Sunday, September 20, 2015

Ada Kasino Mini Di Kondominium Mewah Pula..

SEBAHAGIAN 16 lelaki yang ditahan ketika asyik bermain judi di Maritime Condo, George Town semalam.
GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah kondominium mewah yang dijadikan pusat perjudian haram eksklusif untuk golongan profesional di Maritime Condo, Persia­ran Karpal Singh, Jelutong di sini semalam.
Dalam serbuan Ops Dadu pada pukul 1 pagi semalam itu, polis menangkap 16 lelaki terdiri daripada ejen hartanah, kakitangan bank, jurujual kereta, cef dan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPS) yang sedang leka bermain judi.
Kesemua warga tempatan itu berusia antara 20 hingga 60-an.
Turut diberkas ialah seorang pesara warga Amerika Syarikat yang berumur dalam lingku­ngan 60-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, serbuan dijalankan hasil risikan dan maklumat daripada orang awam berhubung penganjuran kegiatan perjudian haram di situ.
“Sebahagian mereka merupakan golongan profesional termasuk pelajar IPTS dan dalam serbuan itu juga, kita telah mengenal pasti serta menahan seorang lelaki dipercayai pe­nganjur kegiatan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Ada kasino mini di kondominium mewah pula.. Oh, Malaysia tanah airku.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails