Wednesday, September 23, 2015

Filem Tempatan 'Polis Evo' 4 Hari Kutip RM2.5J. Sempena Aidil Adha?


HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Selepas empat hari ditayangkan di pawagam sejak 17 September lalu di seluruh negara, filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta.

Ekoran kejayaan itu, filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. itu ha­nya memerlukan sekitar RM300,000 untuk mendapatkan kembali modal pembikinannya sebanyak RM2.8 juta.
Bagaimanapun, filem arahan Ghaz Abu Bakar itu dijangka meraih keuntungan ke­rana tayangannya masih lagi berbaki sebanyak lapan hari di 98 pawagam seluruh negara.
Jika filem tersebut mendapat kutipan pecah panggung, ia bakal memberi harapan yang baharu kepada industri filem tempatan.
Kali terakhir filem tempatan mendapat sambutan yang hebat ialah filem The Journey pada tahun 2014 yang mendapat kutipan sebanyak RM17.1 juta.
“Hanya selepas empat hari ditayangkan, filem berkenaan telah mendapat kutipan sebanyak RM2.5 juta. Saya juga difahamkan sejak dua hari lepas, keba­nyakan tayangan filem Polis Evo di dipenuhi penonton,” kata Ghaz yang dihubungi Kosmo! semalam.
Apakah hal ini juga ada kaitan dengan sambutan perayaan Aidil Adha?

    Lihat sebelum ini..



    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails