Wednesday, September 23, 2015

Parti Pembangkang Lemah Rapuh Tanpa PAS.

KUALA LUMPUR, 23 September: Pakatan Harapan (PH) dilihat bakal berdepan laluan sukar pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kerana mengetepikan PAS dalam pembentukannya.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, ia disebabkan parti Islam itu adalah parti terbesar di luar Barisan Nasional (BN) dan mempunyai sokongan kuat di kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah kerusi banyak.
Menurutnya, tanpa PAS dalam PH, PKR dilihat cuba mengikut langkah Semangat 46, dengan membentuk dua gabungan ketika PRU pada 1990.
“PKR masih mengekalkan hubungan dengan PAS, sekalipun telah membentuk gabungan baru.
“Dalam konteks ini, ia seolah-olah sama dengan langkah Semangat 46 pada 1990-an, namun prestasi mereka tidak baik pada PRU itu,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Tambahnya, Semangat 46 ‘mengetuai’ dua gabungan politik itu, disebabkan DAP tidak bersetuju dengan PAS berhubung isu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud, ia seakan-akan sama dengan situasi ketika ini.
“Jika PAS tiada kali ini, pembangkang mungkin kehilangan sokongan di kawasan luar bandar,” ujarnya.
Jelasnya lagi, prestasi parti pembangkang akan terjejas, jika berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang, yang akan memecahkan undi di kalangan penyokong.
“Senario ini sudah tentu memberi kelebihan kepada BN, tetapi mereka juga perlu menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku dalam Umno dan MIC.
“Malah, MCA juga harus menangani masalah kekurangan sokongan daripada pengundi dalam masyarakat Cina,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berpendapat, parti-parti pembangkang telah kehilangan sebuah ‘aset’ berharga, kerana PAS memiliki jentera parti yang kuat.
Samsu Adabi berkata, kekuatan utama PAS adalah melalui strategi kempen dan posternya yang ternyata lebih teratur serta menyerlah, berbanding parti pembangkang lain.
“Jadi, ia akan melambatkan usaha pembangkang untuk merampas Putrajaya, kerana PAS mempunyai kekuatannya tersendiri dan ia akan menyebabkan berlakunya penurunan dari segi sokongan kepada gabungan pembangkang,” tegasnya.
Tambahnya, momentum ketiadaan PAS itu akan dirasai, terutamanya di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang, yang mana majoriti pengundinya dikuasai orang Melayu.
Mengenai hubungan PKR dengan PAS, Samsu Adabi berkata, ia merupakan ‘taktik’ PKR, bagi mengelakkan risiko kehilangan mandat di Selangor.
“Tanpa PAS di Selangor, mereka (PKR) berada dalam keadaan tidak menentu, kerana dengan siapa lagi PKR hendak membentuk kerajaan negeri, jika tidak dengan PAS,” katanya.
Tambahnya, ada kemungkinan besar PAS akan membentuk gabungan lemah untuk merampas kuasa di negeri-negeri lain.
Demikian The Rakyat Post.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, GHB yang dicetuskan beberapa bekas pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif sebenarnya tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.
Menurut AstroAwani, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dicanang menyertai gabungan baharu pembangkang menggantikan PAS dan kononnya ingin menyatukan parti pembangkang membuktikan bahawa Pakatan Rakyat lemah dan rapuh serta tidak dapat benar-benar mewakili rakyat.
(IH)

7 comments:

Anonymous said...

memang diakui bahawa Pakaatn tanpa Pas akan lemah ,tetapi apakan daya setelah usaha untuk brsama Pas tidak berhasil disebabkan Pas Gagah .Kuat.Ganteng .sombong.takabbur dan Pas tidak hingin dengan kumpulan yang lemah.Jadi biarlah Pas bersendiri dengan kekuatanya ,dengan tinggi dirinya ,egonya .tidak langsung ada sift ornag mukmin yang merendah diri pada orang yang memerlukan bantuan ,Teruskan dengan kesombongan mu agar satu hari nanti akan terbukti sifat bodoh sombong Pas,

Anonymous said...

PAS mahu undang-undang Islam yang Agung, bukan undang-undang manusia kerdil, hina dan ingkar.

Unknown said...

Pas umpama gadis cantik hemah berbudi dan bersopan santun. Mana mungkin secucuk dgn jejaka jahat suka tinggal solat dan melanggari janji. Pas sesuai dgn umno sebangsa yg baik hati dan menepati janji. Maka unt pas selamat belaki dgn umno.

Unknown said...

Pas umpama gadis cantik hemah berbudi dan bersopan santun. Mana mungkin secucuk dgn jejaka jahat suka tinggal solat dan melanggari janji. Pas sesuai dgn umno sebangsa yg baik hati dan menepati janji. Maka unt pas selamat belaki dgn umno.

Anonymous said...

Sedarilah saudara...terlalu banyak bidaah yg berlaku dlm Pas...Allah xizinkan utk pas mencapai kemenangan

Unknown said...

Bagaimana dgn hudud yg pas canang ?

Anonymous said...

Yg mana jatuh kafir? Menolak hukum Allah atau menolak rakam yg menolak hukum Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails