Tuesday, October 31, 2017

Israel Letup Terowong Gaza, 2 Pemimpin Antara 6 Syahid.


GAZA, 11 Safar 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam syahid, termasuk dua pemimpin pejuang Hamas dan sayap bersenjata mereka – Briged Al-Qassam – apabila rejim Zionis melancarkan roket ke arah sebuah terowong di Semenanjung Gaza, sebentar tadi.
Kementerian Kesihatan Gaza turut mengesahkan 10 lagi cedera dalam serangan terbaru Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ke atas terowong yang sedang digali yang terletak di Deir Al-Balah, di timur bandar Khanyounis.
Empat antara mangsa yang terbunuh dipercayai anggota kumpulan pejuang Hamas dan Briged Al-Quds.
Senarai enam syahid seperti berikut:
1- Ahmed Abo Armana (25 tahun)
2- Omar Nassar Al-Faleet (27 tahun)
3- Mosbah Shbair (30 tahun)
4- Arafat Abo Marshood
5- Hassan Hasanain
6- Mohammed Al-Agha
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp berkata:
“Keadaan sekarang amat serius, tolong doakan untuk para syuhada, doakan untuk Gaza.”



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails