 negeri Selangor berjanji untuk membina 136 unit rumah berkembar setingkat berhampiran Felda Sungai Tengi Selatan.
Beliau mengingatkan bahawa perkara itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Mohamed Azmin pada Januari 2016 iaitu ketika lawatan beliau ke Felda tersebut.
“Hanya selepas hampir dua tahun dan semakin hampir kepada pilihan raya umum, barulah kerajaan PKR Selangor cuba memberi komitmen. Untuk rekod, kerajaan persekutuan menerusi Felda sememangnya sedang giat membina rumah generasi ke-2 Felda di seluruh negara.
“Tetapi apa yang mengecewakan di negeri Selangor ini, memandangkan isu tanah adalah di bawah kuasa negeri, kerajaan Selangor telah sekian lama menafikan permohonan dari Felda ini,” katanya.
Pendidikan Percuma
Dalam pada itu, Budiman berkata, dalam bajet alternatif 2018 oleh pembangkang sebelum ini menjanjikan pendidikan percuma sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Sangkaan bahawa kerajaan Selangor akan menjadi negeri contoh dan yang pertama melaksanakan pendidikan percuma tidak langsung terbayang dalam bajet yang diumumkan Menteri Besar ini.
“Secara tidak langsung, ia membuktikan perkara ini adalah suatu imaginasi melampau yang sukar untuk dilaksanakan. Kesimpulannya, segala tohmahan kononnya Bajet 2018 Kerajaan Persekutuan bersifat gula-gula PRU-14 akhirnya terpercik ke muka mereka sendiri.
“Azmin Ali jelas terdesak mencipta imej populis, cuba lari dari bayangan Tan Sri Khalid Ibrahim serta cekap bermain dengan silat kata-kata,” katanya. -MYNEWSHUB.CC



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.





Clare Gagal Sahkan Dakwaan Abd Hadi Saja. Lagi Putarbelit Alihkan Isu?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tidak mengesahkan dakwaan-dakwaan terhadap parti itu dalam tulisannya.


Hadi berkata, Rewcastle-Brown yang beroperasi dari London tidak menyemak dengan beliau atau pihak lain daripada PAS berkaitan perkara itu sebelum menerbitkannya.

“Dia juga tidak berusaha mendapatkan komennya (Hadi) atau PAS,” menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 21 April 2017 yang dilihat oleh Malaysiakini.

Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di United Kingdom berkaitan artikel yang mencadangkan PAS menerima RM90 juga daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Pemimpin nombor satu PAS itu mendedahkan peguamnya sudah mengadu kepada Rewcastle-Brown bagi pihaknya melalui surat tetapi tidak menerima respon walaupun terdapat permintaan mendesak pada 5 Januari 2017.


Beliau juga menyebut laporan Malaysiakini bertarikh 17 Disember 2017, yang memetik editorSarawak Report yang berbunyi:

"I note that PAS has paid a law firm to send a letter, which has no legal validity, and then immediately indulged in posturing in the media on the basis of that letter and in advance of their own deadline for a reply".

Beliau juga membangkitkan artikel Sarawak Report bertarikh 11 Februari 2017 yang menyebut tiada kes melibatkan Hadi.


“Artikel yang dirujuk kepada aduan penuntut dan menyebut perkara berikut: Sarawak Reportberpandangan individu ini tidak mempunyai kes, begitu juga parti PAS, yang bukan menjadi entiti diserahkan sebarang surat menyurat, tuntutan atau ancaman dan akan menjadi sukar untuk menyaman bawah undang-undang British.

“Kami syak peguamnya sendiri memberikannya nasihat sama, yang sekali gus menjelaskan kegagalannya memfailkan writ. Dua bulan berlaku, kami anggap dia takut.”


Hadi juga menyebut kandungan-kandungan dalam Sarawak Report berkaitan dakwaan menerima RM90 juta itu mewujudkan kerosakan buruk terhadap reputasinya Di England dan Wales, selain di Singapura dan Malaysia. (Malaysiakini)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi putarbelit cuba alihkan isu?



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

S'gor, Bonos 3 Bulan. Gempak! 'Babi pun boleh terbang.'

Hasil carian imej untuk bonos dari kerajaan selangor

AIDCNews -03/11/17-Bonus 3 bulan untuk penjawat awam yang diumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menjadi bahan jenaka kerana ia tipu helah permainan kata-kata semata-mata.
“Nampak tajuk punya lah gempak..
“Diwar-warkan bonus 3 bulan.. walaupun sebulan je sebenarnya..2 bulan dah bayar 2017..Tahun depan iaitu 2018 bayar sebulan lagi..
“Lebih baik kau Jemin sebut bonus 2018 adalah sebulan terus..
“Cakap berbelit..nampak hebat..Babi pun boleh terbang,” ulas Isu Politik Semasa.
giant-hypermarket










5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Mahathir Meracau Tekanan Kerana Kezalimannya: -Dr Zuhdi



SHAH ALAM - Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggambarkan beliau kini berada dalam tekanan politik.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana satu persatu kezaliman ketika era diktator beliau terbongkar pada hari ini.


“Kita tidak boleh membayangkan apa racauan dia jika Bersatu kalah dalam PRU14 nanti. 20 perkara yang disebut dalam kenyataan beliau itu bercanggah antara satu lain, sehingga boleh menggambarkan rasa tertekannya atau kekuatan intelektual semakin lemah.

"Sebagai contoh beliau menuduh Abdul Hadi memecah orang Islam dalam kenyataan tersebut, di kenyataan-kenyataan yang lain dia tidak senang dengan kerjasama (taawun) baik antara Pas dan Umno hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahathir menerusi blognya kelmarin memberi respons terhadap seruan Abdul Hadi supaya beliau bertaubat atas kesalahannya sepanjang mentadbir negara ini dengan mengatakan Presiden Pas itu sepatutnya bertaubat kerana memecahbelahkan orang Islam di negara ini.

Mahathir sekali lagi membangkitkan kontroversi Amanat Hadi yang menurutnya menjadi punca utama perpecahan itu di Malaysia dan kesannya masih terasa sehingga kini.

Beliau mendakwa, Abdul Hadi mengkafirkan orang Islam di negara ini dan kerana mengkafirkan pemerintah, empat anggota polis dibunuh pengikut Ibrahim Libya kerana mereka percaya sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas polis adalah syahid.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, penentangan Mahathir terhadap kerjasama Pas dan Umno dalam perkara maaruf hari ini, menunjukkan beliau sendiri sebenarnya menyeru kepada perpecahan.

“Dalam sejarah politik negara ini, Mahathir berseteru dengan semua orang tidak kira Pas atau Umno.
"Antara seteru Mahathir ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Lebih daripada itu, Mahathir berseteru juga dengan Raja-Raja Melayu, hakim-hakim dan mufti-mufti. Dari kalangan pimpinan Pas beliau berseteru dengan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Allahyarham Yusof Rawa, Allahyarham Fadzil Noor dan lain-lain. Jadi beliau adalah individu yang bermusuh dengan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya,” katanya.

Justeru katanya, seruan supaya Mahathir bertaubat itu adalah tepat.

“Malah saya menyarankan Mahathir supaya menunaikan hasrat dia sewaktu nak bersara dari politik tahun 2003, iaitu beliau berhasrat untuk menghabiskan hari-hari tua di masjid.
“Jadi sebagai tambahan kepada saranan bertaubat itu, saya sarankan juga Mahathir supaya habis banyak masanya di masjid sebagaimana disebut dahulu,” katanya.



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails