Wednesday, November 01, 2017

Johor Pun Ikut S'pura, 2 Pendakwah Itu Dilarang Ceramah.


 PENGERUSI Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim. - Foto Hairul Anuar Rahim
JOHOR BAHRU: Selepas Singapura, Johor pula bertindak mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, daripada menyampaikan ceramah di negeri ini berikutan pandangan mereka yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata ia adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dikeluarkan hari ini.
"Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.
"Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan," katanya kepada BH di sini, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan Singapura mengharamkan dua pendakwah berkenaan memasuki republik itu berikutan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.
Kementerian Dalam Negeri Singapura, dalam satu kenyataan, menyatakan Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.
Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang. (BH)

giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails