Wednesday, November 01, 2017

Mohon Bantuan Banjir, Syarat Mesti Sokong Israel



Texas, Amerika Syarikat: Sebuah bandar di Texas mahu mana-mana penduduk yang mahu mendapatkan bantuan bencana alam akibat Taufan Harvey daripada pihak kerajaan harus menandatangani satu surat sokongan kepada negara haram Israel. 

Bandar Dickinson di selatan Houston, Texas telah menawarkan geran pemulihan bagi rumah-rumah yang rosak selepas ribut mencecah tahap 4. Penguasa tempatan pula mengatakan bahawa klausa pro-Israel itu adalah satu keperluan selari dengan undang-undang negeri Texas yang diluluskan awal tahun ini. 

“Polisi anti-Israel adalah sama dengan polisi anti-Texas, dan kita tidak boleh berkompromi dengan perbuatan tersebut terhadap salah satu daripada sekutu penting kita,” kata Governor Republikan, Greg Abbot pada bulan May lepas.

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) pula mengkritik keputusan yang dibuat bandar tersebut sambil mengatakan ia adalah “pelanggaran yang berat sebelah” daripada sebelah pihak kebebasan bersuara di bawah First Amendment. 

“First Amendment melindungi hak rakyat Amerika untuk memboikot, dan kerajaan tidak boleh membekukan mana-mana bantuan taufan atau apa-apa faedah awam lain atas komitmen untuk menahan diri dari sebarang ekspresi politik yang sememangnya dilindungi,” kata Andre Segura, pengarah undang-undang dari ACLU Texas.  (menara.my/)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia, ada atau tidak jika tidak masuk parti atau persatuan tertentu, hak bantuan yang sepatutnya seseorang itu dapat telah dinafikan haknya? Apa lagi jika parti itu milik pemerintah atau parti yang ada hubungan dengan Israel atau AS yang menindas manusia-manusia kerdil di dunia..



giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails