Thursday, February 20, 2020

Dia Penyebab Hakim Menangis Kerana Memaafkan Pembunuh Anaknya...


Pelakon Morgan Freeman mewawancara Abdul-Munim Sombat Jitmoud untuk sebuah program khas yang dihasilkan National Geographic TV.
Lelaki maafkan pembunuh anaknya jadi jurucakap isu toleransi, belas kasihan.

Abdul Munim Sombat Jitmoud 
KL: SEORANG bapa yang menyebabkan hakim menangis apabila beliau memaafkan pembunuh anaknya di mahkamah Amerika Syarikat kini menjadi jurucakap isu toleransi dan kemaafan di forum antarabangsa.

Bekas pengetua di 7 sekolah Islam di AS selama 31 tahun, Abdul Munim Sombat Jitmoud berkata, selain rumah ibadat, beliau turut menerima undangan berucap dalam pelbagai program bagi menyampaikan isu rahmah dan belas kasihan.

“Kebiasaannya saya berucap di masjid, gereja atau rumah ibadat Yahudi atau mana-mana organisasi yang menjemput saya untuk menyampaikan ucapan.

“Saya berkongsi dengan masyarakat yang kita perlu bersabar satu sama lain, tidak kira Islam atau bukan Islam.



Abdul-Munim Sombat Jitmoud memeluk Alexander Relford selepas memaafkan pembunuh anaknya di sebuah mahkamah AS pada November 2017.
“Kita perlu hidup dengan aman dan harmoni,” katanya kepada FMT selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Kepentingan seorang bapa kepada keluarga dan komuntiti” di Ibu Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Jitmoud kini dalam misi jelajah ke 6 negara, termasuk Malaysia bagi menyampaikan ucapan. Namun, ada yang terpaksa ditangguhkan sementara ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.


Disember tahun lalu, kerajaan Malaysia menganugerahkan Ikon Rahmah kepada Jitmoud atas sikap belas kasihannya yang menjadi contoh kepada masyarakat dunia.

Beliau pernah diwawancara pelakon Morgan Freeman dan personaliti terkenal lain atas kisahnya yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

Anaknya, Salahuddin dibunuh ketika menghantar piza pada malam 19 April 2015 di Lexington, Kentucky. Beliau berusia 22 tahun dan pembunuhnya, Trey Alexander Relford berusia 24 tahun.

Ramai yang melabelkan kes itu sebagai jenayah kebencian terhadap umat Islam, tetapi polis berkata sebaliknya kerana tiada bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Jitmoud dalam wawancara bersama FMT berkata, kematian anaknya, Salahuddin mendorong beliau untuk memfokuskan isu perkembangan sahsiah generasi muda kerana masyarakat ialah penjenayah sebenar dalam pembunuhan anaknya.

“Itu sebabnya saya tidak menyalahkan lelaki yang membunuh anak saya. 


“Masyarakat yang gagal. Dia datang daripada keluarga bermasalah dan masyarakat tidak membantunya untuk berdikari. Dia terlibat dengan orang jahat, dadah dan alkohol.”

Katanya, Relford ialah hasil kekejaman masyarakat yang mengabaikannya ketika beliau masih kecil.

“Apabila saya melihat kesnya, ia membuatkan saya lebih cintakan kemanusiaan lagi,” kata warga AS berusia 69 tahun itu yang berasal dari Thailand.

Relford hampir dijatuhkan hukuman mati selepas mengaku bersalah bersubahat dalam pembunuhan Salahuddin, bagaimanapun Jitmoud bertindak memaafkannya.

Beliau kemudian memeluk Relford yang menangis teresak-esak sambil meminta pengampunan ke atas perbuatannya. Hakim menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun ke atas Relford.

Jitmoud, 69, percaya sifat penyayang ialah faktor yang menggerakkannya untuk memberi peluang kedua kepada Relford. (
MINDARAKYAT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kehebatan lelaki ini pada saya ialah pandai memanfaatkan dirinya, pada masa, suasana, tempat dan keadaan, untuk perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan Islam. Lebih menarik lagi beliau tidak menyalahkan pembunuh anaknya itu. 

Padanya:

“Masyarakat (AS) yang gagal. Dia (pembunuh itu) datang daripada keluarga bermasalah dan masyarakat tidak membantunya untuk berdikari. Dia terlibat dengan orang jahat, dadah dan alkohol.”

Menurut beliau, Relford (pembunuh anaknya) ialah hasil kekejaman masyarakat yang mengabaikannya ketika beliau (Relford) masih kecil.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!


Hibur Hibur Sikit
  • Lagu Melayu menyesatkan!
  • Lagu Melayu Klasik Lucah

Ku Tiada Minta Lahir Didunia ~ Ismail Haron & Orkestra RTM

Ismail Haron - Dendamku Kerana Maria.wmv


Lagu Melayu Klasik Lucah

AYO KEZAMBO - petikan filem P.Ramlee "Panggilan Pulau" (1953)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails