Wednesday, February 19, 2020

Lagi Pemandu Mabuk, Adegan Bodoh!


Kiev: Tiga lelaki di Ukraine parah selepas seorang daripada mereka meletupkan bom tangan ketika bertengkar di dalam kereta.
Insiden letupan itu dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kampung Lelyaky, di Vinnytsia, wilayah tengah negara berkenaan.
Daily Mail melaporkan rakaman menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta itu beberapa saat sebelum letupan.
Berdasarkan laporan, empat rakan yang identitinya tidak dikenal pasti, menaiki kenderaan itu untuk ke bandar Zhmerynka di wilayah sama.
Sampai di satu lokasi, pemandunya yang dipercayai dalam keadaan mabuk tersilap haluan menyebabkan mereka tersesat.
Ia menyebabkan keempat-empat mereka bertengkar.
Ketika ini, seorang daripada mereka yang berusia 52 tahun, keluar dari kenderaan itu dengan niat untuk bertanyakan arah kepada penduduk tempatan.
Bagaimanapun, situasi bertambah tegang di dalam kereta itu menyebabkan seorang daripadanya mengeluarkan bom tangan dari poket dan meletupkannya.
Ia menyebabkan tiga lelaki berkenaan parah.
Pada masa sama, lelaki keempat yang berada beberapa tidak jauh dari kereta itu menghubungi talian kecemasan.
Mangsa parah kemudian dikejarkan ke hospital dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Unit Rawatan Rapi Hospital Zhmerynka, Irina Klokotska berkata, semua mangsa terpaksa menjalani pembedahan segera.
“Kami mengeluarkan serpihan logam di dalam perut dan saluran usus seorang mangsa,” katanya.
Beliau berkata, seorang lagi mangsa menjalani prosedur bagi membuang serpihan bom di kepalanya.
“Lelaki ketiga pula mengalami patah beberapa tulang rusuk. Satu daripada tangannya putus akibat letupan,” katanya.
Selain itu, doktor mengesahkan semua mangsa mengalami luka akibat serpihan bom di bahagian anggota badan dan muka.
Dalam pada itu, polis menyiasat kejadian itu sebagai kes pengendalian senjata api yang menyalahi undang-undang dan cubaan bunuh. (Agensi)

Hibur Hibur Sikit

Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri (Audio)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails