Tuesday, October 31, 2017

2 Ustaz Ini Tidak Boleh Masuk Singapura. PAP Sama Dengan DAP..


Kementerian Dalam Negeri SIngapura (MHA) tidak akan membenarkan Ustaz Haslin Baharim untuk memasuki republik ini. Seorang lagi yang tidak dibenarkan ialah Ismail Menk.

Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Dalam kenyataan di laman webnya, MHA berkata telah datang ke pengetahuan kerajaan, mereka terlibat berceramah di atas kapal pelayaran yang berlepas dan berakhir di Singapura dari 25 hingga 29 November lalu.

Ismail Menk dan Haslin sebelum ini ditolak permohonan Pas Kerja Pelbagai mereka bagi berceramah di Singapura, katanya.

Menurut kementerian itu, Ismail Menk diketahui berceramah ajaran yang memisah dan memecah belah.

“Sebagai contoh, beliau berceramah bahawa adalah menjadi dosa besar dan jenayah bagi seorang Muslim untuk mengucapkan kepada bukan Islam Selamat Hari Krismas dan Selamat Deepavali, yang secara ringkas orang Islam tidak dibenarkan mengucapkan perasaan gembira semasa perayaan agama orang bukan Islam,” katanya.


Haslin pula telah melahirkan pandangan yang menggalakkan ketidak harmonian antara orang Islam dan bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai “menyeleweng”.

Pandangan memecah belah seperti itu menyemai amalan tidak bertolenrasi dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian dan menyebabkan masyarakat berpecah, kata kementerian tersebut.

MFA berkata kedua-duanya tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat berbagai bangsa dan agama Singapura. – Bernama

Gambar-gambar begini pun tersebar di internet..
Hasil carian imej untuk dap, pap
Hasil carian imej untuk pap, dap

Komen Weblog IbnuHasyim: Sama saja PAP (People Action Party) di Singapura dengan DAP (Democratic Action Party) di Malaysia, dari sudut menentang Islam.

Biodata:

Ismail ibn Musa Menk
Lahir27 Jun 1975 (umur 42), Harare, Zimbabwe

Character Development | Mufti Ismail Menk | Eng. Subtitle | Holyspeech



Kuliah Terbaru Julai 2017 Ustaz Haslin Bollywood



IKLAN:
giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails