Friday, February 21, 2020

Dasar Tanah: Pusat Kena Ikut T'ganu, Demi Selamatkan Hak Bumiputera


Dasar Tanah Negeri Terengganu Pelihara Hak Bumiputera


SETIU, 20 Februari – Dasar Tanah Negeri Terengganu memainkan peranan penting dalam menjaga dan memelihara kepentingan orang melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan adanya dasar itu, tanah hak bumiputera tidak boleh dipindah milik kepada bangsa lain dengan sesuka hati.

"Pindah milik tanah ini boleh berlaku samada melalui proses jual beli, pemberian kasih sayang atau pusaka.

"Namun di Terengganu, apabila tanah tersebut dimiliki oleh orang Melayu, maka secara automatik ia akan menjadi Tanah Pegangan Melayu (Malay holder) yang tidak boleh dipindah milik kepada kaum lain," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, terdapat banyak pertanyaan yang diajukan kepadanya disebabkan kebimbangan bahawa tanah milik orang Melayu akan beransur-ansur menjadi milik bangsa lain.

"Tanah Pegangan Melayu berbeza dengan Tanah Rizab Melayu (Malay reserved). 

"Di Terengganu tak banyak tanah rizab Melayu. Yang banyaknya ialah tanah pegangan Melayu,"ujarnya.

Tambah beliau, hanya tanah berstatus pegangan bebas (free hold) sahaja yang boleh dipindah milik kepada kaum lain. (Teganukita)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya dasar tanah di negara ini kena ikut Terengganu, demi menyelamatkan dan memelihara hak bumiputera.

Nabi SAW berpesan, kembalikan hak kepada tuannya. Yakni, tanah di bumi Malaysia milik bumiputera dan rakyatnya, bukan dibiarkan dirampas oleh pendatang asing.

2 comments:

Anonymous said...

Gempar news terkini pagi ini menjelang malam nanti untuk Mesyuarat Majlis Presiden

40 DARI 50 MP PKR SOKONG ANWAR

Berita diterima, 40 dari 50 MP Keadilan telah menandatangani SD menyokong DSAI. Manakala, seorang MP belum menandatangi menyokong mana-mana pihak . Ertinya, kartel hanya mendapat sokongan 9 MP sahaja.

BERITA DARI MALAYSIAKINI

Ketua whip PKR di parlimen, Johari Abdul, berkata beliau memulakan inisiatif bagi akuan berkanun (SD) berbunyi: "(Saya) menyokong Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan."

Anonymous said...

Kalau ketua bersatu, mungkin sokong lain. Kalau pan, lain pulak. Tapi pan adalah cabang dap. Yg ini direct taat dap, tiada belah bagi.

Tiada kesepakatan sebenarnya. Lihat malam nanti. Setakat ini masih persepsi. Seperti biasa, pkr adalah pakar persepsi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails