Saturday, September 26, 2015

DAP Bantah Teks Khutbah Aidil Adha 'DAP Menentang Islam' ...

DAP menggesa supaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha yang didakwa sebagai menghina parti itu.

Menurut Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri, teks khutbah yang dibacakan oleh mimbar sempena Hari Raya Aidiladha Khamis lalu mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang menentang Islam.

Sehubungan itu, Tengku Zulpuri memberi masa selama lima hari bermula hari ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.
"Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.
Teks khutbah Aidiladha itu menyebut:

"Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.
"Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka..."

Sidang media itu turut dihadiri oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sasterawan negara yang baru menyertai DAP Datuk A Samad Said serta pakar perundangan yang turut menyertai DAP Julai lalu Dr Abdul Aziz Bari.

Selain itu, Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab berkata, ahli DAP Melayu dan beragama Islam menyelar teks khutbah itu kerana mereka tidak pernah menentang mana-mana rukun Islam.

"Menuduh DAP Melayu Islam menentang Islam, apa yang kami tentang? Rukun Islam ada lima perkara dan kami percaya lima rukun itu. Kami tak pernah cakap dan bantah rukun Islam ini tak ada.
"Dan kami tak ada menyeru supaya sembahyang dua imam. Tak pernah berlaku. Tak pernah suruh baiah gadai isteri. Tak pernah," katanya lagi.
Islam diakui agama rasmi

Sementara itu, bagi A Samad atau Pak Samad pula, pihak jabatan agama Islam dilihat keterlaluan apabila menggunakan khutbah untuk mendakwa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai seorang penentang Melayu.

"Tak ada bayangan bahawa DAP ini menyalahi akidah. Jadi jangan guna alasan rambang bahasa Melayu yang menyertai DAP sebagai alat yang mencemar agama dan menentang Melayu," katanya.

Bagi Abdul Aziz pula, beliau menyelar tindakan JAIP itu dengan mengatakan bahawa ia mungkin boleh didakwa bawah Akta Hasutan kerana mendakwa DAP sebagai sebuah parti anti-Islam.

Katanya, DAP secara konsisten menjelaskan bahawa Islam merupakan agama rasmi dan agama Persekutuan. Justeru, tiada alasan untuk mana-mana pihak mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang anti-Islam.

"Adalah salah untuk melabel sedemikian dan mungkin boleh didakwa bawah Akta Hasutan kerana mengatakan DAP anti-Islam sedangkan parti ini telah menyatakan komitmen mereka bahawa Islam sebagai agama rasmi.
"Ini adalah pendirian kami (DAP) dalam polisi rangka kerja parti. Jadi tak ada debab untuk orang mengatakan bahawa parti ini menentang Islam," kata bekas pensyarah itu. (KedahLani Info)

Sidang DUN S'gor.'Pengkhianat' Ini Duduk Di Mana?



ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnol Baharuddin akan duduk di kerusi barisan mana dalam sidang Dewan Undangan Negeri bermula  30 Oktober hingga 13 November depan?

Adakah mereka duduk di kerusi dalam barisan kerajaan atau pembangkang? Atau, adakah mereka akan menemani Adun dari Pelabuhan Kelang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas?

Jika mereka dikira sebagai pembangkang, maka sudah tentu mereka akan duduk sebaris dengan wakil-wakil rakyat Umno yang membentuk sektor pembangkang dalam Dewan Negeri.

Hasnol dan Saari secara automatik meninggalkan PAS apabila menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang dilancarkan pada 16 September lalu.

Jika berdasarkan perkembangan politik mutakhir, parti baru mereka Amanah, adalah anggota Pakatan Harapan, gagasan yang dibentuk pada 22 September lalu bersama PKR dan DAP.

Justeru jika menurut semangat setiakawan Pakatan Harapan sewajarnyalah mereka di barisan kerusi wakil rakyat kerajaan. Namun Amanah masih bukan parti politik rasmi kerana belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bagaimanapun realiti politiknya, kerajaan negeri Selangor kini diterajui bersama PAS, DAP dan PKR. Adalah jelas PAS bukan ahli Pakatan Harapan yang baru dibentuk itu dan secara moralnya, tidak wajar berada di barisan kerusi kerajaan.

Persoalannya, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR mahu mengikut protokol politik yang mana – mengutamakan wakil-wakil rakyat dari parti yang membentuk kerajaan sedia ada (iaitu PKR, DAP dan PAS) atau menghormati ahli baru Pakatan politik nasional, Amanah?

Agak pelik keadaannya jika ada wakil kerabat Pakatan Harapan diletakkan bersama wakil-wakil Umno sebagai pembangkang atau dianggap wakil yang tidak berparti seperti Tan Sri Khalid. Jika demikian, tidakkah itu bermakna Azmin tidak mengiktiraf Amanah?

Jika mereka diletakkan di barisan kerajaan, tentu itu akan menyinggung sensitiviti PAS. Kedua-dua bekas wakil rakyat PAS itu kini dianggap “pengkhianat” oleh PAS.

Sudah pasti PAS akan tidak selesa dan perlu membuat protes terbuka berhubung isu tempat duduk Hasnol dan Saari jika diletakkan sebaris mereka sebagai wakil-wakil kerajaan.

Kedudukan mereka dalam sidang Dewan akan datang menarik perhatian kerana ia membayangkan sama ada penubuhan barisan Pakatan Harapan oleh parti-parti pembangkang sudah mula berkuatkuasa atau tidak.

Keadaan ini agak berbeza dengan kedudukan bekas ahli-ahli PAS lain baik di Dewan Undangan negeri mahupun Dewan Rakyat yang melompat parti menyertai Amanah dan PKR.

Bekas wakil rakyat PAS seperti Datuk Nizar Jamaludin (Perak), Datuk Pharolrazi Zawawi (Kedah) Aminohuda Hassan (Johor), dan Syed Hamid Syed Ahmad (Pahang) tidak menghadapi masalah seperti Saari dan Hasnol. Mereka tetap di barisan pembangkang kerana negeri-negeri berkenaan dipimpin BN.

Begitu juga dengan bekas ahli-ahli parlimen PAS, Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Abdul Khalid Samad (Shah Alam), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Hanifa Maidin (Sepang). Keadaan ini meliputi Kamaruddin Jaafar (Tumpat) yang menyertai PKR. Mereka kekal di barisan pembangkang dalam parlimen. 
Kes Saari dan Hasnol agak unik kerana nyata baik PKR mahupun PAS nampaknya masih perlu berpaut pada kedudukan dalam kerajaan Selangor.

Jika Azmin memilih untuk meraikan Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan, sudah tentu beliau boleh memutuskan Hasnol dan Saari duduk di barisan wakil rakyat kerajaan. 
Namun seperti disentuh sebelum ini, tindakan itu pasti mengusik sensitiviti PAS. Bagaimanapun jika Hasnol dan Saari didudukkan bersama Khalid Ibrahim ia melambangkan PKR kurang hormat pada sekutu barunya, Amanah.

Yang pasti, Azmin tidak akan berani menganggap Amanah sebagai parti pembangkang dalam Dewan Selangor dan mengizinkan Hasnol dan Saari duduk sebaris dengan wakil rakyat Umno.

Kini terpulang kepada PAS untuk membantu meleraikan dilema ini. PAS boleh mengarahkan wakil-wakil rakyatnya beralih tempat duduk ke barisan pembangkang. 
Ini bermakna PAS berani meninggalkan kerusi empuk dan kuasa pentadbiran dalam kerajaan negeri dan bertindak sebagai pembangkang di Selangor.

Apa yang perlu PAS gusarkan. Lambat laun memang di situlah tempat mereka duduk selepas pilihanraya umum ke-14 kelak kecuali jika ia mampu menawan sekurang-kurangnya 28 kerusi kelak.

PAS juga harus akur dan bersedia menjelang PRU 14 ia akan akan 'dibelasah' PKR dan kawan-kawannya dari DAP dan Amanah kerana PAS bukan lagi anggota pakatan pembangkang.

Di peringkat ini, PAS seharusnya berasa maruahnya tercabar kerana hanya 'menumpang ihsan PKR' untuk terus berada dalam kerajaan negeri Selangor.

Sebaliknya, jika wakil-wakil rakyat PAS menyeberang tempat duduk, bolehlah ia mencongak bagaimana mahu menawan kembali kerusi pemerintahan kerajaan Selangor. Satu pilihan ialah membuat kejutan bersama jiran barunya, Umno.

PKR kini memang tidak tergamak dan tidak berani menolak PAS dari gabungan parti memerintah Selangor kerana ia kini tinggal 13 kerusi dan perlu “memimpin” DAP yang mempunyai 15 kerusi.

Tambahan pula kini masih belum diketahui dengan pasti di antara PKR dan DAP, siapakah pilihan utama Amanah.

Jika Amanah cenderung pada DAP, maka parti itu akan mempunyai sokongan 17 wakil rakyat. Jika sebaliknya, keutuhan maruah PKR masih boleh dipertahankan untuk PKR memimpin Selangor kerana ada 15 kerusi, setara dengan DAP.

Oleh itu, jalan selamat bagi PKR ialah menjadikan PAS “kuda tunggangan” untuk beberapa bulan akan datang demi memelihara “air muka”nya dengan mengizinkan wakil PAS duduk di barisan kerusi parti kerajaan.

Di sisi lain, bicara tempat duduk ini membayangkan realiti politik di Malaysia hari ini. Walaupun prestasi BN sebagai pemerintah dilihat agak lesu kini, namun pihak pembangkang pun juga tidaklah seutuh mana.

Dilema politik di Selangor membuktikan Pakatan Harapan masih tiada kekuatan moral mahupun teknikal untuk membuktikan ia mempunyai iltizam politik untuk menggantikan BN memerintah Malaysia.

Jika ia benar yakin, seharusnya Azmin mendudukkan Hasnol dan Saari di barisan kerajaan dan mengarahkan wakil-wakil rakyat PAS duduk di pihak pembangkang.

Begitu juga dengan PAS. Jika ia yakin mampu berdikari dalam politik Malaysia, berilah notis akan berpindah keluar dari gabungan kerajaan Selangor.

Dengan cara itu, mesej yang dihantar kepada pengundi akan lebih jelas bahawa PAS dan Pakatan Harapan adalah dua entiti politik yang mempunyai keberanian dan iltizam yang melayakkan mereka menggantikan BN.

Oleh  Lokman Ramlee
ANTARA POS

Ini, Ceramah Di Perak, Siapa Ghuyub PAS Atau PAN?

 

Lihat selanjutnya..


Wajah-Wajah Tidak Ceria Selepas Selamat Melancarkan Pakatan Harapan

Roslan SMS – Wajah-wajah dalam gambar NST baru-baru ini sepatutnya ceria-ceria belaka maklumlah satu pakatan pembangkang yang baru telah selamat dilancarkan.
Tanpa PAS tajuk Sinat Harian.
Lihat wajah sugul Kit Siang. Begitu juga murung pada wajah Dr Mariah, Anuar Tahir, Samad Said.
Mat Sabu pula sengeh paksa begitu juga DS Dr Wan Azizah.
Saya difahamkan ketika gambar ini diambil wartawan sedang melontarkan beberapa soalan kontroversi khasnya tentang penglibatan NGO.
Ya rundingan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan itu dikatakan turut melibatkan pimpinan NGO dan parti-parti lain.
Ada tak yang mewakili NGO dalam gambar ini?
Jawapnya tidak ada seorang pun semuanya orang parti belaka iaitu sama ada DAP, PKR atau Parti Pekerja.
Mana NGO nya? Mana PSM ?
Bermakna benarlah kelahiran tergesa-gesa ini sesungguhnya hanya semata-mata mahu memberi nyawa pada anak baru kelahiran DAP iaitu Parti Pekerja yang telah diambil-alih oleh pengkhianat-pengkhianat PAS.
DAP tendang PAS keluar Pakatan Rakyat. DAP bercita-cita merobah pimpinan tertinggi PAS dalam pemilihan Muktamar baru-baru ini tetapi gagal apabila semua proksi mereka kecundang.
Lalu tiada cara lain bagi memelihara ego DAP yang calar itu selain melahirkan parti baru yang kononnya punya upaya menggantikan PAS.
Dan berlangsunglah majlis pelancaran Pakatan Harapan atas desakan DAP yang selebihnya adalah sejarah.
Kerana itu kelahiran tergesa-gesa ini dipertikaikan banyak pihak.
Datuk Ambiga Sreenevasan bekas Presiden Majlis Peguam mempertikaikan:
Why the rush to set up new opposition pact….”
Ambiga bertanya mana PAS? Adakah kerana mahu menyisihkan PAS maka rundingan meja bulat yang tergesa-gesa ini diadakan?
Ambiga dan penganjur BERSIH 4.0, Maria Chin difahamkan telah keluar dari persidangan tanpa hadir sidang media ini.
Apa pun semua dah selesai. Pakatan ini hanya lahir dari persetujuan 3 parti sahaja.
Yang puas hati dan paling gembira sudah pastilah DAP dan anak-anak pengkhianat PAS yang dilahirkannya.
Jahatkah saya kerana asyik babitkan DAP sahaja……terpulanglah. Tetapi yang nyata dari 3 negeri yang dikuasai pembangkang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiusaha Agung DAP lah yang pertama sekali isytiharkan bahawa Kerajaan Negeri beliau kini dikenali kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Perakuan yang dijangka dari bapa pengasas dan penaungnya.
Biasanya yang lahir tergesa-gesa begini akhirnya nanti juga dalam keadaan demikian. Sama-samalah kita saksikan dan tunggu.
(https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/25/wajah-wajah-tidak-ceria-selepas-selamat-melancarkan-pakatan-harapan/)

Bantah Larangan Sembelih Lembu, Beberapa Pemimpin Islam Ditanggkap.


Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam pertempuran sengit di Srinagar. (Foto: AP)

SRINAGAR: Pasukan India telah melepaskan tembakan gas dan menggunakan belantan untuk menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan di wilayah Kashmir yang diduduki oleh India. 

Sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas protes yang diadakan di ibu negara Srinagar dan beberapa wilayah lain yang berubah menjadi pertengkaran sengit, lapor BBC pada Jumaat (25/9/2015).

Para penunjuk rasa marah dengan penangkapan empat pemimpin agama dan larangan 40 jam pada perkhidmatan internet. Larangan tersebut muncul setelah beberapa pemimpin Muslim setempat mendesak warga Kashmir untuk memuat naik foto-foto dari proses penyembelihan haiwan di Hari Raya Aidil Adha.

Saksi mengatakan kepada BBC, pertengkaran meletus selepas penungjuk perasaan anti-India berbaris di jalan-jalan di ibu negara dengan mengangkat poster pejuang bersenjata. Polis India kemudian mensasarkan penunjuk perasaan dengan melepaskan tembakan peluru plastik dan gas.

Ketegangan meningkat di Kashmir setelah mahkamah India melarang penyembelihan lembu. Lembu adalah haiwan suci dalam agama Hindu, agama yang dianuti majoriti warga India, namun di Kashmir sebahagian besar penduduknya adalah Muslim.

Beberapa pemimpin agama dan kelompok perlawanan di Kashmir menyeru rakyat untuk tidak ragu menyembelih lembu di Hari Raya Aidil Adha. Pihak berkuasa India kemudian menyekat akses ke internet sehingga warga Kashmir tidak boleh memuat naik foto penyembelihan lembu. Undang-undang India 1932 menyatakan bahawa penyembelih lembu akan dikenakan hukuman sehingga 10 tahun pejara dan denda. 

Tetapi undang-undang ini tidak dikuatkuasakan di Kashmir selama tujuh dekad terakhir. Selain melarang penyembelihan lembu, polis Kashmir juga telah menangkap beberapa pemuka agama dalam beberapa hari terakhir, termasuk Mirwais Umar Faruq yang dijadualkan akan memimpin Sholat Ied di Srinagar.

Syed Ali Gilani dan Yasin Malik juga menjadi mangsa penangkapan yang mencetuskan kemarahan rakyat Kashmir. (haninmazaya / arrahmah.com)

Pengisytiharan Serta-merta P/Pinang Sebagai Kerajaan Pakatan Harapan?


PAS mencurigai wujud agenda tersembunyai di sebalik jemputan sidang meja bulat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan perkara itu kerana pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya sedangkan mereka mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat PKR pada 15 September lalu.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu adalah hanya persidangan untuk membincangkan isu melibatkan kepentingan rakyat bukannya penubuhan Pakatan Harapan.

“Perjumpaan antara Pas dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu, langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.
“Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tuan Ibrahim berkata, daripada maklumat yang diperlehinya, terdapat pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan.

Malah dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan baharu ini,” soalnya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yakin keputusan Pas untuk tidak menyertai persidangan meja buat adalah tepat dan parti itu terus mara ke hadapan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

“Pada waktu ini, Pas sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan Harapan kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @ Amanah,” katanya.

FACEBOOK Dato’ Tuan Ibrahim

Ambigga & Maria Chin Tinggalkan Meja Bulat Pakatan Harapan Kerana....

BARU AMBIGA TAHU DIKTATORNYA PKR, DAP DAN PEKERJA

Ambiga terkenal sebagai pejuang liberal dan demokrasi. Tapi semalam dalam persidangan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan, dia terasa ditipu kerana kewujudan PH hasil dari keputusan yang langsung tak demokratik.

Dakwanya, keputusan dah dibuat sebelum persidangan meja bulat. Mereka hanya dijemput untuk bersetuju dan angguk sahaja. Oleh kerana itu dia bersama Maria Chin ambil keputusan angkat kaki keluar meninggalkan meja bulat yang sebenarnya berbentuk empat segi itu.

Parah. DAP sebuah parti demokrasi. PKR mendakwa perjuangkan dasar demokrasi. Parti Pekerja didokongi pihak yang konon keluar PAS sebab demokrasi. Tapi yang berlaku, seawal penubuhan PH lagi demokrasi telah dicabul.

Ambiga baru tahu apa perasaan TGHH setiap kali dipanggil mesyuarat. Hanya dipaksa jadi rubberstamp untuk keputusan yang telah dibuat. Isu Langkah Kajang, pecat TSKI dan semua, ini sebenarnya kediktatoran yang berlaku oleh mereka yang terlalu takut menerima pandangan pihak lain.

Kita boleh bayangkan bagaimana rupanya kalau PH perintah Malaysia. Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi. Rakyat wajib setuju. Tiada lagi ruang demokrasi. Tiada lagi suara-suara rakyat yang dirai. Nama rakyat pun sudah tiada dalam pakatan ini.

Cara begini akan buat pejuang rakyat lebih benci kepada politikus. Ambiga tak terlibat mana-mana parti, tetapi bekerjasama dengan PR untuk pilihanraya Bersih. Setelah dia tahu perangai sebenar parti politik, saya cukup risau pejuang-pejuang yang berada dalam NGO, individual person dan non partisan movement tidak akan bersama lagi dengan pembangkang.

Malangnya, kebencian kepada kerajaan membutakan kita untuk berfikir cara rasional. Emosi telah menguasai akal. Lalu kesempatan terus diambil dengan cara eksploitasi emosi untuk mencapai kehendak diri. Ditipu hidup-hidup pun mahu percaya lagi. Malang.

Pemerhati
(Alang Ibn Shukrimun)
(mymassa)

Friday, September 25, 2015

Jari-jarinya Dihancurkan, Terbongkar Lagi, Kartunis Syria Disiksa Rejim Bashar.

ALJAZEERA
Inilah Akram Ruslan (insert) dan karyanya
AKRAM Ruslan (42 th), pelukis karikatur yang berasal dari Bandar Hama, Syria dikhabarkan terkorban kerana disiksa oleh Rejim Bashar Al Assad di dalam penjara.

Akram terkorban dua tahun lalu, setelah tercetusnya Revolusi Rakyat Syria (Tsaurah) yang menuntut kebebasan. Masa itu, tentera rejim Bashar menangkap Akram Ruslan -yang juga dikenali penyumbang gambar karikatur untuk Situs Al-Jazeera.net- di tempat kerjanya, di Pejabat Berita Al-Fida, Hama, Syria pada 2 Oktober 2012.

Salah satu cara Rejim Bashar menyiksanya adalah dengan menghancurkan jari-jarinya. Sebagaimana diketahui, sejak meletusnya revolusi, sampai dengan hari mereka tangkap Akram Ruslan telah menarik lebih daripada 300 karikatur yang bercerita tentang penindasan pemerintahan rejim Bashar Al-Assad terhadap rakyat Syria.

Tahun 2013 Akram Ruslan mendapat penghargaan dari "As-Syabakah Ad Dauliyah Ala Huquqi Rosmi Karikatur" atas karya-karya nya itu. Pengerusi Persatuan Wartawan Syria mengatakan kepada Al-Jazeera bahawa Akram Salman adalah salah satu pelukis karikatur terbaik dan terjujur ​​di Syria.

Salah satu karya Akram adalah karikatur bertajuk "Selamat Pagi Duhai Dar'a!" Yang menggambarkan dengan jelas kehancuran, dan kematian rakyat Syria oleh rejim Bashar Al-Asaad.
Ini karya lain dari Akram Ruslan (42), menggambarkan kebengisan Bashar al Assad [Aljazeera]

Seorang sahabat Akram berkata, "Dahulu kami semua banyak bercakap. Akram pendiam. Tetapi kemudian keadaan berbalik. Akram menjadi lantang bercakap di saat kami semua diam. Dia tunaikan hidup yang mulia dan penuh cinta kepada tanah airnya. Dia adalah seniman sejati. Membuat rejim terharu, "katanya.

Sahabat lain yang meruapakan teman sedari sekolah dulu, berkata, "Dia adalah termasuk orang-orang yang berani melawan di tahun pertama revolusi. Dia dipenjara akibat gambar-gambar karikaturnya tentang Basher Al-Assad. Dia serahkan hidupnya sebagai penebus kemerdekaan kita semua, "katanya.

Akram Ruslan adalah satu dari sekian banyak seniman karikatur yang ditanggap oleh rejim Bashar dengan alasan yang sama.  (IH)

Selamatkan Aqsa! - Khutbah Mekah & Madinah.

Shalat di Masjidil Haram
Dua khatib di dua masjid tersuci (Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah al Munawarah) menyeru kaum Muslimin menyelamatkan dan menolong Masjid Al-Aqsha. Mereka menyebut apa yang menimpa masjid Al-Aqsha adalah pelanggaran dari penjajah Israel yang “menyakitkan hati umat Islam”.
Seruan itu disampaikan dalam khutbah Idul Adha di Masjidil Haram Makah Mukarramah dan khutbah Idul Adha di Masjid Nabawi Madinah Munawarah yang dihadiri oleh jutaan umat Islam.

“Umat saat ini melewati periode yang berbeda, menghairankan namun menyakitkan. Dipenuhi dengan kezhaliman dari musuh mereka dan dikuasai mereka,” demikian ujar Khatib di Masjidil Haram, Syeikh Khalid Ghamidi dikutip PIC.
“Apa yang kita saksikan tentang apa yang terjadi di Baitul Maqdis (Al-Quds) dan tindakan permusuhan serta pelanggaran penjajah Israel terhadap masjid Al-Aqsha, dan juga yang terjadi di negeri muslim lain sangat menyakitkan hati,” ujar Syeikh Ghamidi.
Seperti diberitakan Pejabat Berita Saudi WAS, sekitar 1 juta jamaah shalat menunaikan shalat Idul Adha di Masjid Nabawi dan melimpah hingga ke jalan-jalan.
Yang bertindak sebagai Imam di Masjid Nabawi adalah Syeikh Abdul Bari Tsubaiti yang dalam khutbahnya menyerukan umat Islam banyak istigfar dan membebaskan diri dari neraka.
Tentang Majid Al-Aqsha, ia menyatakan, masjid Al-Aqsha merintih kerana kehilangan rasa aman dan kerana kehormatannya dilanggar. Para perusak mempermainkan kesuciannya di halaman masjid Al-Aqsha.
Kerana itu, kewajiban umat Islam adalah membelanya dan menjaganya dari kejahatan para penjajah. Syeikh Abdul Bari memberikan apresiasi kepada warga Al-Quds yang memiliki sikap heroik, penuh harga diri dan pengorbanan dalam membela Al-Aqsha.
Sejak 13 September, pasukan Israel melakukan penggerebekan setiap hari ke masjid Al-Aqsha bersama warga pemukim Yahudi. Mereka akhirnya terlibat bertempur dengan jamaah shalat. Sebab pasukan Israel melemparkan bom gas, bom mercun dan peluru sehingga puluhan jamaah Palestin. (IH)

Tak Praktikal Anwar Calon PM -Khalid Ibrahim

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegur Pakatan Harapan kerana mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya mereka memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, lapor Utusan Malaysia.

Menurut ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, keputusan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri menimbulkan pelbagai isu sekiranya tidak disusuli dengan kajian terperinci dari sudut undang-undang memandangkan ketua umum PKR itu disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara.

"Perkara itu (keputusan pilih Anwar) perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa sidang meja bulat Pakatan Harapan mengumumkan suaminya sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu dikekalkan kerana pihaknya percaya Anwar pemimpin paling sesuai menagani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir dan kebajikan rakyat.

Anwar disabitkan bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun.

Sementara itu, PAS pula melihat keputusan Pakatan Harapan itu sebagai tidak realistik.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut tidak boleh dianggap muktamad kerana Anwar masih berada di dalam penjara. - 25 September, 2015. 

Rempuhan Di Mina, Salah Siapa?


DUBAI:Angka kematian insiden rempuhan di Mina yang menggemparkan dunia baru-baru ini telah meningkat kepada 717 dan menyebabkan lebih 800 jemaah cedera.

Insiden terbabit menyusul selepas insiden kren jatuh di Mekah yang meragut 118 nyawa termasuklah 10 rakyat Malaysia.

Menurut Iran, sekurang-kurangnya 43 rakyatnya meninggal dalam insiden rempuhan ini dan menunding jari ke arah Arab Saudi.

"Insiden yang berlaku hari ini menunjukkan kesalahan pengurusan dan kurangnya perhatian serius terhadap keselamatan jemaah haji. Tidak ada penjelasan lain. Pihak berkuasa Saudi harus dipertanggungjawabkan", kata ketua organisasi haji Iran, Said Ohadi.

Bagaimanapun, seorang menteri Arab Saudi menyalahkan jemaah haji sendiri dengan berkata mereka tidak mengikut peraturan yang diberi oleh pihak berkuasa.

"Ramai jemaah bergerak tanpa mengikut jadual masing-masing", kata Menteri Kesihatan, Khaled al-Falih.

"Kalau jemaah mengikut arahan, insiden seperti ini boleh dielakkan", kata beliau sambil berkata pihaknya akan menjalankan siasatan yang cepat dan telus berikutan insiden.

Rempuhan berlaku kira-kira jam 9:00 pagi (waktu Saudi), beberapa minit selepas pihak keselamatan berkata mereka sedang berurusan dengan insiden jemaah yang terlalu ramai di Mina.

Sebuah Hospital memberitahu kejadian berlaku di luar kawasan Jamarat, tempat membaling jamrah.

Satu kumpulan jemaah yang sedang meninggalkan kawasan terbabit berlanggar dengan satu lagi kumpulan yang mana ketika itu sedang bergerak dari arah bertentangan atau yang sedang berkhemah di luar, kata pihak berkuasa memetik laporan dari AP.

Seorang jemaah dari Sudan berkata pengurusan Haji tahun ini adalah yang paling teruk jika dibandingkan dengan 4 haji yang pernah dihardiri olehnya sebelum ini.

"Jemaah sudah mula dihidrasi dan pengsan sebelum rempuhan", kata jemaah tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Jemaah tersadung & jatuh antara satu sama lain", katanya sambil menambah seorang temannya dari Arab Saudi sebelum ini telah memberi amaran kepadanya bahawa "sesuatu akan terjadi".

Helikopter dan ambulan digunakan bagi membawa mangsa ke hospital.

Insiden berkenaan terjadi ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut perayaan Aidil Adha, antara perayaan terbesar umat Islam. 
Dipetik dari : Astro Awani

Pas Rakam Ucapan Takziah, Gesa Siasatan Segera.


SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang meninggal dunia akibat rempuhan di Mina hari ini.

Ketua Penerangannya, ‎Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berharap satu siasatan segera dapat dijalankan oleh pihak berwajib Arab Saudi.

"Bahkan jika dikaitkan dengan insiden kejatuhan kren tempoh hari, tahun ini boleh dikatakan merupakan tahun tragedi bagi jemaah yang menunaikan haji di Tanah Suci.

"Pemuda Pas menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan jemaah haji di masa hadapan. Post mortem secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut," ujarnya.


Insiden yang mengorbankan ‎lebih 400 jemaah dan ratusan yang cedera itu bagaimanapun tidak membabitkan jemaah dari Malaysia. (SH)

Tragedi Rempuhan Di Mina Ragut Lebih 700 Nyawa


Sebahagian mayat jemaah haji yang maut akibat dipijak dan ditolak dalam tragedi rempuhan di Mina semalam
.MEKAH – Lebih 700 orang terkorban manakala lebih 800 mangsa ce­dera dalam insiden rempuhan di Mina dekat Kota Suci Mekah pagi semalam, lapor sebuah akhbar.
Tragedi berlaku sekitar pukul 11.30 pagi pada hari pertama Hari Raya Aidiladha ketika lebih dua juta jemaah sedang mengerjakan ibadat haji di Mekah.
Rempuhan bermula di sebuah persimpangan antara dua jalan di Mina dengan ramai mangsa terjatuh dan dipijak sekali gus menimbulkan suasana panik dalam kalangan jemaah haji, lapor Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi.
Menurut direktorat berkenaan, tragedi berlaku sejurus selepas pihaknya berdepan situasi penuh sesak di Mina, kira-kira lima kilometer dari Mekah.
Beberapa saksi berkata, kejadian berdarah itu terjadi berhampiran khemah yang menempatkan jemaah haji dari pelbagai negara.
Ketika itu, beribu-ribu jemaah sedang berkumpul untuk melontar jamrah.
Mina menempatkan berpuluh-puluh ribu khemah berhawa dingin untuk dijadikan tempat tinggal sementara jemaah yang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.
Seorang pegawai hospital memberitahu agensi berita AFP bahawa kemalangan berlaku di luar jambatan jamrah di mana ibadat melontar berlangsung. (Kosmo!

Thursday, September 24, 2015

Tips Aidil Adha, 9 Sifat Wanita Datangkan Rezeki Suami..


BESOK Hari Raya Korban, bermula dari terbenamnya matahari malam ini. Mari kita sama-sama berkorban. Weblog ini ingin memberi tips kepada pembaca-pembaca budiman, untuk kita sama-sama hadirkan sifat-sifat mulia ini dalam keluarga kita.. 

Inilah 9 sifat-sifat wanita akan mendatangkan rezki kepada suaminya.

1. Wanita yang taat pada Allah dan rasul-Nya. Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan sebelum menikahi seorang wanita, iaitu kerana..
  1. kecantikannya,
  2. keturunannya, 
  3. hartanya dan 
  4. agamanya. 
Kita diperintahkan untuk memilih wanita kerana faktor agamanya, beruntung sekali jika dapat yang nombor 4 nya. Itulah wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya, akan membawa rumah tangga menuju syurga, menuju ketenteraman. 

Rumah tangga tenteram, nyaman, bahagia adalah rezeki yang sangat berharga. Rumah tangga dinahkodai suami soleh, didampingi isteri salehah akan menjadikan rumah tangga itu berkah, menghasilkan anak-anak  saleh/salehah, mendapatkan ridha dan rahmat Allah SWT.

2. Wanita yang taat pada suaminya.
  • Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Sepanjang perintah suami yang tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuat hati suami tenang damai, dapat menjalankan kewajibannya, dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. 

Bagi wanita yang berprofesyen di luar rumah boleh tetap bekerja sepanjang suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja.
  • Lelaki adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan dengan sebab sesuatu yang telah mereka (lelaki) nafkahkan dari harta-hartanya. Maka wanita-wanita yang saleh adalah yang taat lagi memelihara diri di belakang suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya”. (Q.S. An Nisa : 34).
3. Wanita yang melayani suaminya dengan baik.

Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumah tangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanan, keperluan, termasuk kehendak biologisnya, menjaga perasaan suaminya jangan sampai suaminya terluka hati kerana sikapnya. 

Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan dapat menjadi partner yang baik dalam mewujudkan rumah tangga sakinah dan menarik hal-hal positif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.

4. Wanita yang berhias hanya untuk suaminya.
  • Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita salehah” (H.R. Muslim).
Adalah sifat wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang saleh hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendo’akannya akan memudahkan rezeki datang padanya.

5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami.

Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah wajib menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu yang tidak layak, membatasi keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang dititipkan padanya dipergunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan seizin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.

6. Wanita yang sentiasa meminta ridha suami atasnya 

Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjaga sikap dan perilaku agar tidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya. Dia selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan pergi tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah sampai memperoleh maafnya. 

Mengajak suaminya bercanda untuk menceriakan perkahwinannya. Berusaha mendidik anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahsia perkawinan dari orang lain.

  • Mahukah kamu kuberitahu isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga, iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya, dimana jika suaminya marah dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata ” Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha” (H.R.An Nasai).

Isteri seperti ini adalah isteri yang dimudahkan rezekinya melalui tangan suaminya kerana amalan dan kesetiaan pada suaminya.

7. Wanita yang menerima pemberian suami dengan ikhlas

Wanita yang tidak pernah mengeluh berapapun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak disyukuri, sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang mensyukuri rezekinya. 

Allah sudah menjanjikan jika kita bersyukur, Dia akan menambah rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya senantiasa bertambah baik kuantiti mahupun keberkahannya... Akan diberi Allah langsung padanya ataupun melalui suaminya.

8. Wanita yang boleh menjadi partner meraih ridha Allah.

Wanita yang menjadikan rumah tangganya sebagai ibadah, pengabdiannya kepada Allah. Boleh menjadi teman diskusi yang berimbang bagi suami. Dapat melakukan koreksi dan menyampaikan dengan lembut kepada suaminya. Mendengar nasihat dan kata-kata suaminya dengan penuh perhatian. 

Sebelum melaksanakan ibadah sunnah seperti puasa sunnah meminta izin kepada suaminya dan tidak melaksanakan jika tidak diizinkan. Dapat menjadi pendorong dan motivator suami untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat. Itulah mengapa ada kalimat ”dibalik lelaki yang berjaya ada wanita hebat di belakangnya”. Kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama suaminya.

9. Wanita yang tak pernah putus doa untuk suaminya.

Wanita bersyukur adalah wanita yang menerima semua kehendak /takdir Allah padanya tapi tetap berusaha melakukan yang terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan anak-anaknya agar sukses dunia akhirat. Wanita ini tidak pernah putus do’a, tapi menjadikannya sebagai rutin  harian, penghias bibir setelah shalat. Wanita ini tahu bahawa rezeki suaminya akan ditambah dan diberkahi jika dirinya senantiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang dipanjatkannya setiap hari. 

Begitulah, betapa beruntungnya seorang lelaki yang dapat isteri seperti ciri-ciri di atas. Jika pun isteri belum memiliki ciri-ciri seperti di atas, maka adalah tugas suami untuk mendidik isterinya. Kerana isteri adalah tanggung jawab suaminya dan dia akan ditanya di akhirat tentang hal itu. 

Wallahu alam.

Wednesday, September 23, 2015

Belon Kuning Jatuh Di Acara Dihadiri PM & Isteri. Pun Penarinya Didakwa..

Penari Bilqis Hijjas, 35, anak kepada seorang jurutera terkenal, Hijjas Kasturi didakwa mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menjatuhkan belon kuning dalam satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isteri bulan lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2015.
Penari Bilqis Hijjas, 35, anak kepada seorang jurutera terkenal, Hijjas Kasturi didakwa mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menjatuhkan belon kuning dalam satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isteri bulan lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2015.
Penari Bilqis Hijjas hari ini mengaku tidak bersalah kerana menjatuhkan belon kuning dalam satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isteri bulan lalu.
Denda maksimum untuk kesalahan itu ialah RM100 namun Hakim Nur Azura Murah memutuskan RM500 ikat jamin.
Bilqis, 35, anak kepada seorang jurutera terkenal, Hijjas Kasturi didakwa mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955.
Beliau diwakili peguam Michelle Yesudas yang meminta mahkamah menetapkan ikat jamin ditetapkan antara RM100 dan RM150.
"Ikat jamin dikenakan untuk memastikan kehadiran tertuduh," katanya, sambil menambah anak guamnya tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 Oktober. – 23 September, 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails