Thursday, November 02, 2017

Aishah Gegar Vaganza Bersama 12 Artis, Teruskan Kata Amanah.




HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah tidak berdepan apa-apa halangan daripada Amanah sekiranya mahu meneruskan kerjaya menyanyi, termasuk menyertai sebuah program realiti Astro.
Malah, Aishah, yang pernah menyertai PAS sebelum menyertai Amanah susulan perpecahan parti Islam itu, dialu-akukan untuk membuat persembahan di program parti, kata Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir.

“Menyanyi itu adalah anugerah Allah, kerana tidak semua orang boleh menyanyi, dan tidak semua orang punyai suara dan vokal yang baik, jadi itu ada pada Aishah,” kata Anuar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Amanah yang rata-rata disertai bekas pemimpin tinggi PAS ada isu dengan penglibatan Aishah dalam program Gegar Vaganza, pertandingan yang menyaksikan penyertaan 12 artis terkenal.

Anuar berkata Aishah, yang memenangi pelbagai anugerah industri muzik dan terkenal dengan lagu pop yang mengatasi carta tempatan, tidak pernah berhenti menyanyi terutama dalam program Amanah.

“Jika tempatnya bersesuaian, kita minta juga beliau menyampaikan nyanyian dan sebagainya.”

Katanya, penyertaan Aishah dalam Gegar Vaganzar adalah sesuatu yang sangat baik dan mendapat sokongan pimpinan Amanah.

“Parti juga tidak pernah menghalang dan perkara itu tidak boleh disekat sebab itu hak asasi beliau,” kata Anuar.

Anuar turut mempersoalkan cakap-cakap yang mengkritik keputusan Aishah bergiat dalam dunia seni.

“Kalau ada mereka yang mengkritik, mengeji, mencaci, mereka kena minta maaf kepada Aishah,” katanya.

“Tidak semestinya seseorang itu menyanyi bermakna ia ada hubungan dengan maksiat, tentu ada yang baik boleh dilakukan dengan cara nyanyian.”

Aishah terjun ke arena politik apabila mengumumkan menyertai PAS pada 2011 dan bertanding mewakili parti Islam itu di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau tewas kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 8,629 undi. Aishah meninggalkan PAS dan menyertai Amanah yang dilihat membawa aliran Islam yang lebih sederhana.

Sebelum ini, Aishah dilaporkan berkata beliau dipinggirkan daripada industri muzik tempatan disebabkan penglibatannya dalam parti politik pembangkang. (TKO)


giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails