Saturday, April 11, 2015

Siapa Pelawak Kasanova Gila Seks, Ini Nasihat Untuknya..

Pelawak-kasanova


Abam Bocey
HALAMAN HIBURAN
KL: "Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai gila seks.

"Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.

"Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit,"


Kata pelawak dan pelakon Abam Bocey pemenang Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 kepada BH Online. Dia menyesali dan mengakui terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova yang sedang hangat diperkatakan, kerana baginya perkara itu mencalarkan industri komedi tempatan.

Siapa Sebenarnya Pelawak Kasanova Gila Seks Itu? 

Industri hiburan dikejutkan dengan pembongkaran mesej jahat daripada seorang pelawak terkenal yang dengan kasanovanya meminta gambar bogel daripada ramai magsa yang terdiri dari wanita menerusi aplikasi Whatsapp. Pelbagai spekulasi timbul dan tekaan demi tekaan siapakah pelawak kasanova terbabit oleh peminat di rangkaian laman sosial. 

'Tauke' yang diteka oleh peminat di laman sosial mula bersuara dan menafikan dirinya adalah pelawak kasanova berkenaan. Berikut adalah kenyataan daripada tauke.

“Sepatutnya orang ramai yang membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari. Orang ramai perlu mengikut perkembangan dan membaca cerita sepenuhnya. Jauhilah fitnah,” tegas Tauke kepada BH Online menafikan dirinya terlibat dengan perkara tersebut.

Nasihat Untuk Kasanova Itu 

Abam nyata terkilan dengan sikap pelawak kasanova yang tidak berfikir panjang seperti dilaporkan menerusi pendedahan BH Plus, segmen berita premium berbayar BH Online kelmarin.

"Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan.
"Tidak dinafikan sekarang ramai yang ingin berkawan dengan pelawak dan individu itu mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu yang bodoh.
"Kepada individu itu, bawa-bawalah bertaubat. Cuba renungi permasalahan ini dengan lebih mendalam jika rasa bersalah, bertaubatlah, kalau rasa betul maka teruskanlah," kata Abam secara sinis mengakhiri perbualan.


Contohnya, lihat ini.. 

Sasha, tampil membuat pendedahan, bukan kerana mahu mencari publisiti murahan tetapi ingin menegakkan hak sebagai seorang wanita.

Sumber foto: Mynewshub

"Saya ingin menegakkan hak sebagai seorang wanita. Kini saya turut minta nasihat daripada rakan-rakan untuk tindakan selanjutnya."

Sumber foto: Mynewshub

Sumber foto: Mynewshub
Pada masa sama, Sasha turut berkata dia tidak akan ambil pusing mengenai komen negatif terhadap dirinya.

Sumber foto: Mynewshub
 
Sumber foto: Mynewshub
(IH)

Thursday, April 09, 2015

Jom Makan Jagung! Makanan Paling Sehat Di Dunia.

KESIHATAN
KINI, sedikit sangat yang tahu, bahawa jagung boleh dijadikan sebagai makanan utama dan juga ganjal perut. La nie, makanan segera terutama mie paling laris. Padahal, jagung boleh dimakan dalam segala cuaca, dan ternyata, jagung merupakan salah satu makanan paling sihat di dunia.  

Nah, tengok.. Dikutip dari Wikipedia dan whfood.com..
Jagung (Zea mays ssp. Mays) adalah salah satu tanaman pangan penghasil karbohidrat yang terpenting di dunia, selain gandum dan padi. Bagi penduduk Amerika Tengah dan Selatan, bulir jagung adalah makanan pokok, sebagaimana bagi sebahagian penduduk Afrika dan beberapa daerah di Indonesia (dan Malaysia, tapi tak banyak). 

Di masa kini, jagung juga sudah menjadi komponen penting makanan haiwan. Kegunaan lain adalah sebagai sumber minyak pangan dan bahan asas tepung jagung. Pelbagai produk terbitan hasil jagung menjadi bahan mentah pelbagai produk industri. Beberapa di antaranya adalah biotenaga, industri kimia, kosmetik, dan farmasi.


Dari sudut botani dan agronomi, jagung merupakan tanaman model yang menarik, khususnya di bidang genetik, fisiologi, dan membaja. Sejak awal abad ke-20, tanaman ini menjadi objek kajian genetik yang intensif. Secara fisiologi, tanaman ini tergolong tanaman C4 sehingga sangat berkesan memanfaatkan cahaya matahari.


Sebahagian jagung juga merupakan tanaman hari pendek, pembungaan terjadi jika mendapat penyinaran, yang di bawah panjang penyinaran matahari tertentu.. Biasanya 12.5 jam. Biji jagung kaya akan karbohidrat. 

Sebahagian besar berada pada endospermium. Kandungan karbohidrat dapat mencapai 80% dari seluruh bahan kering biji. Karbohidrat dalam bentuk pati umumnya berupa campuran amilosa dan amilopektin.  

Pada jagung pulut, sebahagian besar atau seluruh patinya merupakan amilopektin. Perbezaan ini tidak banyak berpengaruh pada kandungan pemakanan, tetapi lebih bermakna dalam pemprosesan sebagai bahan pangan. 

Jagung manis diketahui mengandungi amilopektin lebih rendah tetapi mengalami peningkatan fitoglikogen dan sukrosa. 

Kandungan zat Jagung per 100 gram bahan adalah: 

Kalori: 355 KaloriProtein: 9.2 gramLemak: 3.9 gramKarbohidrat: 73.7 grKalsium: 10 mgFosforus: 256 mgFerrum: 2.4 mgVitamin A: 510 SIVitamin B1: 0,38 mgAir: 12 grDan bahagian yang boleh dimakan 90%.

Untuk saiz yang sama, meski jagung mempunyai kandungan karbohidrat yang lebih rendah, namum mempunyai kandungan protein yang lebih banyak. Jagung merupakan tanaman semusim (annual). Satu kitaran hidupnya diselesaikan dalam 80-150 hari.


Fasal apa kita taku mahu cuba?  Jom makan jagung.. 
(IH)

Wednesday, April 08, 2015

'Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak Jawatan? (11)

Najib perlu jawab segera kritikan Dr Mahathir - BNBBC

BNBBC: Najib perlu jawab segera kritikan Dr Mahathir.


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   

Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10:
Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
 
Siri 11:

'Najib Perlu Jawab Dr Mahathir  -BNBBC' Pun Tekan PM Letak Jawatan?  

PENGERUSI Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad, pun seolah-olah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib letak jawatan juga ke..?

Ini berikutan dengan kenyataan beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menjawab segala kritikan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya dengan kadar segera.

Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad berkata walaupun kurang bersetuju dengan kritikan terbuka Dr Mahathir itu, namun kelab itu berpandangan sudah sampai masa untuk Najib memberikan jawapan.

"Kami ada berbincang (dengan Najib), mana yang boleh kami jawab seperti isu jet, 1MDB dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi kami juga nasihat tentunya sampai masanya Najib kena berikan jawapannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam..

Kata Shahrir, ini kerana kritikan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat itu bukan hanya berkisar kepada soal pentadbiran malah turut bersifat peribadi.

Baru-baru ini, Dr Mahathir melalui laman blog chedet.cc telah mengkritik Najib secara terbuka serta keras apabila menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya Najib masih menerajui UMNO dan pentadbiran kerajaan Malaysia.

"Isu ini kadang-kadang kita tidak boleh buat tidak tahu dan saya percaya Najib akan beri jawapan kepada tuduhan ini," kata anggota Parlimen Johor Bahru itu.

Walaupun Shahrir menegaskan BNBBC akan terus berdiri teguh dan menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib.. "Sebagai anggota Parlimen, kami bukan golongan 'buta-buta' menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri."

Katanya seperti dilaporkan oleh Astro Awani. (IH)

Kes Cium: "saya rasa tidak menjadi masalah.." -Johan Raja Lawak.

 
 Johan DAN isterinya, Ozlly.


HALAMAN HIBURAN
DIBERITAKAN, Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz tidak pernah serius dalam menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya. 

Johan kemudian sewaktu ditanya mengenai tindakannya mencium isterinya usai diumumkan sebagai Pengacara Popular pada Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP2014) baru-baru ini, Johan hanya menguntumkan senyuman.
 
“Dia merupakan isteri saya. Jadi, saya rasa tidak menjadi masalah untuk mencium Ozllyn di depan khalayak. Hubungan kami sah. Ciuman tersebut diberikan sebagai tanda terima kasih kerana dia sentiasa berada di sisi saya ketika jatuh dan bangun,” ujarnya ringkas.

Dengan tiada niat menghina sesiapa, mari kita lihat tindakan begitu dari sudut Islam.

Diangkat dari http://insafislam.blogspot.com: Tuesday, November 6, 2012: Hukum Suami Isteri Berpelukan Di Khalayak Ramai.

Soalan: Assalamualaikum.. Apakah hukum suami isteri berpelukan di khalayak ramai? Harap disertakan dgn dalil.. terima kasih,
muhammad azmeer bin arof
 Jawapan: 
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum seorang lelaki memeluk isterinya adalah tidak berdosa, tetapi perbuatan mereka berpelukan di khalayak ramai adalah tidak wajar kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyatakan bahawa kesan angkubah daripada fitnah amat dahsyat sekali. Malah dosa memfitnah adalah lagi hebat daripada membunuh satu jiwa yang hidup. 
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
  • “...dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan...”.
(Surah Al-Baqarah 02: 217)

Ringkasnya, carilah tempat yang lebih sesuai untuk menyatakan perasaan kasih dan sayang sesama pasangan suami isteri. Wallahu 'alam.

Sila lihat pula jawapan Ustaz Azhar Idrus..

Video:  Ustaz Azhar Idrus-Cium Isteri Depan Orang Ramai


Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Buat Haji Lebih Dari Sekali, Cacat Moralnya -Kata Ulama NU

Tunaikan Fardhu Haji Lebih dari 1 kali, Cacat Moral.

PARA ulama Ormas (Organinasi Masyarakat) Islam Nahdlatul Ulama Indonesia telah menonjolkan perilaku sebahagian muslim yang berhaji lebih dari satu kali dalam kehidupannya. Hal itu menjadi perbahasan dalam forum bathsul masail pramuktamar yang diumumkan di Pesantren Krapyak, Yogyakarta, 28-29 Mac 2015 lalu, dengan peserta sekurang-kurangnya 40 kiai.

Beberapa kiai yang hadir dalam forum tersebut menyebut kewajiban haji hanya sekali sehingga kedua dan ketiga masuk kategori sunnah. Tetapi, jika haji kedua, ketiga dan seterusnya dilakukan dengan mengambil hak muslim lain untuk dapat mengerjakan haji, maka hal itu dihukumi haram. 

Beberapa kyai mendasarkan hukum tersebut pada pandangan perilaku ghosob. Sehingga, mereka memandang ibadah haji lebih dari sekali telah merampas secara nyata hak kuota Muslim lain. 

"Secara moral orang yang mengerjakan haji dua kali mencederakan maruah-nya (harga diri) kerana menghamburkan harta (israf)," ujar salah satu peserta yang merupakan Ketua LBM PWNU Yogyakarta KH Muzammil, seperti dilansir dalam laman nu.or.id, Jumaat, 3 April 2015. 

Di samping itu, Muzammil mengutip pendapat Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin yang menyatakan orang yang mengerjakan haji lebih daripada sekali termasuk terpedaya. Alasannya, orang yang bersangkutan lebih mengutamakan infaq untuk mengerjakan haji berkali-kali sementara ia meninggalkan jirannya dalam keadaan lapar. 

Muzammil pun menguatkan pendapatnya dengan mengutip perkataan Ibnu Masud RA: 
  • "Di akhir zaman banyak orang haji tanpa sebab." 
 Atas hal itu, ia mendesak Dirjen Haji Kementerian Agama untuk membuat peraturan kelewatan berlepas bagi mereka yang sudah pernah menunaikan haji. Lebih lanjut, Muzammil menyeru agar para jamaah yang sudah pernah berhaji menangguhkan pendaftaran. Hal ini dimaksudkan untuk memberi kesempatan ibadah haji bagi Muslim yang belum menunaikannya.

 "Alangkah baiknya ia memperuntukkan dananya untuk kesejahteraan jiran di sekitarnya," ungkap dia. (IH/Ism)

Lelaki Keluarkan Alat Sulit. LRT B/Tasik Selatan, Sila Ambil Perhatian..


MUSLIMAH itu mengadu, 

"Ya Allah, Subhanallah.. Dugaan teruk pagi-pagi ini. Dahlah menghadap ‘jem’, lepas itu berlari naik tren berhimpit-himpit.

Dugaannya adalah, nampak mamat baju purple tu? Kami berhimpit-himpit dalam tren. Himpit yang teramat rapat. Tangan dia dekat sangat dengan badan aku. Tiba-tiba aku rasa lain. Aku tengok, tangan dia dah sentuh badan aku. Lepas itu aku cuba mengelaklah. 

Selepas itu aku teruskan main handphone. Kita main handphone confirm pandang bawah kan? Apa yang aku nampak, dia keluarkan alat sulit dia dari zip seluar. Siap ramas-ramas. Aku tergamam. Tak boleh nak menjerit atau nak marah. Agak terkejut.

Nasib tinggal satu stesen je lagi. Dalam keadaan mengigil dan menangis, aku pergi ke monorail Hang Tuah. Dia pun ada, tetapi dia kat depan. Itu yang aku sempat nak rakam gambar dia.

Dengan serta merta aku lambat pergi kursus hari ini." Katanya. 

Ianya sebuah pengaduan dari rakyat, yang perlu diambil berat oleh pihak berwajib atau  kerajaan. Termasuk pihak LRT Bandar Tasik Selatan. Muslimat itu menasihati kepada kaum perempuan..

"Please kaum Hawa, make sure depan belakang kiri kanan awak adalah perempuan. Apa nama tu? Ladies Coach? Tak ingat pula. Dalam keadaan kejar masa nak pergi kerja, korang sempat ke nak pilih pintu mana yang korang nak masuk? Tak akan.

So please, aku tak pakai seksi pun. Aku pakai baju kurung, baju nak pergi kerja pun kena juga. Aku tak tahu sama ada lelaki itu warga asing atau tempatan. Sumpah aku fobia, trauma rasanya. Aku cuma mampu menangis di tepi tren ini.

Aku tak paksa untuk percaya, aku kaum Hawa, aku sayang kaum aku. 

Lokasi: LRT dari Bandar Tasik Selatan.
Masa: 8.30 pagi
Tarikh: 6.4.2015 " Tulisnya. 

Komen Blog kitabantai.info: Semua tren yang ada sekarang haruslah mencontohi tindakan yang dilakukan oleh Komuter KTM dengan mewujudkan gerabak khas untuk wanita kerana ia sudah pasti berkesan mencegah kejadian ganguan seksual seperti ini.  

Sekilas Pandangan Dari Weblog Ibnu Hasyim: Keajaan Islam wajib menjaga dan melindungi wanita rakyatnya. Yang penting warga tanggungannya walau apa agama sekalipun.. Mari kita lihat sejarah.

Zaman Pemerintahan Al-Mu'tasim

Mari kita lihat dalam sejarah Islam, semasa zaman gemilangnya di bawah pemerintahan khalifah Al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah yang memerintah pada 833 hingga 842 Masehi. Sila rujuk kitab 'Al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir, terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, di bawah judul 'Penaklukan kota Ammuriah'.

Dilaporkan, seorang Muslimah rakyatnya dari keturunan Bani Hashim sedang membeli-belah di sebuah pasar dalam kawasan negeri di bawah kekuasaan Romawi yang bukan di bawah pemerintahan Al-Muktasim, di utara benua Asia. Atau tepatnya di kota Ammuriah, dalam negara Turki hari ini.

Semasa sedang berjalan itulah, Muslimah tersebut diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya. Lantas secara spontan wanita itu menjerit..

"Wa Mu'tashamah!!" Ertinya, 'Dimana kau Mu'tasim'. Dia menyeru kepada Khalifah atau kerajaannya, yakni kerajaan Islam pada masa itu. ... "Tolonglah Aku".

Takdir Allah SWT, teriakan Muslimah tersebut akhirnya sampai ke telinga Khalifah al-Mu'tasim. Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah, sedang memegang gelas untuk minum. Didengarnya berita seorang Muslimah dilecehkan auratnya oleh tentera Romawi.

Khalifah itupun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana Muslimah tersebut menjerit meminta tolong. Puluhan ribu tentera pun dikerah mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga hujungnya mencapai kota Ammuriah.

Pembelaan kepada Muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Catatan sejarah menyatakan, ribuan tentera Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi.

Bayangkan, hanya kerana seorang wanita rakyat di bawah naungannya,yang dilecehkan rakyat Romawi dan menjerit minta tolong 'Wahai Mu'tasim" maka Khalifah tersebut tersentuh hatinya dan terbakar ghiroh tanggungjawab kepimpinan Islamnya sehingga dilancarkanlah serangan penaklukan ke Ammuriah. Akhirnya, wanita itu dapat dibebaskan. Allahu Akbar!

Zaman Nabi.

Begitu juga yang berkaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Masa itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana dan terus membunuh orang Yahudi itu sebagai balasan.

Lalu orang-orang Yahudi membalas balik dengan membunuh lelaki Muslim itu. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW, mengirimkan pasukan melawan mereka. 

Setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir keluar dari Madinah. Ertinya kerajaan Islam melindungi maruah dan sensitifiti rakyatnya. Subhanallah!

Khalifah Umar bin Abdul-Aziz 

Di masa Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula, beliau pernah mengirim surat kepada para tahanan perang, orang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka:
  • "Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberikan lebih banyak untuk keluarga kamu. Dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu.  Dan andainya bukan kerana aku takut diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, tentu aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi bersukacitalah! Assalamu Alaikum. "
Begitulah cara melindungi wanita supaya tidak diganggui atau dihina oleh musuh-musuh Allah SWT. 

Dalam kes di LRT Bandar Tasik Selatan ini, fikir-fikirlah!(IH)

Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM? (10)

 
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan? 
Siri 1: Ini Sebab Najib Perlu Letak Jawatan.. Dedah Ku Li.
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir... 
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10:

Rosmah, isteri 'bercita-cita besar'?
TOKOH wartawan terkenal Datuk A Kadir Jasin semalam menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa, sebagai perdana menteri.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

“Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar,” tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

“Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.
“Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.
“Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar,” katanya dalam tulisan di blog.

Lihat kisah Rosmah.. 
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Tuesday, April 07, 2015

Helikopter Terhempas: Siapa Wanita Bertudung Ini, Apa Misterinya?


Aidana_Baizieva_3
Dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu?
Aidana_Baizieva_2
Menurut laman web Gaukhara.com, Aidana Baizieva atau Aidana Karabasova adalah seorang jurnalis muda yang berasal dari Kyrgyzstan dan masih menuntut di International University of Information Technologies JSC dan dijangka menghabiskan pengajian pada 2016 


 
SIAPA Wanita bertudung ini dalam gambar di atas dalam kes helikopter terhempas itu?  

Spekulasu muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu. Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini. 

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media. Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporan The Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang. Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabut malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Spekulasi menyebut bahawa beliau pembantu juruterbang tetapi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu. 

Wanita Misteri

Dikatakan, dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu.

Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran. 

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang. Punca nahas masih disiasat. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini turut mengulas mengenai identiti Aidana yang menimbulkan tanda tanya. 

Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang, lapor Bernama.
 
Antara wakil kedutaan Kyrgyztan hadir ke Jabatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada Isnin. Foto BERNAMA 

Misteri menyelubungi mangsa keenam nahas helikopter Sabtu lalu apabila identitinya masih belum dikenal pasti seperti yang didakwa oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anda boleh lihat hasil kerja Aidana dalam bidang kewartawanan melalui banyak sesi temubual di laman Youtube.
Dua ahli keluarga Aidana kelihatan berada di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi, dipercayai untuk menandatangani dokumen perlepasan jenazah.

Dua ahli keluarga Aidana kelihatan berada di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi, dipercayai untuk menandatangani dokumen perlepasan jenazah. 

Namun tiada yang tahu siapa wanita bertudung itu, mengapa berada dalam helikopter tersebut, dan atas tuntutan kerja apakah?  

Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Aidana Baizieva dari weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib...(9)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir... 
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8:
Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: 

Rafidah Aziz Pula Tambah 'Serang' Najib.
APABILA wanita yang digelar Wanita Besi Malaysia dalam politik berkata beliau keliru tentang sesuatu, Ha, dengar betul-betul..

Lebih-lebih lagi apabila beliau terkenal dengan 'kebijaksanaan'. Jadi jika bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz, keliru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), apatah lagi golongan awam?

Rafidah, dengan gaya tanpa ada kekangan beliau, bercakap tentang GST apabila beliau dilaporkan berkata kebergantungan kerajaan dengan penggunaan kartun, papan iklan dan jargon teknikal seperti “berkadar sifar” untuk menjelaskan tentang cukai kepenggunaan menyeluruh beberapa tahun ini telah membuatkan pengguna Malaysia, termasuk dirinya, lebih keliru dengan sistem percukaian.

Beiau berkata kerajaan seharusnya tidak menggunakan jargon dalam menjelaskan apa itu GST kepada pengguna.

Rafidah berkata kerajaan seharusnya menerbitkan senarai barang yang dikecualikan dari cukai di setiap surat khabar dalam negara dengeran kadar segera kerana ianya akan membantu pengguna bersiap sedia untuk cukai kepenggunaan menyeluruh ini.

“Saya secara peribadi berasa bahawa sekarang ini, kita seharusnya sudah mempunyai senarai lengkap tentang kategori yang dikecualikan supaya rakyat akan tahu (barang) mana yang tiada cukai.
“Ia seharusnya tersedia dalam semua surat khabar, dalam semua bahasa, dan tidak seharusnya teknikal.
“Masalah kita adalah penjelasan setakat ini tidak begitu jelas. Kerajaan telah menggunakan sumber yang berbeza ataupun pendekatan yang berbeza, dan kebanyakan darinya bersifat sangat teknikal.
“Contohnya, siapa yang faham apa itu ‘berkadar sifar’?

Kenapa mereka tidak guna frasa ‘tak kena GST’. Dengan itu ianya lebih mudah dan senang untuk diingat,” Rafidah dipetik sebagai berkata. Ini, kata beliau, turut akan membantu pengguna mengenalpasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak dikenakan GST.

Rafidah menekankan bahawa sisipan surat khabar akan lebih menjimatkan kos kerajaan berbanding menaikkan papan ikan besar seluruh negara.

“Beberapa masa lalu, terdapat sebuah papan iklan berdekatan rumah saya yang berkata pendidikan akan dikecualikan daripada GST. Malahan ada lukisan kartun padanya. Saya berfikir, apa yang dimaksudkan? Adakah yuran universiti atau yuran tuisyen dikecualikan daripada GST? Bagaimana dengan buku atau komputer atau alatan yang berkaitan dengan sekolah?

“Daripada berbelanja duit untuk papan iklan sebegini, pada waktu ini anda mungkin sudah mempunyai satu penerbitan lengkap tentang barang yang tidak dicukaikan,” Rafidah dilaporkan berkata.

Soal kerajaan menyahut saranan Rafidah, itu soal lain. Yang penting kini, Rafidah mula menyerang kepimpinan Najib.  Rafidah seolah-olah 'bersatu' dengan Tun Mahathir dalam menyerang Najib?

Tidak. Mungkin mereka tidak 'bersatu', kerana sekarang mereka sudah 'berdua'. Lebih kuat lagi, percepatkan Najib letak jawatan?
(IH)

2070, Islam Agama Majoriti Dunia, Ini Faktanya..

Cetak sejarah, pada 2070 Islam jadi agama mayoritas dunia 
Ibadah umat Islam di pelbagai belahan dunia. REUTERS

LEMBAGA Penyelidikan Pew, Amerika Syarikat, memastikan Islam menjadi agama dengan pertumbuhan jumlah pemeluk paling tinggi sedunia. Bila trend tidak berubah, maka pada 2070 untuk pertama kalinya sepanjang sejarah jumlah umat muslim melebihi penganut agama Kristian yang selama ini dominan. 

Dalam laporan yang dikutip pada laman web rasminya, Pew menyatakan umat Islam akan mencapai 34.9 peratus dari jumlah keseluruhan populasi global selepas 2070. Keadaan ini dicetuskan tingginya angka kesuburan di negara-negara majoriti muslim selama setengah abad mendatang.  

Pada tempoh yang sama, umat Kristian tetap berkembang, tetapi hanya mewakili 33.8 peratus penduduk global. Data yang dikumpulkan Pew menunjukkan pertumbuhan jumlah umat Islam terbesar datang dari Benua Afrika. Negara-negara sub-sahara akan menyumbangkan penduduk muslim baru terbesar selama tiga dekad yang akan datang. 

Lebih dari itu, pertumbuhan umat Islam yang hebat datang dari Eropah. "Di Eropah muslim akan mencapai 10 peratus daripada jumlah penduduk," tulis laporan tersebut. 

Selama ini, agama majoriti di muka bumi adalah Kristian (sudah termasuk Katolik mahupun Protestan). Pada 2010 umat nasrani mencapai 6.9 bilion orang. Sedangkan umat Islam pada tempoh yang sama baru mencapai 1.6 bilion jiwa, alias 23 peratus daripada jumlah penduduk.

 
Kajian Pew didasarkan pada data yang dimiliki Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Jika tidak ada bencana, maka penduduk bumi pada 2050 mencapai 9.3 bilion jiwa. Demografi muslim diramal pertumbuhan mencapai 73 peratus. Jauh di atas Kristian (35 peratus), Hindu (34 peratus), Yahudi (16 peratus), Agama tempatan (11 peratus), atau yang tidak beragama (9 peratus). 

"Sehingga untuk pertama kalinya sepanjang sejarah, pada 2050 penduduk umat Kristian dunia (2.9 bilion jiwa) nyaris diimbangi umat Islam (2.8 bilion)," ungkap Pew. 

Di luar itu, kajian menunjukkan jumlah orang yang tidak beragama, baik itu atheis, agnostik, dan sebagainya, ternyata akan menurun di masa akan datang. Walaupun di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Perancis jumlah mereka meningkat, tetapi lima dekad lagi jumlah populasi orang yang tidak beragama hanya 13.2 peratus di seluruh dunia, di bawah kedudukan saat ini 14.3 peratus.

 

Trend peningkatan populasi muslim tercatat di seluruh benua. Setengah abad akan datang, negara yang tidak lagi menjadi majoriti Kristian misalnya, ialah Britain, Australia, New Zealand, Belanda, atau Perancis. Sebagai gantinya, Islam akan menjadi agama majoriti di 51 negara. 

Selain kerana sebab luar biasa, data ini akan sangat dipengaruhi situasi China sebagai negara dengan penduduk terbesar sejagat. Saat ini, majoriti warga negara Tirai Bambu itu tidak memeluk agama apapun. Pew meramalkan akan ada peningkatan 5 peratus untuk penganut Kristian di China, namun itu tidak mengubah ramalan awal soal pertumbuhan umat muslim yang pesat lima dekad lagi. (IH)

A/Hadi & Hudud Di Parlimen Hari Ini, Bagaimana DAP, MCA , MP Islam..

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Parlimen hari ini. Rang undang-undang bagi untuk meminda akta mahkamah syariah itu dimuat dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada speaker akan membenarkan Hadi membentangkan rang undang-undang itu. Ia juga kemungkinan besar tidak sempat dibahaskan kerana berada di kedudukan ke-24 dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Sebelum ini, menteri undang-undang Nancy Shukri dilaporkan sebagai berkata sukar untuk sebuah rang undang-undang persendirian dibaca kerana kerajaan mempunyai beberapa lagi rang undang-undang untuk dibentang.

Jika gagal dibentang dalam sidang kali ini, ia dijangka dibawa ke sidang akan datang bermula 16 Mei depan.

Selain mahu menambah bidang kuasa mahkamah syariah, pindaan itu antaranya mahu menggantikan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah dengan peruntukan:

"Mahkamah syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan."
Cadangan pindaan itu juga memasukkan peruntukan bahawa mahkamah syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah yang dinyatakan, "sesuai dengan kehendak syariah Islam".

Mahkamah syariah sekarang ini diperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan. Selain 21 undi daripada partinya, PAS dilihat meletakkan harapan kepada anggota Parlimen beragama Islam, termasuk Umno dan PKR untuk menyokongnya.


 

Sedangkan tokoh DAP Lim Kit Siang berkata beliau "terkejut dan kecewa" dengan langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen hari ini.

Sementara itu menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai membidas DAP susulan tindakan PAS mahu membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Parlimen hari ini.

“Selain PAS, DAP mesti bertanggungjawab terhadap rang undang-undang ni.
"DAP sudah terlalu lama lari daripada tanggungjawabnya, menipu rakyat sekian lama.
“DAP terus menipu rakyat negara ini, mereka turus main politik dengan hudud,” kata Liow dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini. 


Mengenai UMNO dan Ahli Parlimen (MP) lain yang berugama Islam belum ada maklumat jelas lagi.
(IH)

Cium Mulut Di ABPBH Semalam. Jangan Marah, Guru Kencing Berdiri..

HALAMAN HIBURAN
DIBALIK kemeriahan majlis ABPBH 2014 yang berlangsung semalam, diberitakan..

"..Tindakan Johan mencium isterinya di bibir sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminatnya.

"Mungkin juga perkara tersebut berlaku secara spontan kerana terkejut namun jawapan kepada tindakan penyampai radio dan pelawak, hanya empunya diri yang tahu. Malah, ada peminat Johan sendiri yang mempertikaikan tindakannya itu.

"Tidak kurang juga ada yang berberpendapat aksi sebegitu tidak sopan dilakukan di khalayak ramai apatah lagi ia turut ditonton oleh pelbagai peringkat umur. Apa-apa pun, kami pasti Johan mempunyai jawapan tersendiri terhadap apa yang dilakukannya ketika itu. " - (rtky/s)


Komen...

Apa nak hairan, cium mencium, peluk memeluk lelaki perempuan depan khalayak ramai, jangankan suami isteri, gadis Islam dengan artis Korea,  menteri wanita Islam dengan peminatnya lelaki Cina tua, isteri pemimpin Islam Malaysia dengan lelaki bukan muhrim orang putih kafir luarnegara, dengan ahli sukan, PM bergencok dengan penari 'berpakaian tapi bogel' dari Korea dan segala macam kesyaitanan lagi.

Orang agama, pihak berwajib, atau mufti hanya jadi tunggul kayu, 'ketam tumpul' atau 'syaitan bisu' sahaja. Terutamanya apabila yang melakukan itu ialah menteri, keluarga menteri atau kuncu-kuncu yang sekandang dengannya.

Apabila pemimpin dan keluarga pemimpin, yakni guru mereka 'kencing berdiri' , sudah tentu muridnya 'kencing berlari', bahkan pecut lebih kencang dan bertaburan lagi.

Solusi:

Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, kena berbalik kepada dasar pemerintahan negara. Kalau memilih parti yang bukan Islam, bererti politiknya yang bukan Islam (politik jahiliah) berada di atas sekali. Jadi agama terpaksa berada di bawah politiknya, di bawah telunjuk kaki pemimpin-pemimpinnya. 

Buktinya seperti kes di atas, ulamak setakat jadi tunggul kayu, makan gaji, keluar fatwa, 'membaca' khutbah, bahkan kalau orang berzina di depan hidungnya pun dia tak boleh buat apa-apa. Apa lagi mengakui dan mengatakan seronok berzina dalam facabook, ulamak hanya bagaikan tikus melihat besi sahaja, tak mampu gigit.

Bagaimana penyelesaiannya? Pastikan negara Islam tertegak dengan memilih parti atau kumpulan Islam. Wajib tegakkan negara Islam. Di Malaysia dengan berperang tawan negara melalui 'peti undi', bukan dengan senjata dan paksa. 

Kalau UMNO/BN, pemimpinnya akui parti sekular dan bukan untuk tegakkan negara Islam. Bahkan pemimpinnya segaja membiarkan atau mengimport budaya luar yang jahiliah masuk, untuk membebaskan belia-belianya dari kungkungan agama supaya tidak akan menyokong parti Islam dan segala yang berbau Islam. 

Wallahu 'aklam. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 

Monday, April 06, 2015

Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? (8)

 PUTRAJAYA: Former Corporal Sirul Azhar Umar’s defence team will ...  

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8:

INI Senjata,Paksa Najib Turun Dari PM? 

DIRAMALKAN, inilah senjata atau kunci rahsia yang boleh memaksa Najib turun dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.

Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa. Sebagai makluman,  ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini.

Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah. Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja  menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang telah dimulakannya. Bahkan akan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru lebih menarik lagi, yang mungkin itu menjadi kunci azimat  rahsia peluru kekuatan tembakannya.

Ramai yang mula meneka-neka ketika ini mengenai hubungan Tun Mahathir dengan Sirul, termasuk tindakannya melarikan diri ke Australia yang dilihat semata-mata untuk mengelakkan hukuman mati keatasnya. Tidak disangkal juga bahawa apabila Tun Mahathir mengatakan Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika bertugas dengannya, ia adalah isyarat paling jelas bahawa anggota polis itu melakukannya semata-mata kerana menurut arahan.

Siapa yang memberi arahan itulah yang perlu disiasat? Jika Sirul menerima arahan daripada ketuanya, siapa pula yang memberi arahan kepada ketuanya itu? Tidak syak lagi pendedahan Tun Mahathir bahawa Sirul pernah bekerja dengannya adalah sesuatu yang dikatakan tambah memeningkan lagi kepala Najib ketika ini.

Tambahan lagi dengan ayat maut yang dilontarkannya, "Dia tak bunuh sesiapa pun ketika bertugas dengan saya".

Persoalannya kini ialah apakah Tun Mahathir mempunyai lebih banyak maklumat mengenai Sirul?  Apakah selepas ini maklumat itu akan didedahkan satu persatu untuk menekan Najib? Selain isu 1MDB yang digembar-gemburkan, apakah isu Sirul ini sebenarnya yang lebih dulu membuatkan Najib makin terhenyak kebingungan, ditembak oleh peluru kental Tun Mahathir itu.

Lalu akhirnya Najib meletak jawatan?  (IH)

Bersambung.

IS Kuasai Kem Pelarian Yarmuk, Syria.

GAMBAR fail bertarikh 4 April 2015 ini menunjukkan dua orang kanak-kanak menolak motosikal beroda tiga di sebuah jalan di kem pelarian Yarmuk, Damsyik. - AFP

DAMSYIK, Syria – Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem Yarmuk di sini yang dikepung tentera kerajaan dan sebahagian besarnya telah dikuasai pejuang militan, kata seorang pegawai pembangkang kelmarin.

Kem yang terletak di Damsyik itu kini hampir sepenuhnya berada dalam kawalan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan cawangan tempatan Al-Qaeda, Al-Nusra Front, kata kumpulan pemantau. Agensi Pemulihan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) mengeluarkan rayuan kecemasan bagi meminta akses kemanusiaan ke kawasan tersebut.

Pada Rabu lalu, militan IS bertindak menyerang kem berkenaan yang terletak hanya tujuh kilometer dari tengah Damsyik. Mereka kemudian telah ditentang oleh tentera Palestin di Yarmuk, tetapi telah berjaya menguasai 90 peratus daripada kawasan yang luas itu.

"Penduduk di dalam kem berkenaan seolah-olah berada di antara ‘syaitan dan laut biru dalam’.
"Kem ini dikelilingi oleh tentera rejim dan di dalamnya pula terdapat militan IS yang telah menguasai hampir sepenuhnya kawasan ini," kata Ayman Abu Hashem yang mengetuai jawatankuasa kerajaan pembangkang sementara Syria ke atas pelarian Palestin.

Abu Hashem berkata, pasukan tentera Palestin dari kumpulan Aknaf Beit al-Maqdis yang setia kepada gerakan Hamas telah berkesan dikepung oleh militan. Tambahnya, kebimbangan bahawa IS akan membalas dendam di kem itu sangat tinggi kerana ahli kumpulan militan berkenaan pernah diusir oleh penduduk dan pejuang tahun lepas.

Badan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, kumpulan militan kini menguasai 90 peratus Yarmuk yang dahulu pernah menjadi rumah kepada 160,000 pelarian Palestin dan Syria.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh sejak pertempuran di kem tersebut yang terdiri daripada enam penduduk awam dan 12 militan. – AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails