Sebahagian mayat jemaah haji yang maut akibat dipijak dan ditolak dalam tragedi rempuhan di Mina semalam
.MEKAH – Lebih 700 orang terkorban manakala lebih 800 mangsa cedera dalam insiden rempuhan di Mina dekat Kota Suci Mekah pagi semalam, lapor sebuah akhbar.
Tragedi berlaku sekitar pukul 11.30 pagi pada hari pertama Hari Raya Aidiladha ketika lebih dua juta jemaah sedang mengerjakan ibadat haji di Mekah.
Rempuhan bermula di sebuah persimpangan antara dua jalan di Mina dengan ramai mangsa terjatuh dan dipijak sekali gus menimbulkan suasana panik dalam kalangan jemaah haji, lapor Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi.
Menurut direktorat berkenaan, tragedi berlaku sejurus selepas pihaknya berdepan situasi penuh sesak di Mina, kira-kira lima kilometer dari Mekah.
Beberapa saksi berkata, kejadian berdarah itu terjadi berhampiran khemah yang menempatkan jemaah haji dari pelbagai negara.
Ketika itu, beribu-ribu jemaah sedang berkumpul untuk melontar jamrah.
Mina menempatkan berpuluh-puluh ribu khemah berhawa dingin untuk dijadikan tempat tinggal sementara jemaah yang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.
Seorang pegawai hospital memberitahu agensi berita AFP bahawa kemalangan berlaku di luar jambatan jamrah di mana ibadat melontar berlangsung. (Kosmo!
No comments:
Post a Comment