Saturday, September 26, 2015

Wajah-Wajah Tidak Ceria Selepas Selamat Melancarkan Pakatan Harapan

Roslan SMS – Wajah-wajah dalam gambar NST baru-baru ini sepatutnya ceria-ceria belaka maklumlah satu pakatan pembangkang yang baru telah selamat dilancarkan.
Tanpa PAS tajuk Sinat Harian.
Lihat wajah sugul Kit Siang. Begitu juga murung pada wajah Dr Mariah, Anuar Tahir, Samad Said.
Mat Sabu pula sengeh paksa begitu juga DS Dr Wan Azizah.
Saya difahamkan ketika gambar ini diambil wartawan sedang melontarkan beberapa soalan kontroversi khasnya tentang penglibatan NGO.
Ya rundingan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan itu dikatakan turut melibatkan pimpinan NGO dan parti-parti lain.
Ada tak yang mewakili NGO dalam gambar ini?
Jawapnya tidak ada seorang pun semuanya orang parti belaka iaitu sama ada DAP, PKR atau Parti Pekerja.
Mana NGO nya? Mana PSM ?
Bermakna benarlah kelahiran tergesa-gesa ini sesungguhnya hanya semata-mata mahu memberi nyawa pada anak baru kelahiran DAP iaitu Parti Pekerja yang telah diambil-alih oleh pengkhianat-pengkhianat PAS.
DAP tendang PAS keluar Pakatan Rakyat. DAP bercita-cita merobah pimpinan tertinggi PAS dalam pemilihan Muktamar baru-baru ini tetapi gagal apabila semua proksi mereka kecundang.
Lalu tiada cara lain bagi memelihara ego DAP yang calar itu selain melahirkan parti baru yang kononnya punya upaya menggantikan PAS.
Dan berlangsunglah majlis pelancaran Pakatan Harapan atas desakan DAP yang selebihnya adalah sejarah.
Kerana itu kelahiran tergesa-gesa ini dipertikaikan banyak pihak.
Datuk Ambiga Sreenevasan bekas Presiden Majlis Peguam mempertikaikan:
Why the rush to set up new opposition pact….”
Ambiga bertanya mana PAS? Adakah kerana mahu menyisihkan PAS maka rundingan meja bulat yang tergesa-gesa ini diadakan?
Ambiga dan penganjur BERSIH 4.0, Maria Chin difahamkan telah keluar dari persidangan tanpa hadir sidang media ini.
Apa pun semua dah selesai. Pakatan ini hanya lahir dari persetujuan 3 parti sahaja.
Yang puas hati dan paling gembira sudah pastilah DAP dan anak-anak pengkhianat PAS yang dilahirkannya.
Jahatkah saya kerana asyik babitkan DAP sahaja……terpulanglah. Tetapi yang nyata dari 3 negeri yang dikuasai pembangkang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiusaha Agung DAP lah yang pertama sekali isytiharkan bahawa Kerajaan Negeri beliau kini dikenali kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Perakuan yang dijangka dari bapa pengasas dan penaungnya.
Biasanya yang lahir tergesa-gesa begini akhirnya nanti juga dalam keadaan demikian. Sama-samalah kita saksikan dan tunggu.
(https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/25/wajah-wajah-tidak-ceria-selepas-selamat-melancarkan-pakatan-harapan/)

12 comments:

Anonymous said...

tuan punya blog pun saluran 1 punya pengundi dah nak pupus nyayuk dan bebal

Anonymous said...

Dah tak mampu komen lagi. Bebal berbalik kepadanya. he he he

Anonymous said...

Wahai Ibn hasyim mengapa lah menjadi bebal begini ,kalau di lihat wajah tuan fikiran tuan bukan begini rendah tahap pemikiranya.nak perlekehkan itu bolih tetapi biarlah bersesuaian dengan teknik gambar dan cara serta masa ,ini tidak seperti tidak ada lagi isu nak kenakan pakatan harapan.sepatutnya kau berbangga Pas tidak bersama Pakatan ,ini tidak setiap isu yang kau tulis selalu mnegekan Pakatan ,kau seperti juga ulamak dan pengikut assobiah Pas yang otaknya dibekukan untuk vberfikir perkara yang indah.dalam jiwa mu mungkin ada cemburu,dengki,irihati,kesumat.dan apa lagi yang bersifat buruk .muhasabah dirilah saudara Ibn Hasyim agar bersesuain dengan gelaran Ibnu.kalau tidak kau namakan anak lelaki hasyim aje lebih sesuai dengan jiwa kau.

Anonymous said...

Salam Tuan punya blog,

Takkanlah nak label orang pengkhianat tak tentu pasal? Ataupun label orang budak suruhan DAP macam orang UMNO pulak? Bukan pemimpin PAS sekarang ke yang mengkhianati perjuangan Almarhum Nik Aziz dan Fadzil Noor?

Sepatutnya Tuan punya blog nasihatkan pemimpin PAS sekarang bahawa rakyat dah nak mampus pasal GST, ekonomi teruk dan sebagainya jadi fikirkanlah pasal rakyat dan janganlah menghampiri orang zalim macam Najib Razak takut terkena percikan api neraka!!! Kan ada ayat Alquran berkenaan perkara tu.

Kalau pasal Hudud ada je Nas dan dalil, habis dalil-dalil lain tak relevan ke??

Kadang-kadang pemimpin PAS sekarang dah macam mempergunakan Islam pulak untuk kepentingan politik mereka. Ingat tau, PAS tu suatu kenderaan yang dikendali oleh pemimpin-pemimpinnya kalau Islam pemimpinnya maka Islamlah dia kalau pemimpin bodoh nak mampus maka parti tu pun bodoh nak mampus macam pemimpinnya juga!!!

Ibnu Hasyim said...

T. kasih semua pengomen. Luahkan perasaan tak puas hati biar habis. Biar pembaca menilai. Insya Allah.

..dan Al-Hamdulillah.

mansor said...

tuan punya blok punya mentaliti UMNO, biasakla..cari makan...

Anonymous said...

Kah kah kah lg macai dan balaci Dap meroyan .......... kan aku dah kata nak cakap pasal kena sebut yg baik2 belaka .......... jgn disebut sebaliknya sbb tuan galu LKS dan LGE ni bertaraf maksum ........ tiada apa yg keluar dpd mereka kecuaki yg baik2 belaka hatta najis mereka pun dianggap suci oleh puak2 bahlol lagi tolol molol ni !

Anonymous said...

Kah kah kah lg macai dan balaci Dap meroyan .......... kan aku dah kata nak cakap pasal Dap atau anak didik depa parti Amanah dan PKR kena sebut yg baik2 belaka .......... jgn disebut sebaliknya sbb tuan galu LKS dan LGE ni bertaraf maksum ........ tiada apa yg keluar dpd mereka kecuaki yg baik2 belaka hatta najis mereka pun dianggap suci oleh puak2 bahlol lagi tolol molol ni !

Anonymous said...

Salam semua,

Jangan cakap macai dan balaci DAP bila kita sendiri balaci UMNO sebab Tuan Guru Najib Razak dan Rosmah Mansor bertaraf maksum... Tiada apa yang keluar daripada mereka kecuali yang baik-baik belaka hatta hutang 1MDB berbillion-billion, hutang negara lagi, GST, nak rampas tanah Orang Melayu di Kampung Baru, FELDA melingkup habis orang-orang tua Melayu Islam berhutang ratusan ribu dianggap suci sebab benarkan bentang Hudud di Parlimen!!

Mana pembentangan HUDUD tu??? Kena diperbodoh dengan UMNO lagi. Siapa yang bodoh sekarang???

Kepada yang kata puak2 bahlol lagi tolol molol ni jawablah kalau cerdik sangat??? Keluarlah nas dan dalil kalau ada!!! Sekarang kita tunjuk siapa yang bahlol lagi tolol molol!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Sepatutnya tuan muhasabah diri dan mengikut apa juga komen yang ditulis ./buka tak puas hati tetapi septutnya bloger seperti tuan yang bolih mendamaikan keadaan jika ada yang tersilap.tersalah bahasa.malas nak bincang ,selaluponteng ,sepatutnya tuan lah oarng sesuai mennasihati kedua2 belah pihak .ini tidak ,nampak sanagt tuan membenarkan sebelah pihak dan mencari apa juga sebelah pihak untuk menghina .Apa kah ini cara yang adil yang di ajar olih Islam? Tan seolah2 suka perpecahan dalam Pas .kalau begitu tuan adalah seorang pengkhianat sebenar.sebab ada ruang yang allah beri untuk mendamai dan meredakan keadaan tetapi tuan gunakan untuk menjadi penyokong assaiah dan otodok.

Anonymous said...

Salam semua,

Tengoklah macam mana keadaannya, kan? Sekarang saya tengah menasihatilah ni. lain kali jangan nak guna perkataan barua atau macai DAP, dengar dulu hujah mereka!!! Macam ni ke akhlak Islam, label orang pengkhianat, rosak akidah, munafiq haraki dan sebagainya??? Dan kita ni guna nama Islam. Parti Islam SeMalaysia bukan guna nama Islam ke???

Macammana yang tuan tanya apakah ini cara yang adil yang diajar oleh Islam, saya nak tanya balik adakah pengkhianat, rosak akidah, munafiq haraki diajar dalam Islam???

Perpecahan dalam PAS, nothing to concern me. PAS is a political vehicle used to achieve political goal or milestones. Setuju tak saya cakap PAS tu suatu kenderaan atau alat untuk mencapai matlamat atau capaian politik?? PAS itu sendiri bukan Islam walaupun namanya Islam. Sama seperti Malaysia sebuah negara Islam, ia hanya slogan. Tak akan ada Malaysia sebab negara Islam masuk syurga, Thailand negara bukan Islam masuk neraka. Kita inilah manusia yang nak masuk syurga neraka!!!

Sekarang tuan kata saya pengkhianat, adakah saya ni jual maklumat negara kepada Yahudi atau membocorkan aset-aset keselamatan negara??? Atau saya mengupah orang untuk membunuh Haji Hadi atau Nik Abduh? TAK ADA DAN TAK PERNAH!!! Kenapa nak label saya sebagai pengkhianat???

Apakah meraikan perbezaan pendapat bukan prisip Islam??? kalau macam tu tak payahlah ada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Imam Abu Hanifah misalnya, pernah mencadangkan Al-Fatihah boleh dibaca dalam bahasa Parsi. Tak pernah pulak Imam-imam yang lain menuduhnya munafiq haraki, pengkhianat, barua atau macai Parsi dan sebagainya. Mereka beri hujah bahawa pendapat itu silap berdasarkan nas dan dalil. Sama seperti saya, saya minta nas dan dalil!!!

Allah memang bagi ruang untuk mendamai dan meredakan keadaan tetapi bukan dengan cara mengikut perbuatan yang bodoh. Rasulullah sendiri melantik Khalid ibnu Walid yang bukan bertaraf imam besar dan sebagainya kerana kemahiran dan kekuatannya berperang. Rasulullah tidak pun membuta-tuli lantik yang tak layak jadi pemimpin perang sebab bukankah itu perbuatan yang bodoh??? Jadi jangan nak suruh saya mendamai atau meredakan keadaan dengan bersetuju dengan perkara yang bodoh. Nak ikut Rasulluah ke Haji Hadi???

Saya ni assaiah dan ortodok ke?? saya pun tak tahu apa itu assaiah!!!

Anonymous said...

Penulis ini (Roslan MS)ini adalah barua/ajing belaan Hasang Ali Jati yg promosi KERAjaang perpaduwang di Selangor pada 2008. Pak Hashim tolong kumpulkan beberapa orang anjing lagi di selangor yg anti PR tapi masih menjilat/menggonggong kerja2 di selangor dlam kerajaang PR.Beberapa orang anjing akan terus menyalak kepada pakatan Harapan & akhirnya mereka akan mampus kerna penat menyalak & dimampuskan oleh rakyat selangor yg bijaksana dkam PRU 14..
Mampussss anjing2 kurap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails