Wednesday, April 08, 2015

Lelaki Keluarkan Alat Sulit. LRT B/Tasik Selatan, Sila Ambil Perhatian..


MUSLIMAH itu mengadu, 

"Ya Allah, Subhanallah.. Dugaan teruk pagi-pagi ini. Dahlah menghadap ‘jem’, lepas itu berlari naik tren berhimpit-himpit.

Dugaannya adalah, nampak mamat baju purple tu? Kami berhimpit-himpit dalam tren. Himpit yang teramat rapat. Tangan dia dekat sangat dengan badan aku. Tiba-tiba aku rasa lain. Aku tengok, tangan dia dah sentuh badan aku. Lepas itu aku cuba mengelaklah. 

Selepas itu aku teruskan main handphone. Kita main handphone confirm pandang bawah kan? Apa yang aku nampak, dia keluarkan alat sulit dia dari zip seluar. Siap ramas-ramas. Aku tergamam. Tak boleh nak menjerit atau nak marah. Agak terkejut.

Nasib tinggal satu stesen je lagi. Dalam keadaan mengigil dan menangis, aku pergi ke monorail Hang Tuah. Dia pun ada, tetapi dia kat depan. Itu yang aku sempat nak rakam gambar dia.

Dengan serta merta aku lambat pergi kursus hari ini." Katanya. 

Ianya sebuah pengaduan dari rakyat, yang perlu diambil berat oleh pihak berwajib atau  kerajaan. Termasuk pihak LRT Bandar Tasik Selatan. Muslimat itu menasihati kepada kaum perempuan..

"Please kaum Hawa, make sure depan belakang kiri kanan awak adalah perempuan. Apa nama tu? Ladies Coach? Tak ingat pula. Dalam keadaan kejar masa nak pergi kerja, korang sempat ke nak pilih pintu mana yang korang nak masuk? Tak akan.

So please, aku tak pakai seksi pun. Aku pakai baju kurung, baju nak pergi kerja pun kena juga. Aku tak tahu sama ada lelaki itu warga asing atau tempatan. Sumpah aku fobia, trauma rasanya. Aku cuma mampu menangis di tepi tren ini.

Aku tak paksa untuk percaya, aku kaum Hawa, aku sayang kaum aku. 

Lokasi: LRT dari Bandar Tasik Selatan.
Masa: 8.30 pagi
Tarikh: 6.4.2015 " Tulisnya. 

Komen Blog kitabantai.info: Semua tren yang ada sekarang haruslah mencontohi tindakan yang dilakukan oleh Komuter KTM dengan mewujudkan gerabak khas untuk wanita kerana ia sudah pasti berkesan mencegah kejadian ganguan seksual seperti ini.  

Sekilas Pandangan Dari Weblog Ibnu Hasyim: Keajaan Islam wajib menjaga dan melindungi wanita rakyatnya. Yang penting warga tanggungannya walau apa agama sekalipun.. Mari kita lihat sejarah.

Zaman Pemerintahan Al-Mu'tasim

Mari kita lihat dalam sejarah Islam, semasa zaman gemilangnya di bawah pemerintahan khalifah Al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah yang memerintah pada 833 hingga 842 Masehi. Sila rujuk kitab 'Al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir, terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, di bawah judul 'Penaklukan kota Ammuriah'.

Dilaporkan, seorang Muslimah rakyatnya dari keturunan Bani Hashim sedang membeli-belah di sebuah pasar dalam kawasan negeri di bawah kekuasaan Romawi yang bukan di bawah pemerintahan Al-Muktasim, di utara benua Asia. Atau tepatnya di kota Ammuriah, dalam negara Turki hari ini.

Semasa sedang berjalan itulah, Muslimah tersebut diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya. Lantas secara spontan wanita itu menjerit..

"Wa Mu'tashamah!!" Ertinya, 'Dimana kau Mu'tasim'. Dia menyeru kepada Khalifah atau kerajaannya, yakni kerajaan Islam pada masa itu. ... "Tolonglah Aku".

Takdir Allah SWT, teriakan Muslimah tersebut akhirnya sampai ke telinga Khalifah al-Mu'tasim. Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah, sedang memegang gelas untuk minum. Didengarnya berita seorang Muslimah dilecehkan auratnya oleh tentera Romawi.

Khalifah itupun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana Muslimah tersebut menjerit meminta tolong. Puluhan ribu tentera pun dikerah mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga hujungnya mencapai kota Ammuriah.

Pembelaan kepada Muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Catatan sejarah menyatakan, ribuan tentera Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi.

Bayangkan, hanya kerana seorang wanita rakyat di bawah naungannya,yang dilecehkan rakyat Romawi dan menjerit minta tolong 'Wahai Mu'tasim" maka Khalifah tersebut tersentuh hatinya dan terbakar ghiroh tanggungjawab kepimpinan Islamnya sehingga dilancarkanlah serangan penaklukan ke Ammuriah. Akhirnya, wanita itu dapat dibebaskan. Allahu Akbar!

Zaman Nabi.

Begitu juga yang berkaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Masa itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana dan terus membunuh orang Yahudi itu sebagai balasan.

Lalu orang-orang Yahudi membalas balik dengan membunuh lelaki Muslim itu. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW, mengirimkan pasukan melawan mereka. 

Setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir keluar dari Madinah. Ertinya kerajaan Islam melindungi maruah dan sensitifiti rakyatnya. Subhanallah!

Khalifah Umar bin Abdul-Aziz 

Di masa Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula, beliau pernah mengirim surat kepada para tahanan perang, orang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka:
  • "Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberikan lebih banyak untuk keluarga kamu. Dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu.  Dan andainya bukan kerana aku takut diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, tentu aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi bersukacitalah! Assalamu Alaikum. "
Begitulah cara melindungi wanita supaya tidak diganggui atau dihina oleh musuh-musuh Allah SWT. 

Dalam kes di LRT Bandar Tasik Selatan ini, fikir-fikirlah!(IH)

2 comments:

dekdaa said...

Ya Allah ngerinya.. ada juga la makhluk flasher ni kat Malaysia buat kat public camtu.. dah terdesak sgt gamaknya!

-pengalaman kita terjumpa flasher kat stesen train di India, mula2 borak beramah mesra dgn kitorg, last2 dia kuarkan dia punya barang..... dah tua dah pun.. eiii yekkk-

Anonymous said...

Barangkali yang buat tu puak dari benia India jugak kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails