Friday, November 03, 2017

Strategi DAP PecahBelahkan PAS Perak Didedah


AIDCNews -02/11/17-Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mendedahkan beberapa strategi yang dilakukan DAP untuk memecahbelahkan PAS semasa parti Islam itu bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR).
Dedah Razman, DAP melakukan dasar pecah dan perintah iaitu menyokong Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak untuk melemahkan PAS negeri yang diterajuinya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu adalah Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Mula-mula dilantik Pesuruhjaya dulu, ada yang ingin menjatuhkan (saya) dan menggugat dengan pakat-pakat letak jawatan.
“Menjadi dasar PR yang dipersetujui bersama. Pengerusi Mesyuarat PR digilir mengikut ketua parti. PAS, PKR dan DAP.
“(Namun saya) Sebagai Pesuruhjaya (PAS Perak saya) tidak pernah diberi peluang (untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat PR). Bila dibawa dalam mesyuarat parti, proDAP mahu Nizar jadi pengerusi bagi pihak PAS. (Saya) Masih boleh bersabar,” dedahnya dalam Facebook.
Dedahnya lagi, apabila Nizar dipilih mewakili PAS Perak, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu tidak mewakili kepentingan parti Islam, sebaliknya berpihak bagi kepentingan DAP.
“Bila (Nizar) diberitahu PAS telah membuat keputusan tidak boleh sambut perayaan agama lain, (tetapi) Nizar (masih) teruskan.
“Bila disuara(kan supaya Nizar) jangan pakai baju hitam semasa pembukaan sidang DUN (Perak), Nizar tak indah. Perkara ini sehingga menimbulkan kemurkaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Nazrin,”katanya.
Razman menambah satu kesalahan besar yang dilakukan Nizar adalah melanggar arahan PAS Pusat yang melampaui sempadan tahaluf siyasi.
“Bila diberitahu PAS (Perak) mesti ikut keputusan pusat. Tiba-tiba Nizar buat kenyataan media tolak enakmen jenayah syariah Kelantan bersama parti DAP (dan) PKR (bahawa) tidak akan laksana hudud di Perak,”katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nizar menyamannya berdasarkan satu kenyataannya di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 di bawah tajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”
“Keputusan kes saman ditangguh pada 10 Nov 2017 (Jumaat)
“Allah menyayangi hambanya melebihi ibu sayangkan anak. Apapun itulah yg terbaik untuk hambanya,”kata Razman.


Akhirnya DAP Khianati Nizar Jamaluddin



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails