Saturday, February 22, 2020

DAP Menang? 3 Perkara Mengenai Keputusan Mengejut Peg/Negara.. -Dr Kamarul Zaman.


Implikasi besar hentikan prosiding 12 tertuduh LTTE

RAMAI juga rakan-rakan yang bertanya: Mengapa pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan LTTE dibuat pada hari ini, Jumaat, 21 Februari 2020?

Saya tidak mahu terjebak untuk mengulas persoalan masa pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini dibuat, tetapi sekadar mahu menyentuh implikasinya.

Membaca kenyataan 28 perenggan Peguam Negara seolah-olah membaca hujahan Peguam-peguam Bela kepada 12 tertuduh di mahkamah untuk membebaskan mereka.



Begitupun, selain daripada implikasinya ke atas nasib 12 tertuduh tersebut, keputusan mengejut Peguam Negara ini, pada hemat saya, memberi implikasi besar kepada:
(1) Wibawa Jabatan Peguam Negara: Tertuduh ditangkap pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah pada 29 Oktober 2019. Kertas pertuduhan dirangka, dan pendakwaan dibuat, oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. Jika pertuduhan tidak kuat, mengapa pendakwaan masih dimulakan? Jika ada kesilapan, mengapa hanya setelah 4 bulan, iaitu 21 Februari 2020, baru kesilapan ini disedari dan mengapa kenyataan Peguam Negara langsung tidak mengandungi sebarang permohonan maaf atas kesilapan ini?
(2) Wibawa Polis Di-Raja Malaysia: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menyebut polis mempunyai bukti kukuh menahan 12 tertuduh. Mengikut Datuk Ayob Khan, ada antara tertuduh yang merancang menyerang kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur dan ada transaksi kewangan yang besar, tetapi kenyataan Peguam Negara langsung tidak menyebut aspek-aspek ini.
(3) Imej dan dana kerajaan: Keputusan dan hujah-hujah yang diberikan oleh Peguam Negara hari ini sudah pasti akan digunakan balik oleh sebahagian daripada mereka yang telah pernah atau sedang ditahan di bawah SOSMA untuk menuntut pembebasan mereka dan untuk menuntut ganti rugi, yang jumlahnya pastinya bukan sedikit, daripada pihak kerajaan di atas dakwaan penahanan secara salah. Ia juga sudah pasti akan menyukarkan cubaan untuk menahan dan mendakwa di bawah SOSMA di masa hadapan.
Apakah pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini, dua daripadanya adalah ADUN DAP, adalah kemenangan untuk DAP? Belum pasti, kalaupun bukan jauh sekali.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 21/2/2020

Pasangan Lesbian Ini Terlepas Dari Hukuman Mati Di Negara Sendiri..

Hasil carian imej untuk Terlepas hukuman mati di negara sendiri, pasangan lesbian Arab Saudi isytihar cinta selepas lari k
Hasil carian imej untuk Terlepas hukuman mati di negara sendiri, pasangan lesbian Arab Saudi isytihar cinta selepas lari k
Pasangan Lesbian dari Arab Saudi Saling Nyatakan Cinta di TV

PASANGAN lesbian yang melarikan diri dari Arab Saudi kerana khawatir hukuman mati telah menyatakan cinta mereka satu sama lain di TV.

Kedua wanita itu sekarang tinggal di London, Inggris. Mereka terpaksa merahasiakan hubungan mereka di negara asal mereka. Di mana di bawah hukum syariah, hubungan sesama jenis dapat dihukum mati, dikutip dari Mirror Online, Sabtu (22/2/2020).

Sekarang mereka bebas untuk saling mencintai. Mereka memberikan wawancara ke acara TV berbahasa Arab 'Jaafar Talk' yang mengudara di saluran DW, selama spesial Hari Valentine.

Menggunakan nama 'Fad' dan 'Nanz' sebagai alias, kerana segmen tersebut menyertakan gambar pasangan di Arab Saudi, mereka mengungkapkan bagaimana mereka jatuh cinta setelah bertemu di Snapchat.

Mereka berhasil merahasiakan hubungan mereka sampai Nanz, yang mengatakan dia menemukan seksualitasnya di awal remaja. Dia mulai menarik kecurigaan dari kerabat kerana dia terus mengetuk calon pelamar.

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

Tun M Menang? Anwar Tunggu Lagi..

Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M
TUN MAHATHIR: Saya telah katakan bahawa peralihan kuasa berlaku lepas APEC. Tiada masa, tiada tarikh (ditetapkan). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa terpulang kepada beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri atau pun sebaliknya.

Menurut beliau, setakat ini peralihan kuasa akan berlaku seperti mana ditetapkan selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Saya telah katakan bahawa peralihan kuasa berlaku lepas APEC. Tiada masa, tiada tarikh, tiada apa pun (ditetapkan).

“Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak. Itulah kepercayaan yang mereka berikan pada saya. Alhamdulillah,” demikian katanya, sebentar tadi.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini, malam ini.

Dr Mahathir dalam pada itu mengakui bahawa terdapat dua pendapat berbeza sebelum majlis mesyuarat Presiden PH bersetuju untuk mendengar pandangannnya.


Katanya, perbincangan 'panjang lebar' telah berlangsung sepanjang mesyuarat itu bagi kepentingan parti.

"Akhirnya saya rasa bangga, semuanya diserah kepada saya, apa saya kata, mereka akan turut.

“Saya gembira, alhamdulillah akhirnya mereka meletakkan kepercayaan kepada saya,” ujarnya.

Turut hadir barisan pimpinan utama PH iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Selain enam pemimpin terbabit, Mesyuarat Majlis Presiden turut dihadiri 19 pemimpin parti komponen masing-masing.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut memaklumkan selain isu peralihan kuasa, PH turut membincangkan keputusan untuk memutuskan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti. 

Katanya, fokus utama PH adalah untuk mengharungi cabaran besar itu supaya tiada parti komponen dalam gabungan berkenaan yang terpaksa berdepan sesama sendiri.

"Saya juga bincang mengenai PRN Sarawak, supaya calon-calon kita tidak berlawan sesama parti komponen.

"Kita juga akan anjurkan konvensyen yang tarikhnya belum ditentukan lagi," katanya.

Terdahulu, isu peralihan kuasa dijangka dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut seperti mana dimaklumkan Anwar selepas pertemuan dengan Dr Mahathir pada 13 Februari lalu.

Dr Mahathir sebelum ini mengulangi janjinya untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 pada November depan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setelah diteliti dalam kemelut senyuman Anwar-Tun M ini,  nampaknya Tun M menang... Menang  dalam menentukan waktu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri Malaysia atau segala yang berkait dengannya.

"Akhirnya saya rasa bangga, semuanya diserah kepada saya, apa saya kata, mereka akan turut." Kata Tun M.

Maka '..terpulang kepada beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri atau pun sebaliknya.'


Video: Terpulang kepada saya nak lepas atau tidak - Tun M.



Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

T/Haji: PH Bengap? Gi Belajar Di 'Ganu..


Mujahid perlu belajar dari Terengganu

MUJAHID akhirnya mendedahkan bahawa 4 hotel Tabung Haji (TH) terpaksa dijual kerana mengalami kerugian RM53 juta dalam tempoh 5 tahun.

Inilah masalah sebuah kerajaan yang ‘knows the cost of everything and the value of nothing’. Mereka tahu kos, tetapi tidak memahami nilai.

Saya beri contoh sebuah hotel 5 bintang di Terengganu – Duyong Marina Resort. Ketika dibina belasan tahun dahulu, ia tidak pernah dirancang untuk mencipta keuntungan. Tetapi ia wujud bagi memenuhi matlamat kerajaan pada ketika itu untuk mewujudkan ‘high-end tourism’ dengan model seakan Dubai atau Abu Dhabi.

Prinsip yang digunapakai pada masa itu adalah lebih baik mempunyai 1000 pelancong yang berbelanja RM1 juta seorang berbanding 1 juta pelancong yang berbelanja RM1000 seorang.



Atas sebab itu, jumlah pelancong asing ke Terengganu meningkat daripada 162,826 orang pada 2004 kepada lebih 380 ribu orang pada 2008 – majoriti daripada Eropah, Taiwan dan Singapura.
Sudah tentu kerajaan terpaksa menanggung kerugian operasi pada ketika itu tetapi impak kepada ekonomi negeri dan setempat adalah amat besar.
Apabila Monsoon Cup ditamatkan, Duyong Marina akhirnya mengalami kerugian sehingga RM20 juta yang dicatatkan pada tahun 2016.
Kerugian ini berterusan sehinggalah apabila berlakunya pertukaran kerajaan pada 2018, model pengurusan dan struktur diubah dan Duyong Marina hampir pulih daripada kerugian pada tahun lepas dan sedang berada pada landasan yang baik untuk mencatatkan keuntungan.
Apa yang Mujahid boleh belajar?
Pertama, nilai tidak boleh diukur dengan kos. Jangan buat perangai kapitalis. Mungkin hotel TH mengalami kerugian, tetapi ia harga yang kecil bagi perkembangan ekonomi umat dan kemunculan sistem korporat Islam
Kedua, bukan semua benda rugi perlu dijual baru selesai masalah. Kerajaan Terengganu dulu dan sekarang tak pernah jual Duyong Marina walaupun kerugian mereka lebih besar daripada Hotel TH.
Sebaliknya mereka laksanakan pemulihan korporat secara dalaman tanpa terganggu dengan permainan politik menyalahkan sesiapa.
Dan kalau malas sangat pakai otak, saya cadang kerajaan Terengganu pinjamkan Pengurus Besar Duyong Marina Tuan Faizul Abas kepada TH untuk kerja-kerja pemulihan.
Orang PH ini kadang-kadang bengapnya boleh tahan.
ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Rimba Square Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 20/2/2020

Iktiraf FIlem Korea Selatan Terbaik. Trump Melenting Mencemuh..

Hasil carian imej untuk filem Parasite
Teruk sangat ke filem AS? - Trump cemuh kemenangan filem Parasite di Anugerah Akademi
Trump, bagaimanapun, berkata dia lebih memilih filem klasik Hollywood seperti Gone With The Wind (1939) dan Sunset Boulevard (1950) berbanding filem arahan Bong Joon-ho itu. - Gambar fail
HALAMAN HIBURAN

Teruk sangat ke filem AS? - Trump cemuh kemenangan filem Parasite di Anugerah Akademi

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertindak mencemuh keputusan Anugerah Akademi yang mengiktiraf filem Korea Selatan, Parasite sebagai Filem Terbaik.

“Adakah anda tonton? Betapa teruknya Anugerah Akademi tahun ini?,” tanya Trump kepada ribuan penyokongnya yang hadir dalam kempen satu perhimpunan di Colorado Springs semalam.

“Dan pemenangnya adalah, filem dari Korea Selatan, apa yang dah berlaku ini?

"Kita sudah berdepan banyak masalah dengan Korea Selatan dalam isu perdagangan, mereka pula diangkat sebagai Filem Terbaik tahun ini? Adakah itu berita baik? Saya tidak tahu,” tegasnya.

Trump, bagaimanapun, berkata dia lebih memilih filem klasik Hollywood seperti ‘Gone with the Wind’ (1939) dan ‘Sunset Boulevard’ (1950) berbanding filem arahan Bong Joon-ho itu.

“Saya ingat filem-filem itu filem terbaik sebelum ini, bukan?

"Tidak. Adakah ia pernah berlaku sebelum ini?” tanya Trump, seperti yang dipetik dari Bloomberg.

Sebelum ini filem berbahasa asing yang pertama kali merangkul empat anugerah di pentas Oscars itu, turut mencetuskan kontroversi apabila terdapat penerbit filem Tamil mengumumkan akan menyaman penerbit filem Parasite atas sebab plagiarisme.

BACA: Penerbit filem Tamil akan saman pengeluar 'Parasite', dakwa plagiat karya

Wakil dari syarikat produksi filem itu, CJ Entertainment, bagaimanapun, berkata pihaknya tidak tahu mengenai isu berkenaan.

BACA: Isu tiru filem Tamil, produksi Parasite tak tahu menahu

Terdahulu, produksi filem Parasite telah mencipta sejarah dengan menjadi filem berbahasa asing pertama memenangi anugerah Filem Terbaik di Oscars, selain turut membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik. (AA)

Lihat Sebelum Ini..

E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

Hasil carian imej untuk cuci otak
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

Bab 1

Bab 2
Bab 3.
Bab 4




Friday, February 21, 2020

Maknyah Bogel Di Pusat Beli-belah. Trend Baru LGBT?


GELAGAT mak nyah warga Filipina berjalan dan berlari di pembahagi jalan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, yang tular di media sosial, hari ini. Gambar Ihsan Pembaca

MAK NYAH yang berjalan dan berlari di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel berhampiran pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam, didapati tidak mengalami masalah mental.
Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mak nyah warga Filipina berusia 29 tahun berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang memaklumkan mak nyah berkenaan memanjat kereta miliknya dan menganggu pengguna jalan raya di lokasi terbabit.

“Hasil maklumat diterima, kami menahan suspek dan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
“Soal siasat dengan doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap suspek mendapati mak nyah berkenaan tidak mengalami masalah mental,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Rudy berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 AktaKesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Punca suspek bertindak sedemikian (berbogel) masih belum diketahui,” katanya.
Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik di media sosial sejak petang semalam.
Dalam video yang dirakam oleh orang awam itu, mak nyah berkenaan dilihat berjalan dan berlari di pembahagi jalan di lokasi terbabit.
Malah, dia turut dilihat menari sambil memegang kemaluan dan cuba melintas jalan di lokasi berkenaan selain memanjat sebuah kereta di lokasi berkenaan.
Gelagat mak nyah berkenaan menyebabkan ada di antara pengguna jalan raya membunyikan hon kenderaan mereka.
Bukan gila, trend baru LGBTkah?

Fikir Fikir..
Video:

Kisah L.G.B.T - Ustadz DR Syafiq Riza Basalamah MA



Hotel TH Terlucut Ke Tangan B/Islam? Ini 2 Perkara.. -Dr Mohd Khairuddin

Kencing..
Itu Tabung kasi LGE, itu haji kasi sama saya

DATO’ Dr Mujahid Yusof menyebut bahawa Menteri yang bertanggungjawab di dalam proses memulihkan TH bukan Menteri Kewangan tetapi Menteri Hal Ehwal Agama di mana semua keputusan dasar dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikut Akta Tabung Haji.


Persoalan sekarang bukanlah Menteri mana yang bertanggungjawab melucutkan hak milik 4 buah hotel milik TH kepada UJ, tetapi Menteri mana yang mempunyai penguasaan ke atas 4 buah hotel ini setelah ia diambil-alih oleh UJ, syarikat milik Kementerian Kewangan (MoF).
Kebetulannya, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah menyatakan, “Bila hotel dapat dijalankan dengan baik nanti, kita akan beri TH untuk sama ada dia nak balik ke tidak masa itu. Kalau waktu itu TH kata kami rindulah, nak balik semula dengan anak dia semula, ya, kita boleh berunding.”
Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan maka nyatalah bahawa yang akan berkuasa ke atas 4 buah hotel ini selepas ini bukanlah lagi Menteri Hal Ehwal Agama, tetapi adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali gus menimbulkan tanda tanya, boleh dipegangkah janji tidak bertulis beliau ini?
Pertama adalah, begitu senang sekalikah pemindahan 4 buah hotel ini dibuat kembali sedangkan pemindahan ini adalah urus niaga rasmi yang lengkap dengan perjanjian bertulisnya, di mana UJ telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 bilion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini?
Kedua adalah, kenyataan rasmi TH dan UJ memaklumkan bahawa langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada TH adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan.
Soalannya pula adalah, mana satu mandat yang didakwa telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan ini? Jika tujuannya adalah bagi mengurangkan komitmen kerajaan mengapa ia dipindahkan ke UJ, syarikat milik kerajaan, dan logikkah ia dipindahkan kembali ke kerajaan (TH)?
Jika benar tujuan pemindahan 4 buah hotel ini adalah bagi mengurangkan komitmen kerajaan, maka pastilah titik akhirnya adalah menuju kepada pihak swasta. Berasaskan perkiraan untung rugi dunia kapitalis apakah jaminan 4 buah hotel ini tidak akan terlepas ke tangan bukan Islam selepas ia diswastakan?
Jelas sekali 4 buah hotel ini bukan lagi menjadi milik umat Islam yang menabung dengan TH. Hasil yang bermula dengan modal mereka dalam keadaan untung pun dipindahkan kepada pemilikan kerajaan yang tentunya mewakili Muslim dan bukan Muslim sedangkan ia sepatutnya kekal menjadi milik Muslim kerana ia bermula dengan Muslim dan menjadi aset umat Islam dalam keadaan ia masih untung.
Sekian.
“Islam Memimpin Perpaduan”
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 20/2/2020

Kemelut Senyum: 40 Dari 50 MP PKR Sokong Anwar. Jika Tun M...

Anwar bersikap terbuka jika Tun Mahathir ingin kekal dalam Kabinet
Anwar berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara. - Foto BERNAMA

KL: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bersikap terbuka jika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin kekal dalam Kabinet meskipun selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Presiden PKR itu berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.


"Saya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan, bagaimanapun saya terbuka kepada idea tersebut kerana ia akan memberi manfaat yang besar kepada negara berdasarkan pengalaman beliau yang begitu luas.

"Ia juga akan membantu dari segi mendapatkan peralihan kuasa yang lebih aman dan pada masa yang sama, menggerakkan ekonomi negara ke hadapan," katanya kepada pemberita di luar Simposium 'The Construct of a Nation: As I See It' anjuran Universiti HELP di sini.


Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk menganggotai Kabinet sebelum peralihan kuasa.

BACA: Majlis Presiden PH dijangka putuskan tarikh peralihan kuasa?

Bagaimanapun, Anwar berkata sama ada beliau mahupun Dr Mahathir tidak seharusnya diberi tekanan berhubung isu peralihan kuasa.

Beliau berkata negara sepatutnya memfokus kepada isu lain seperti situasi ekonomi atau penularan jangkitan COVID-19 berbanding isu peralihan kuasa.

Ditanya sama ada beliau akan meminta tarikh yang tepat bagi penyerahan pucuk kepimpinan negara, Anwar berkata: "Tidak, kami akan mengadakan perbincangan mengenai tarikh itu.

"Perdana Menteri telah menyatakan bahawa ia akan berlaku selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), jadi kami akan menyelesaikan perkara ini dan saya rasa sesiapa pun tidak patut diberi tekanan," katanya.


Anwar menegaskan Dr Mahathir harus diberi kebebasan untuk memerintah dan berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan keikhlasan Perdana Menteri.
-- BERNAMA

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Friday, February 21, 2020


40 DARI 50 MP PKR SOKONG ANWAR


Berita diterima, 40 dari 50 MP Keadilan telah menandatangani SD menyokong DSAI.  Manakala, seorang MP belum menandatangi menyokong mana-mana  pihak .  Ertinya, kartel hanya mendapat sokongan 9 MP sahaja.

BERITA DARI MALAYSIAKINI
Ketua whip PKR di parlimen, Johari Abdul, berkata beliau memulakan inisiatif bagi akuan berkanun (SD) berbunyi: "(Saya) menyokong Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan."

Ikrar itu mengukuhkan lagi perjanjian - dicapai pada 7 Jan 2018 - dalam kalangan pemimpin tertinggi PH tetapi tiada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan tersebut.

Kata Johari, SD yang disediakannya untuk ahli parlimen PKR itu adalah tindak balas kepada kempen berterusan dibuat pihak lain bagi mendapatkan tandatangan untuk satu lagi SD yang menyokong Mahathir kekal dijawatannya sehingga PRU akan datang.

"Kira-kira 40 (ahli parlimen) daripada 50 (wakil rakyat PKR) sudah menurunkan tandatangan. Kami ada senarai yang panjang," katanya kepada Malaysiakini.(http://wrlr.blogspot.com/2020/02/40-dari-50-mp-pkr-sokong-anwar.html)

Dasar Tanah: Pusat Kena Ikut T'ganu, Demi Selamatkan Hak Bumiputera


Dasar Tanah Negeri Terengganu Pelihara Hak Bumiputera


SETIU, 20 Februari – Dasar Tanah Negeri Terengganu memainkan peranan penting dalam menjaga dan memelihara kepentingan orang melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan adanya dasar itu, tanah hak bumiputera tidak boleh dipindah milik kepada bangsa lain dengan sesuka hati.

"Pindah milik tanah ini boleh berlaku samada melalui proses jual beli, pemberian kasih sayang atau pusaka.

"Namun di Terengganu, apabila tanah tersebut dimiliki oleh orang Melayu, maka secara automatik ia akan menjadi Tanah Pegangan Melayu (Malay holder) yang tidak boleh dipindah milik kepada kaum lain," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, terdapat banyak pertanyaan yang diajukan kepadanya disebabkan kebimbangan bahawa tanah milik orang Melayu akan beransur-ansur menjadi milik bangsa lain.

"Tanah Pegangan Melayu berbeza dengan Tanah Rizab Melayu (Malay reserved). 

"Di Terengganu tak banyak tanah rizab Melayu. Yang banyaknya ialah tanah pegangan Melayu,"ujarnya.

Tambah beliau, hanya tanah berstatus pegangan bebas (free hold) sahaja yang boleh dipindah milik kepada kaum lain. (Teganukita)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya dasar tanah di negara ini kena ikut Terengganu, demi menyelamatkan dan memelihara hak bumiputera.

Nabi SAW berpesan, kembalikan hak kepada tuannya. Yakni, tanah di bumi Malaysia milik bumiputera dan rakyatnya, bukan dibiarkan dirampas oleh pendatang asing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails