Wednesday, February 19, 2020

Sumbangan Al-Aqsa Tak Sampai? Siasat Angkara Siapa..


PRESIDEN Muslim Care Malaysia, Zulkifili Wahijan pada sidang media di Pejabat Muslim Care Malaysia, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
Sumbangan al-Aqsa: NGO Malaysia tuntut duta mohon maaf
GOMBAK: Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam kerja kebajikan rakyat Palestin menuntut duta negara berkenaan memohon maaf berikutan kenyataan sumbangan rakyat Malaysia tidak sampai untuk urusan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa.
Malah, mereka juga mendesak Walid Abu Ali menarik balik kenyataan itu jika tidak dapat memberikan bukti.
Wakil gabungan NGO itu, Zulkifili Wahijan, berkata ini kerana kenyataan Walid itu hanya memberi kesan buruk kepada NGO seperti mereka dan dibimbangi akan memberi impak kepada kerja kebajikan di Palestin selain menggugat keyakinan penderma.
“Kami menuntut Duta Palestin di Malaysia menarik balik kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf secara terbuka sekiranya beliau gagal membuktikan segala tuduhan liar itu. Namun, tindakan undang-undang akan diambil jika Walid gagal berbuat demikian.
“Kami daripada (10) NGO Malaysia yang hadir hari ini kecewa dan sedih dengan kenyataan Walid Abu Ali berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.
“Kenyataan beliau telah merosakkan bukan hanya imej dan reputasi NGO di Malaysia tetapi juga kerajaan termasuk rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata Presiden Muslim Care Malaysia itu pada sidang media selepas mesyuarat tergempar hari ini.
Sepuluh NGO yang terbabit dengan mesyuarat tergempar itu adalah wakil daripada Muslim Care Malaysia; Viva Palestina Malaysia; Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Global Peace Mission, MyCARE, Haluan Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM; MEDICOM, Cakna Palestin dan MAHAR.
Mengulas mengenai sumbangan disalurkan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin melalui NGO, Zulkifili menegaskan, ia melalui proses audit dan didedahkan dalam laporan tahunan.
Jelasnya, dakwaan wujud penyelewengan dana ada tidak tepat kerana proses sedemikian wajib dilakukan kesemua NGO terbabit.
“Tuduhan beliau berkaitan dengan penyelenggaraan Masjid al-Aqsa adalah tidak tepat kerana urusan itu berada di bawah tanggungjawab Jabatan Waqaf yang diuruskan oleh kerajaan Jordan.
“Sepanjang 17 tahun lalu sejak Gaza dikepung oleh rejim Israel pelbagai bantuan telah disalurkan oleh NGO Malaysia dalam bentuk kewangan, makanan, perubatan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain,” katanya.
Mengenai berapa peratus pihaknya ambil daripada dana bantuan untuk tujuan menampung kos operasi NGO, Zulkifili berkata, pihaknya tidak mengambil sebarang peruntukan bagi kegunaan itu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, bagi pihak Muslim Care Malaysia, terdapat dana tambahan lain yang disumbangkan pihak tertentu hanya bertujuan menampung kos operasi.
Semalam, akhbar ini melaporkan Walid sebagai berkata sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa tidak sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir oleh Kementerian Wakaf Jordan. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim NGO Malaysia tuntut duta Palestin mohon maaf berikutan tuduhan kenyataan sumbangan rakyat Malaysia tidak sampai untuk urusan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa. 
Kerana ianya bukan perkara kecil, bahkan perlu diselidiki dan dibongkar. Kita bimbang adanya perancangan menggerhanakn perjuangan Islam di Palestin dan sekali gus membantutkan kebangkitan perjuangan Islam di negara ini..

6 comments:

Anonymous said...

Betul tu. Elok siasat dakwaan tu. Dah lama dengar isu ini. Mungkin ada yg ambil kesempatan. Pentingnya dokumentasi sebagai bukti.

Anonymous said...

Eloklah sekiranya derma2 ini dikawal selia dan diuruskan secara lebih sistematik dan profesinal!

Kadang2 ada juga derma sekupang dua!

Anonymous said...

Elok juga kalau promoting berziarah ke Palestine secara besar2an kepada muda mudi Malaysia!

Bila kesana baru dapat tahu cerita sebenar bagai mana Israel telah menghancurkan ekonomi rakyat Palestine!

Janganlah terpengaruh dengan sesetengah pendapat yang mengatakan berkunjung kesana akan membantu ekonomi Israel, ia sama sekali tidak benar.

Berkunjung kesana adalah sunnah baginda Nabi SAW. Besusah2 lah untuk sampai ketiga2 tempat tersuci umat Islam!!!

Anonymous said...

Yang beri maklumat tu ialah kementerian wakaf jordan. Bukan isu main2 oleh duta. Jadi elok siasat duit yg sekupang dua tu, yg berkemungkinan tak sampai mengikut kata duta.

Anonymous said...

Oleh sebab duta Jordan yang membuat dakwaan tersebut, maka pihak berkuasa wajar menyiasat NGO yang terlibat kerana ia melibatkan sumbangan derma orang ramai !

Anonymous said...

Janganlah berbalah2an. Eloklah dibawa berbincang baik2 perkara2 kecil ini!

Sama2 hadapi musuh bersama yakni Zionist yang bermaharajalela! Mereka musuh kita yang sebenar!

Sudah2 lah tu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails