Saturday, August 15, 2020

Jom Lawat, Rumah Pohon Suku Papua Tertinggi Di Dunia..



Hibur Hibur Sikit

Israel tetap ‘komited’ pelan milik-paksa Tebing Barat, Palestin.

 

BAITULMAQDIS, Palestin: Pegawai dari parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada Khamis bahawa Israel tetap ‘komited’ terhadap pelan pemilikan paksa Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Presiden Donald Trump dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohammed bin Zayed Al Nahyan mengatakan Israel bersetuju menangguhkan rancangan pemilikan paksa di wilayah Tebing Barat yang diduduki, sebagai balasan untuk memulihkan hubungan dengan UAE.

Shlomo Karhi, anggota parlimen parti Likud, memberitahu  Saluran 12  televisyen Israel, pelan pemilikan paksa itu masih ada dan ia akan berlaku.

Laman berita Ynet melaporkan seorang pegawai kanan Likud berkata Rumah Putih meminta Israel ‘untuk menangguhkan sementara’ pelan itu, tetapi Israel tetap ‘komited’ dengan rancangannya.

Pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan mengesahkan Perdana Menteri ada ‘mengadakan perbincangan melalui telefon’ dengan Trump dan putera mahkota UAE, tanpa memberi butiran lanjut. Netanyahu dijangka mengeluarkan kenyataan menerusi saluran televisyen berhubung kesepakatan itu.

Trump menulis di Twitter ‘perjanjian damai bersejarah’ dicapai antara Israel dan UAE. 

Kemudian Netanyahu di Twitternya sekadar menulis ‘hari bersejarah’. Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mana-mana negara Teluk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungannya dengan negara-negara ini semakin hangat di tengah-tengah kebimbangan mengenai pengaruh Iran. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

Perjanjian UAE-Israel Adalah Khianat. -Erdogan

 Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, seorang Muslim yang juga penyokong kuat hak Palestin sudah lama mengkritik dasar Israel di Tebing Barat. Foto AFP Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, seorang Muslim yang juga penyokong kuat hak Palestin sudah lama mengkritik dasar Israel di Tebing Barat. Foto AFP

ISTANBUL: Turki mengecam perjanjian antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana negara Yahudi berjanji untuk menangguhkan peluasan wilayahnya di tanah Palestin sebagai pengkhianatan hipokrit terhadap perjuangan Palestin.

"Walaupun berusaha untuk menunjukkan seolah-olah berkorban untuk Palestin, UAE mengkhianati perjuangan Palestin untuk memenuhi kepentingannya yang sempit.

"Sejarah dan ingatan masyarakat yang tinggal di rantau ini tidak akan dilupakan dan tidak akan pernah memaafkan tingkah laku hipokrit ini," kata kementerian luar negeri Turki dalam satu kenyataan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, seorang Muslim yang juga penyokong kuat hak Palestin sudah lama mengkritik dasar Israel di Tebing Barat.

Beliau menuduh beberapa wilayah Arab pada Januari lalu melakukan 'pengkhianatan' dengan menyokong rancangan perdamaian Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang kontroversi.

Kementerian luar negeri mengatakan, pihaknya begitu bimbang bahawa UAE, melalui tindakan unilateralnya akan menghentikan Inisiatif Damai Arab yang dibangunkan oleh Liga Arab dan disokong oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - AFP

Hibur Hibur Sikit

Rasuah RM3.7 juta ; Bekas SU(S) Kanan B/Menteri&Tunang, Di Reman.

 Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan. - Foto Luqman Hakim Zubir Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan. - Foto Luqman Hakim Zubir

Bekas Setiausaha Sulit Kanan bekas menteri, tunang direman 5 hari

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula hari ini sehingga 19 Ogos selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Suspek lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 28 tahun dibawa ke mahkamah pada jam 10.15 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Lelaki terbabit yang menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu, ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Dia dikehendaki SPRM berhubung satu siasatan kes rasuah mengikut mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009, membabitkan wang RM3.7 juta daripada syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Pada 27 Julai lalu, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan terbabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan, tertuduh, Ibrahim Omar, 48, seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Semua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender 'Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia' secara 'request for proposal' bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.

Hibur Hibur Sikit

Henti campuri urusan perundangan negara -UMMAH, MPM, NGO.

  

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan NGO-NGO Islam mengingatkan ahli-ahli politik berhenti mencampuri urusan politik dalam perundangan negara.

Ini termasuk amalan pendakwaan terpilih di dalam badan perundangan negara.

Pengerusi Biro Politik MPM, Shahbudin Embun berkata, sekiranya sistem perundangan negara dikawal oleh ahli-ahli politik tentu mengundang kepada kehancuran negara.

Malah katanya, sistem perundangan negara merupakan Badan Perundangan dan Sistem Kehakiman Negara yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik (Separation Of Power).

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara bahawa kuasa politik mencampuri urusan mahkamah secara terang-terangan,” ujarnya dalam sidang media khas di Wisma Majlis Perundingan Melayu di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato’ Takiyuddin Hassan pada 10 Julai lalu di Dewan Rakyat berhubung dua pemimpin Pakatan Harapan (PH)dan seorang bekas pemimpin PH dipercayai menyalahgunakan kuasa sewaktu menjadi kerajaan.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dikatakan terlibat dalam campur tangan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2018.

 Shahbudin Embun

Menurut Takiyuddin, terdapat beberapa pucuk surat diminitkan oleh Tun, Guan Eng dan Tommy kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membatalkan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Berhubung perkara itu, Shahbudin dari MPM, UMMAH dan NGO-NGO Islam berhasrat menyerahkan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 19 Ogos depan.

Beliau juga memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan salahguna kuasa yang membabitkan tiga individu bekenaan tanpa rasa gentar dan pilih kasih.

Katanya turut menegaskan sekiranya berlaku salahguna kuasa tindakan pendakwaan hendaklah dilakukan dengan segera.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata tindakan bekas Perdana Menteri PH ketika itu amat jelas.

 Mohd Zai Mustafa

 “Perdana Menteri pada waktu itu diberi kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggunakan kedudukannya untuk mengatasi arahan atau peruntukan undang-undang iaitu mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara,” kata Mohd Zai.

Justeru itu katanya, perkara ini hendaklah disiasat mengikut Sesyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 2009 iaitu kesalahan pegawai atau badan awam atau anggota pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara dimana dia atau sekutunya mempunyai kepentingan. 

“Jadi kita akan serahkan kepada SPRM supaya perkara ini disiasat tanpa terpilih dan disiasat dengan telus,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/8/2020

Hibur Hibur Sikit

PRK Slim: Calon BN, Bebas tiba di pusat penamaan. Mana Calon PH?

 Mohd Zaidi tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. - Foto Hazreen Mohamad Mohd Zaidi tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. - Foto Hazreen Mohamad

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43, tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Beliau tiba di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malam di sini, pada jam 8.55 pagi.

Calon Bebas yang mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, pada jam 8.59 pagi.

Calon Bebas yang mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. - Foto Hazreen Mohamad Calon Bebas yang mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. - Foto Hazreen Mohamad

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal. 

PRK Slim adalah PRK ke-12 selepas PRU Ke-14 dan yang kedua buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana Calon PH atau Pakatan Harapan? Pandai baling batu sembunyi taangan? Takut kepada kenyataan?

Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 27 -Nasyid Silat Melayu


Pencak silat- santri ALFURQON



PONDOK PESANTREN AL FURQON BANTARKAWUNG (SILAT SANTRI)



PENDEKAR PSHT NYAMAR JADI PEMULUNG || Film Pendek PSHT


DACS Perak, Dakwah dalam sukan..

 

SUKAN

TAMBUN: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Negeri Perak sentiasa optimis dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mendekati anak muda khususnya melalui sukan tanpa meninggalkan aspek penting dakwah.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait, pihaknya sentiasa menjenamakan sukan sesuai dengan dakwah agar ia sentiasa relevan dan diterima segenap masyarakat.

“Kita boleh berhibur, bersukan (tetapi) kena ikut acuan Islam. Pengamalan nilai Islam ini sentiasa sesuai diamalkan walau dalam apa jua keadaan pun tidak terkecuali sukan futsal iaitu sukan yang kita adakan malam ini,” ujarnya.

DACS Pemuda PAS Perak buat julung kalinya menganjurkan perlawanan futsal persahabatan antara DACS FC dan Pemuda Armada bertempat di Xtreme Park, Ipoh di sini baru-baru ini.

Selain itu, Pengarah DACS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri dalam ucapannya turut menyatakan keyakinan bahawa kesedaran masyarakat khususnya peminat sukan terhadap kewajipan beragama perlu diletakkan di tahap tertinggi.

“Inilah cara kita mendekatkan mereka (pemain) kepada Islam, kita letak syarat-syarat dari segi pemakaian, tingkah laku dan banyak lagi supaya nilai Islam itu dapat diterap dengan baik.

“Hal ini penting sebagai usaha pendekatan kepada pendekatan Islam yang sebenar dan (turut) menyempurnakan tanggungjawab seorang Muslim antaranya menutup aurat, tidak mengeluarkan kata-kata kesat demi mengeratkan persaudaraan sesama kita,” tegasnya.

Berdasarkan rekod, DACS Malaysia bersama DACS Selangor, Perak, Kedah, Johor dan Pahang telah menjayakan beberapa siri kolaborasi sukan dakwah pada tahun 2019 bersempena Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, turut menyatakan harapan bahawa dakwah sukan ini bakal dilebarkan bersama peminat MotoGP, hoki, ragbi, badminton dan banyak lagi di masa hadapan. – HARAKAHDAILY 14/8/2020

Hibur Hibur Sikit

Friday, August 14, 2020

Ini, Kisah Berburu Landak Di Hutan..

 Ini Keterangan Bela Landak. Nak Dapat Di Mana?

landak adalah hewan yang memiliki bulu yang panjang dan tajam landak berbahaya jika kita tidak bisa memotongnya dengan ...
Landak jawa ialah hewan yang mempunyai duri yang sangat tajam cuy dan dia hewan yang aktif pada malam hari.Sarangnya di ...
Cara pasang jerat landak hutan.



Komen Weblog Ibnu HasyimMalaysia berusaha mengecilkan import sumber makanan dari negara luar, sebaliknya muncul pula sebagai sebuah negara pengeksport produk pertanian. Suatu usaha yang baik. 

Blog ini sedang mengiklankan pemternakan 'landak malaya'. Perusahaan penternakan yang amat sesuai di negara ini dan berpotensi dieksport keluar negara.

Apalagi, kalau belia-belia orang Asli dapat dilatih sebagai pengusaha penternak landak. Al-hamdulillh, insya Allh!

 Orang Asli Gua Musang.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails