Friday, February 21, 2020

Kemelut Senyum: 40 Dari 50 MP PKR Sokong Anwar. Jika Tun M...

Anwar bersikap terbuka jika Tun Mahathir ingin kekal dalam Kabinet
Anwar berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara. - Foto BERNAMA

KL: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bersikap terbuka jika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin kekal dalam Kabinet meskipun selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Presiden PKR itu berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.


"Saya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan, bagaimanapun saya terbuka kepada idea tersebut kerana ia akan memberi manfaat yang besar kepada negara berdasarkan pengalaman beliau yang begitu luas.

"Ia juga akan membantu dari segi mendapatkan peralihan kuasa yang lebih aman dan pada masa yang sama, menggerakkan ekonomi negara ke hadapan," katanya kepada pemberita di luar Simposium 'The Construct of a Nation: As I See It' anjuran Universiti HELP di sini.


Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk menganggotai Kabinet sebelum peralihan kuasa.

BACA: Majlis Presiden PH dijangka putuskan tarikh peralihan kuasa?

Bagaimanapun, Anwar berkata sama ada beliau mahupun Dr Mahathir tidak seharusnya diberi tekanan berhubung isu peralihan kuasa.

Beliau berkata negara sepatutnya memfokus kepada isu lain seperti situasi ekonomi atau penularan jangkitan COVID-19 berbanding isu peralihan kuasa.

Ditanya sama ada beliau akan meminta tarikh yang tepat bagi penyerahan pucuk kepimpinan negara, Anwar berkata: "Tidak, kami akan mengadakan perbincangan mengenai tarikh itu.

"Perdana Menteri telah menyatakan bahawa ia akan berlaku selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), jadi kami akan menyelesaikan perkara ini dan saya rasa sesiapa pun tidak patut diberi tekanan," katanya.


Anwar menegaskan Dr Mahathir harus diberi kebebasan untuk memerintah dan berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan keikhlasan Perdana Menteri.
-- BERNAMA

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Friday, February 21, 2020


40 DARI 50 MP PKR SOKONG ANWAR


Berita diterima, 40 dari 50 MP Keadilan telah menandatangani SD menyokong DSAI.  Manakala, seorang MP belum menandatangi menyokong mana-mana  pihak .  Ertinya, kartel hanya mendapat sokongan 9 MP sahaja.

BERITA DARI MALAYSIAKINI
Ketua whip PKR di parlimen, Johari Abdul, berkata beliau memulakan inisiatif bagi akuan berkanun (SD) berbunyi: "(Saya) menyokong Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan."

Ikrar itu mengukuhkan lagi perjanjian - dicapai pada 7 Jan 2018 - dalam kalangan pemimpin tertinggi PH tetapi tiada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan tersebut.

Kata Johari, SD yang disediakannya untuk ahli parlimen PKR itu adalah tindak balas kepada kempen berterusan dibuat pihak lain bagi mendapatkan tandatangan untuk satu lagi SD yang menyokong Mahathir kekal dijawatannya sehingga PRU akan datang.

"Kira-kira 40 (ahli parlimen) daripada 50 (wakil rakyat PKR) sudah menurunkan tandatangan. Kami ada senarai yang panjang," katanya kepada Malaysiakini.(http://wrlr.blogspot.com/2020/02/40-dari-50-mp-pkr-sokong-anwar.html)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails