Wednesday, September 23, 2015

Belon Kuning Jatuh Di Acara Dihadiri PM & Isteri. Pun Penarinya Didakwa..

Penari Bilqis Hijjas, 35, anak kepada seorang jurutera terkenal, Hijjas Kasturi didakwa mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menjatuhkan belon kuning dalam satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isteri bulan lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2015.
Penari Bilqis Hijjas, 35, anak kepada seorang jurutera terkenal, Hijjas Kasturi didakwa mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menjatuhkan belon kuning dalam satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isteri bulan lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2015.
Penari Bilqis Hijjas hari ini mengaku tidak bersalah kerana menjatuhkan belon kuning dalam satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isteri bulan lalu.
Denda maksimum untuk kesalahan itu ialah RM100 namun Hakim Nur Azura Murah memutuskan RM500 ikat jamin.
Bilqis, 35, anak kepada seorang jurutera terkenal, Hijjas Kasturi didakwa mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955.
Beliau diwakili peguam Michelle Yesudas yang meminta mahkamah menetapkan ikat jamin ditetapkan antara RM100 dan RM150.
"Ikat jamin dikenakan untuk memastikan kehadiran tertuduh," katanya, sambil menambah anak guamnya tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 Oktober. – 23 September, 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Tanpa pas ternyata mereka dilihat sebagai pakatan harapan badut semata mata.mereka berasa mereka kuat tanpa pas tp merekapun tahu mereka hanya menyedapkan hati sendiri sj.org byk melihat mereka seperti melawak sj.barangkali krn mat sabu yg lawak itu tlah diangkat menjadi org penting.whats a pathetic group of people.hadi n pas tdk akan dikutuk jika mereka sokong dap.whats a child game is that.pancai is just like a litle child.biarlah mereka gembira dgn permainan bodoh yg mereka cipta sendiri

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

Kuh..kah...kuh...kah...kuh...kah..
sebab belon pun nak di dakwa...
manggang....manggang....!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails