Wednesday, November 01, 2017

Benarkah Jakarta Tutup Hotel Ini Kerana Maksiat?

Hasil carian imej untuk hotel maksiat di jakarta
Maksiat di ALEXIS Hotel di Jakarta, Indonesia.


JAKARTA: Ibu kota ini menutup sebuah kompleks hotel dan spa kerana dakwaan aktiviti maksiat yang berleluasa, kata pihak berkuasa bandar semalam.
Ia selepas kumpulan Islam di negara majoriti Muslim itu menggesa gabenor ibu kota ini bertindak susulan jaminan kempen menutup premis terbabit.
Alexis Hotel yang dipaparkan sebagai 'syurga impian lelaki' dalam laman webnya, turut terpalit dalam kempen pilihan raya terbaru ibu kota ini apabila gabenor baharu, Anies Baswedan, berjanji menutupnya ketika debat di televisyen.
 ALEXIS Hotel di Jakarta,- Foto Reuters
Hasil carian imej untuk hotel maksiat di jakarta
Anies mendakwa penyandangnya Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok hanya bertindak di kawasan mundur yang menawarkan maksiat dan dadah.
Ketua Agensi Pelaburan Jakarta dan Perkhidmatan Integrasi Sehenti (PTSP) Edy Junaedi, mengesahkan permit hotel itu tidak diperbaharui.
Dalam sepucuk surat, kerajaan bandar berkata, ia memutuskan tidak melanjutkan permit selepas maklumat beredar dalam media mengenai aktiviti terlarang, sambil menambah adalah penting untuk mencegah aktiviti tidak bermoral dan haram.
Agensi berita ANTARA berkata, kumpulan Islam sebelum ini menghantar surat kepada pihak berkuasa menuntut hotel berkenaan ditutup, namun membatalkan perhimpunan bantahan dirancang diadakan di luar premis itu atas alasan keselamatan dan teknikal.
Hotel berkenaan gagal dihubungi untuk mengulas, begitu juga pemiliknya.
Media memetik Anies sebagai berkata, Jakarta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perniagaan yang menjalankan amalan tidak bermoral.
Ketika menjadi gabenor, Ahok merobohkan daerah pelacuran di Kalijodo pada 2006 sebagai sebahagian kempen meluas membasmi kegiatan tidak bermoral dan menutup beberapa kelab malam terkenal ibu kota ini kerana dadah. - AFP

GEGER ! Tempat PROSTETUSI Terkenal DI ASIA ALEXIS Di JAKARTA Akan SEGERAH Ditutup OLEH ANIS SANDI


IKLAN:

giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails