Saturday, September 20, 2008

Mengapa PM Pegang Menteri Pertahanan?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


PERTUKARAN portfolio antara PM (Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan) dengan TPM (Timbalan PM merangkap Menteri Pertahanan) adalah ‘merupakan satu pengakuan yang Abdullah (PM) tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan’, dan ‘Najib (TPM) akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik’ kerana meningkatnya kemelut ekonomi di Amerika Syarikat masa kini.

Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang tertulis dalam web Malaysia Kini bertajuk ‘Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan’ pada Sept 19). Namun kata Dr M seterusnya, "Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop”.

Bila ditanya sama ada pertukaran portfolio itu (Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan manakala Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan) akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam UMNO, Dr Mahathir menjawab secara sinis, “Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun.”
Kalau begitu apa perlunya PM pegang Menteri Pertahanan? Pada saya kerana dua sebab…

Pertama:

Memandangkan semasa pertukaran portfolio tersebut berlaku (Sept 18), PM selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN sedang diserang dari serba sudut akibat kerana merosotnya pengaruh BN dalam PRU 12 yang lalu:
i..Iaitu dari Dr Mahathir dan kumpulannya seperti Datuk Mukhriz.
ii.Dari Tengku Razaleith dan kumpulannya yang berkemungkinan akan kembali merebut jawatan Presiden UMNO.
iii.Telatah rakan-rakan gabungan BN kalah seperti MCA, MIC dan lain-lain.
iv.Terakhir Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menampakkan tidak puas hati terhadap Pak Lah.
v.Juga dengan gelagatKetua Wanita UMNO nya…
vi.Dan peranan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan kegoncangannya yang akan merubah keyakinan YB-YB BN untuk melompat parti.
vii.Campur tangan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.

Maka Presiden UMNO itu perlu menunjukkan beliau ada kekuatan tentera di belakangnya. Ada juga yang mengandaikan apabila dirasakan UMNO akan pecah teruk dari dalam kerana menolak Pak Lah, maka Najib terpaksa menyelamatnya dengan mengarahkan tentera rampas kuasa? Akhirnya yang selamat Najib bukan Pak Lah!

Kedua:

Merujuk kepada tulisan saya ‘Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..’ Mac11,08, ‘Teori 2, Anwar Jadi PM..’ Mac12,08, ‘Pertarungan 3 Tokoh, Teori 2 Anwar…’ Mac13,08, ‘Kerjasama BN-Anwar & Surat Peribadi Mukhriz Mahathir..’ Mac15,08 dan beberapa tulisan lagi selepas itu, ada 2 teori Anwar jadi PM. Plan A dengan mencuri 30 Ahli Parlimen BN, dan Plan B berkejasama dengan kem Pak Lah memerintah negara.

Pada saya, andainya Plan A ini gagal, seperti gagalnya ‘mengambil alih negara pada Sept 16’ ini (walau selepas Sept 16 belum tentu gagal lagi), Anwar akan beralih kepada Plan B. Dalam Plan B pula, ada 2 cara.
i..Kerjasama Anwar-Pak Lah. Saya yakin, masih ada ‘kaki-kakinya’ dalam kem Pak Lah, contohnya dalam kes pembebasan beliau dari penjara, sewaktu Pak Lah baru ambil alih pemerintahan, walaupun menimbulkan tidak puas hati kepada penahannya iaitu Dr M sendiri.
ii.Kerjasama BN-Pakatan Rakyat di mana Anwar sebagai penghubungnya. Dalam politik segalanya boleh berlaku. PAS musuh ketat UMNO sejak belum dan lepas merdeka boleh ‘kongsi kuasa’ selepas Mei13, 1969. Parti Gerakan menentang MCA dalam PRU 1969, tetapi boleh bernaung sebumbung di bawah BN selepasnya. Begitu juga DAP. Sila lihat tulisan saya .’ Rahsia Mengapa Karpal Singh Begitu Celupar..’ April 24, 08.

Maka langkah dan muqaddimah awal kearah teori 2 atau Plan B Anwar jadi PM, ialah dengan peng’ambi-alih’an Kementerian Pertahanan terus di bawah Presiden UMNO itu. Mengapa saya berpendapat begitu dan apakah ada hubungan gelap atau jalan belakang Anwar-Pak Lah?

Insya Allah, akan bersambung dalam tulisan akan datang. Hanya, sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September20, 08. KL.

Friday, September 19, 2008

Menyambut Hari Raya Dengan Album ‘Fikirkanlah’ Dari Kumpulan Green.


Dr Hj Mohd Hasyim

BY ASYOK KUMAR

PUTRAJAYA Sept18, 08 – Grup Universiti Ulu Klang mula menggerakkan aktiviti Jabatan Kebudayaan dan Keseniannya ke tengah masyarakat, dengan mengedarkan sebuah album terbaru berjudul ‘fikirkanlah’ nyanyian oleh kumpulan GREEN. Lagu-lagu ‘bonos Hari Raya’nya ialah ‘Di Pagi Raya’ dan ‘Berlalunya Ramadzan’ antara 12 lagu di dalam album tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Hj Mohd Hasyim semasa merasmikan pelancarannya selepas solat Asar dan bersambung dengan majlis berbuka puasa, disebuah restoran di sini.

“Seni itu indah dan Allah SWT sukakan keindahan. Cuma keindahan itu, bukanlah disaluti aktiviti yang membawa kepada kelalaian dan bergelumang dengan perkara-perkara dilarang oleh agama. Kita sedih bila hiburan yang dibelai oleh kerajaan hari ini tidak mempedulikan langsung sensitifiti umat Islam. Apa lagi dalam bulan puasa dan hari raya ini, terutamanya dalam media massa anak didik kerajaan.”

Kumpulan GREEN adalah sekumpulan anak-anak muda yang bercita-cita untuk mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui lagu-lagu hiburan sejajar dengan kehendak agama dan ajaran Islam. Album ini dikatakan sarat dengan unsur ketuhanan dan kemanusiaan. Antara 12 lagu itu selain di atas, iaitu Fikirkanlah, Sujud, Kau Cinta Nabi, Tandus, Cahaya Iman, Terimalah Aku Kembali, Pulanglah Ibu, Tersentak, Mentari Hati, dan Ranjau Kehidupan.

Penulis lagu dan lirik adalah NFZ, Dza, Affan Danial, Domay Green, Budi, Muaasim, Iwan dan Jall. Grup Universiti Ulu Kelang telah diamanahkan oleh NFZ Studio pengeluar album tersebut sebagai pengedar tunggal. Harga promosi sekarang adalah di bawah harga pasaan semasa, iaitu seunit RM12.90 dan penghantaran dalam negeri adalah percuma. Untuk pesanan sila hubungi 016 2099325, 013 3354513 dan 0132053054. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar sila hubungi terus talian di atas.

Ditanya mengenai hukum bermain muzik seperti gitar dan sebagainya dalam kumpulan tersebut Dr Hj Mohd Hasyim mengatakan, “Itu hal khilafiah.. tak perlu dipertengkarkan.”

Sebelum itu ucapan juga disampaikan oleh Timbalan Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Zubir Jaafar. Beliau menyifatkan, …”Lagu-lagu itu bagaikan pisau tajam, kalau kamu umat Islam tidak gunakan untuk yang baik, musuh-musuh Islam akan gunakan untuk menyembeleh kamu! Kini generasi muda negara-negara umat Islam telah disembeleh keperibadiannya… hingga rosak akhlak kerana lagu-lagu jahat!!”

Thursday, September 18, 2008

Tambah 3 Lagi Di Tahan? Blogger Kickdefefella & …


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


KELUAR berita, Malaysia Kini, seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang semalam 17 September.. Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (Kickdefella.Wordpress.com) itu ditahan di rumahnya. Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang. Laptopnya dirampas.

Menurut isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan. Blogger tersebut, dituduh mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik. Sebelum ini seorang blogger (Penarik Beca) juga ditahan kira-kira sebulan dua lalu, kononnya dituduh menghina logo polis dan dibebaskan kemudiannya.

Kempen ‘bendera terbalik’ telah menarik perhatian PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia?" Begitu PM dilaporkan berkata.

Mungkinkah hal ini sebagai langkah awal untuk mengheret atasannya, Dato’ Husam Musa? Mungkin kerana Husan Musa adalah antara pemimpin PAS rapat dengan Datuk Seri Anwar yang ditakuti akan merampas jawatan PM? Dan Anwar pula diramalkan sekali lagi akan berdepan dengan ISA. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya semalam semasa PM mengumumkan rombakan kecil kabinet, antara lain, PM menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".

Sementara itu, Bernama memetik PM berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, kerajaan akan melakukan apa yang perlu. Juga kata PM, "Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri,"

Datuk Seri Najib Tun RAzak, Timbalan PM yang juga hadir di situ berkata, ‘permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara’. WAlaupun Anwar dituduh gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa 16 September, tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan. Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa PM tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu. Inikah sebenarnya yang mencabar PM?

Kalau spekulasi ini berlaku, maka setelah Syed Azidi, akan tambah 2 lagi, jadi 3 tambahan.. dan mungkin 'tangkap borong' seterusnya.

Hanya, sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September18, 08. KL.

Tuesday, September 16, 2008

Laguku Untuk Teresa Kok & Raja Petra..


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


KU terima sebuah lagu dari sahabatku Syeikh Teluk Intan (lihat coretan Ibnu Hasyim: Syeikh Teluk Intan: Blogger, Dah Jadi Penyanyi? Sept15 08 - YouTube), ku hadiahkan kepada pejuang-pejuang pembela kebenaran, yang baru ditahan di bawah ISA seperti Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng, walaupun ada yang sudah dibebaskan. Atau juga yang sudah lama dan sedang ditahan.

Lagu yang beliau ciptakan apabila tidak tahan rasa terharunya semasa menziarahi anak seorang tahanan ISA yang meninggal dunia di Kajang. Anak yang sering merindui dan mengigaui ayahnya hingga terjatuh dan meninggal dunia. Ayahnya hanya dibenarkan ziarahi jenazah anaknya itu selama 1 jam sahaja. Kerana terharu sangat.. Syeikh ini tak tahu nak buat apa-apa, sehingga lahirnya lagu yang diberi judul ‘I.S.A. Yang Zalim’. Beginilah sarikatanya…

Tidurlah wahai anak ku
Tidurlah dengan lena
Di pembaringan di sana

Kau tetap ku sayangi
Kasih ku tiada hujng dan tepi
Walau pun kau pergi

Air mata ku jatuh ke bumi
Rasa sedih membalut hati
Meski ku redha kau pergi

Ku mendoakan agar kau aman
Bersama orang yang beriman
Bersama orang yang beriman.

Tidak sempat ku jawab soalan
Anak ku tanya kenapa aku di tahan
Tanpa bukti
Tanpa alasan
Tanpa kesalahan

Lama aku di sini
Terkurung di balik tirai besi.

“Hang nak tuju lagu ini kepada orang yang ditahan atas tuduhan antaranya menghina agama Islam??” Kawanku mengherdikku, apabila ku beritahu hasratku ini.

“Kalau betul mereka ditahan kerana menghina agama, mengapa tak hadapkan mereka ke mahkamah agama atau awam? Supaya jelas mana hak orang Islam dan mana hak bukan Islam ke atas agama mereka? Kerajaan seolah-olah menyembunyikan hak-hak tersebut.. Seolah-olah cuba menyembunyikan peraturan yang kononnya dari agama, pada hal dari pemahaman agama yang tidak syumul dan sempit? Mereka ditahan di bawah ISA, tandanya penahanan itu memang bertujuan politik. Dilebelkan kerana kesalahan menghina agama adalah bertujuan mengaut simpati orang Islam, pada hal ianya boleh membakar dan mencetuskan api perselisihan agama!” Aku menjelaskan.

“Lagu ini ada menyebut pasal anak.. kepada Raja Petra takpa la, tapi kepada Teresa Kok kan dia masih belum kahwin lagi?” Soalannya sudah pusing ke lain.

“Ai, kalau belum kahwin, kahwin saje le… Jangan ikut Menteri Perlancungan Pak Lah!!” Aku terlanjur cakap.

Dia terdiam.

“Oo maaf aku terlanjur.. Rupanya DAP tak sama dengan PAS. Ramai pimpinan DAP yang masih belum kahwin-kahwin lagi. Termasuk seorang amoi Cina yang baru ku kenal, ADUN Teratai Selangor YB Jenice Lee Ying He yang ku temui di majlis menyambut seorang tokoh Melayu menyertai DAP, di sebuah hotel di Subang Jaya, baru-baru ini.”

Maaf Cik YB Jenice, aku cuma bergurau!!

Hanya, sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September16, 08. KL.

Monday, September 15, 2008

Ledakan 11 Sept: 10 Perkara Surat Tok Guru Nik Aziz..


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

SAYA terima e-mail dari seseorang, tulisan bertajuk, ‘Terengganu Tersalah Pilih Pesuruhjaya’, dikatakan surat Tok Garu Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan. Isi surat 10 perkara atau artikel yang pada asalnya disiarkan di blog http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/

Disusuli dengan artikel baru bertajuk ‘Akhirnya aku jadi mangsa, kena tarik balik artikel isu 'Tok Guru vs Mustafa Ali’.

Artikel ini juga didebatkan didalam forum di link http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=375587&extra=page%3D1.

Pihak saya juga telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat mengenai kesesuaiannya disiarkan. Maka di sini saya pamerkan surat tersebut..

Terengganu Tersalah Pilih Pesuruhjaya.

1…Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2…Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskan oleh Muktamar secara "standing ovation".

3…Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4…Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato' Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu "tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang." Sentimen Mustafa yang "terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti" betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5…Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk "meredakan keresahan rakyat" yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. "Cross over" kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. "Standing ovation" itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6…Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7…Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8…Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9…Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10…Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato' Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh :
11 Ramadhan 1429
/11 September 2008.

Semoga surat ledakan surat 11 September akan tepat sasarannya. Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September15, 08. KL.

Syeikh Teluk Intan: Blogger, Dah Jadi Penyanyi?

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

KELMARIN seorang pensyarah UM tanya saya, dia terjumpa dalam YouTiub, sebuah lagu bertajuk ‘I.S.A. Yang Zalim’, klip video yang menarik. Hari ini seorang kawan saya mengajak saya pergi melawat ke NFZ Studio, di Kajang Utama. Dia ajak saya berbincang, bagaimana nak memasarkan album sulung lagunya yang bercorak ketuhanan. Lagu, bukan nasyid.. tapi bercorak ketuhanan dan dakwah.

Jodol albumnya, ‘fikirkanlah’ oleh kumpulan GREEN. Bonos Trek Lagu Raya. Harga RM12.90. Terdapat 12 lagu, iaitu Fikirkanlah, Sujud, Kau Cinta Nabi, Tandus, Cahaya Iman, Terimalah Aku Kembali, Pulanglah Ibu, Tersentak, Mentari Hati, Ranjau Kehidupan, Berlalunya Ramadzan dan Di Pagi Raya. Penulis lagu dan lirik adalah NFZ, Dza, Affan Danial, Domay Green, Budi, Muaasim, Iwan dan Jall.

Apa yang menarik, di sana saya bertemu sahabat saya, blogger Syeikh Teluk Intan. Dari seorang pegawai korporat sebelum ini, jadi blogger dan sekarang jadi penyanyi pula. Dengan diam-diam, rupanya lagu ‘I.S.A. Yang Zalim’ di ciptakan dan dinyanyikan oleh beliau. Hebat juga lagunya, boleh didtonton di YouTiub sekarang.

“Aku sekarang dah berumur. Bagaimana aku nak habiskan sisa-sisa hidupku dalam kerja-kerja amal. Nak kerja macam Unit Amal dah tak larat. Maka aku sampaikan kebenaran melalui nyanyian. Aku ingin mendekati anak-anak muda. Aku dipilih jadi penasihat kepada kumpulan GREEN!” Jelasnya.

“Ada ke lagu baru selepas ‘I.S.A. Yang Zalim’?”

“Ya!”. Dia mengajak aku dan rakanku masuk ke studio. Dia ambil gitar, memetiknya dan terus menyanyi. Ku dengar rentak lagunya amat sesuai dengan sindirin yang cukup tajam. Gaya bahasanya yang teratur dan indah. Terpegun dan lucu juga kami mendengarnya.. Dan bersorak tanpa sedar di akhir penutup lagunya.

“Apa jodol lagu ni??”

“Tidurlah Bang Dolah.. Ku ciptakan lagu ini, khusus untuk PM!”

Rasa tak sabar lagi nak dengar lagunya di YouTiub. Insya Allah.



Mengenai album NFZ keluaran pertama ini, bagi sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mengedar lagu-lagu ini termasuk peniaga-peniaga, sila hubungi:

NFZ Studio’
No 15-2A, Jalan 3/11,
Taman Kajang Utama,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-87330862 atau

016 2099325

Jika ada mana-mana ustaz, atau penceramah yang ingin menggunakan studio ini untuk rakaman ceramah dalam vcd atau klip video, boleh hubungi alamat di atas. Pada saya pula, jika ada mana-mana ilmuan di bidang tafsir Al-Quran yang ingin mengadakan kuliah tafsir Al-Quran secara bersiri dalam studio, atau dengan penggambaran tambahannya di luar studio, silakan kita berunding untuk menjayakannya. Kalau perlu dengan menubuhkan sebuah badan khas untuk mengendalikannya. Anggaplah ini sebagai suatu amalan sedeqah jariah, bukan senang untuk habiskan tafsir Qur’an 30 juz, dan memaparkan ke tengah masyarakat…

Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September15, 08. KL.

Sunday, September 14, 2008

Partai Aceh: Menang Pun Perang, Kalah Pun Perang!



Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

DALAM blog ‘shahabudeenjalil.com’ di bawah tajuk ‘Polibiz 001 -Pembohong’ menceritakan kisah seorang raja Armenia mengadakan pertandingan di kalangan rakyatnya yang dapat ‘membuktikan dirinya adalah seorang penipu yang dasyat’.akan dihadiahkan sebiji epal emas. 

Walaupun ramai yang menyertainya, tetapi dengan berbagai alasan tiada seorang pun diterima sebagai pemenang. Akhirnya muncul seorang orang tua miskin lagi selekeh membawa sebuah beg guni yang kotor dihadapan raja. 

“Apa yang kamu nak, menyebabkan kamu datang ke sini?” Tanya raja itu.

Jawabnya, “Tuanku! Sudah tentu tuanku masih ingat, tuanku telah berhutang dengan saya se ketul jongkong emas dan saya datang disini untuk mengambilnya!”

“Cis, kamu penipu yang dasyat! Saya tidak pernah berhutang apa-apa dari kamu!” Sergah raja.

"Oo.. Saya penipu yang dasyat??" kata si tua itu, bererti dia sudah berjaya menjawat pemenang pertandingan itu. "Jadi berikan saya epal emas itu!” Yakni hadiah sebagai pemenang.

Baru raja itu tersedar helah licik orang tua itu, tetapi raja cuba berdalih, “Tidak. Tidak! Kamu bukan penipu..”

“Kalau saya bukan penipu, serahkan kembali jongkong emas yang tuanku hutang dulu!” jawab orang tua itu pula.

Begitulah kisah seorang raja yang cuba bermain politik menghadapi saingannya. Dalam kes perjuagan rakyat Aceh menuntut kemerdekaan dari Republik Indonesia (RI), saya (Ibnu Hasyim) melihat wadah perjuangan rakyat Aceh sebagai raja Armenia tadi dan pemerintah RI sebagai orang tua yang licik itu.

Tengku Daud Barueh, ulama pejuang pembebasan Negara Aceh, pemimpin PUSA atau Persatuan Ulama Seluruh Aceh, bersama Karto Suwirio dari Jawa Barat dan Kahar Muzakkir dari Sulawesi sama-sama berjuang untuk menegakkan Darul Islam atau Negara Islam di RI sejak belum merdeka lagi. 

Atas nama perjuangan kemerdekaan, beliau sanggup membantu Seokarno dengan menghadiah sebuah kapal terbang milik rakyat Aceh kepada Seokarno, kerana waktu itu Aceh mempunyai dua buah kapal terbang. Anda boleh lihat pesawat tersebut dipamerkan di tengah padang di Banda Aceh, atau di Jakarta, sekarang. Sila lihat Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim di Medan Mei31, 2008 melalui weblog ini ‘Peringatan Dari Indon..’ 

Sukarno berjanji akan memberi kebebasan kepada Aceh untuk menegakkan Negara Islam sesudah merdeka. Bermakna Aceh mempunyai kekuatan yang kuat di saat perjuangan kemerdekaan Indonesia masih tiada kekuatan peralatan.. Tetapi selepas merdeka Ogos 1945, Aceh cuma diletakkan di bawah Kecamatan Medan atau Sumatera Utara. 

Untuk dapatkan hak Negara Islam perlu dapat kelulusan dari Medan. Suekarno lepas tangan. Begitulah… perjuangan Islam yang besar dan luas telah di’kecil’kan atau dikhianati oleh nasionalis Suekarno. Akhirnya perjuangan rakyat Aceh disambung oleh GAM atau Gerakan Aceh Merdeka dengan kekerasan dan angkat senjata atau perang melawan Jakarta Pusat, hingga jutaan rakyat terkorban. 

Setelah puas berperang, masing-masing berhenti untuk mengambil nafas. Maka baru beberapa tahun kebelakangan ini selepas malapetaka tsunami, berlaku perjanjian damai antara kedua belah pihak yang ditandatangani di Helsinki, Finland pada 15 Agos 2005.

Pertarungan kini bertukar bukan lagi dengan senjata tetapi melalui peti undi, atau pilihan raya umum RI yang akan diadakan, iaitu Pemilu 2009. GAM, cuba ditukar menjadi Partai Gerakan Aceh Merdeka atau Partai Gerakan Aceh Mandiri, tetapi akhirnya diluluskan dengan nama Partai Aceh (PA). 

Perjanjian di Helsinki menggambarkan ‘papan catur’ corak permainan .’makan memakan’ dalam politik tersebut. 

“PA boleh menangkah pada Pemilu akan datang?” Saya tanya seorang pemimpin media radio dan akhbar di Aceh, se waktu berada di pejabatnya, di Banda Aceh.

“Tentu! Kalau dilihat situasinya…”

“Kalau menang, apakah Aceh akan tuntut merdeka dari RI?”

“Tentu!” Jawabnya.

“Kalau menang, apakah Indonesia akan beri kemerdekaan macam Timur Timor? Kalau tak beri apa akan jadi?”

“Kalau PA menang pun, RI tidak akan beri kemerdekaan. Lihat perjanjian di Helsinki. Kalau tuntut juga, tentu akan berlaku seperti sebelum ini.. yakni, perang terus!”

“Bagaimana kalau PA kalah?”

“Juga akan perang terus, kerana mereka sudah tidak berkuasa dalam negara mereka sendiri!!”

Ulasan Saya:
  1. Kalau perjuangannya PA sama dengan perjuangan parti-parti lain di RI, seperti yang berdasarkan Islam, demokratik atau lain-lainnya, apa perlunya tubuh parti baru? Memadai dengan membuka cawangannya di Aceh saja. Tentu ada maksud tersirat, umpamanya menuntut merdeka atau autonomi penuh. 
  2. Saya belum lagi melihat dasar penuh perlembagaan dan dasar perjuangan parti tersebut, apakah ia seperti Darul Islam sebagai lanjutan dari perjuangan ulama-ulama Aceh terdahulu, atau seperti parti-parti secular lain di Indonesia, walaupun memakai lebel Islam atau kebangsaan. Atau sudah mulai berlaku penghakisan perjuangan ke Islamannya?  
  3. Adalah lebih baik PA menselaraskan perjuangan partainya dengan kehendak Al-Quran dan As-sunnah seperti perjaungan partai-parti Islam global, contohnya HAMAS di Palestin, PAS di Malaysia atau parti-parti Islam di peringkat nasional di Indonesia. 
  4. Supaya perjuangan rakyat Aceh tidak ditipu oleh ‘seorang tua licik’ dengan raja Armenia seperti dalam kisah lucu ‘Polibiz 001 –Pembohong’ di atas, PA perlu menumpukan kegiatannya:

  • Ke arah perkaderan, kepimpinan dan tarbiah ahli-ahlinya sebagai pemimpin atau perlaksana Islam yang syumul. 
  • Mewujudkan bank zakat dan pengagihan menurut asnaf-asnafnya. 
  • Meuar-uarkan projek pembangunan untuk rakyat termiskin dengan perlaksanaan system ekonomi Islam, penghapusan kemiskinan, pengangguran dengan kadar segera, seperti perladangan, pertanian atau perkilangan sesuai dengan strategi peperangan melalui peti undi demi pengekalan kemenangan setiap kali pilihan raya.. 
  • Luaskan hubungan antarabangsa dengan negara-negara Islam, umat Islam atau negara umat Islam. 
  • Luaskan hubungan antaraabangsa dengan negara-negara bukan Islam dan korporat-korporat tidak kira agama, asalkan tidak merugikan agama Islam..
Begitulah pandangan saya kira-kira. Sekian catatan untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September14, 08. KL.

Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails