Sunday, April 05, 2015

Inikah Lelaki Sejati? Syaitan!


HALAMAN HIBURAN 
MENURUT media di Malaysia, “Tarian ballroom mendidik lelaki mengenai jati dan maruah diri di samping mengajar mereka untuk bergaul bersama wanita dengan penuh kehormatan.”

Begitulah kata-kata seorang legenda tarian ballroom yang merupakan tenaga pengajar dan penari, Pierre Dulaine. Dulaine juga terkenal dengan kaedah mengajar golongan muda menari ballroom bagi mereka yang tidak berkemampuan.

Menarik lagi beritanya, orang itu, anak kelahiran Palestin yang kini menetap di New York, Amerika Syarikat itu telah menceburkan diri dalam dunia tarian ballroom sejak berumur 14 tahun. Pada tahun 1994, Dulaine telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Dancing Classrooms dan Dulaine Method untuk mengajar kanak-kanak di seluruh dunia mengenai dunia tarian.

Inspirasi kehidupan Dulaine mengajar kanak-kanak telah mendapat perhatian penerbit filem dengan terhasilnya filem berjudul Take The Lead yang dibintangi oleh pelakon terkenal Antonio Banderas.
Filem yang kononnya berdasarkan cerita sebenar kehidupan Dulaine telah memaparkan kesungguhannya mengajar kanak-kanak nakal yang bermasalah di samping menukar gaya hidup gengster mereka kepada kehidupan normal dan teratur.

“Bukan setakat mengajar mengenai kehormatan bahkan tarian ini juga membina semangat dan keyakinan dalam diri saya,” ujar penari ballroom muda, Muhammad Daniel Mohammed, 15.

Tujuan sebenar Muhammad Daniel menceburkan diri dalam bidang tarian tersebut adalah untuk menguruskan badan.

“Saya kerap berasa tidak bermaya dan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah kerana berbadan gempal,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini sambil menunjukkan gambarnya sebelum menyertai tarian itu.

Penari lelaki perlu menjadi pemimpin dalam semua aspek tarian di samping berkomunikasi bersama pasangan masing-masing.

Begitu kira-kira rupanya cara mendidik lelaki mengenai jati dan maruah diri..  Ingin menjadikan seperti lelaki yang lari dari mempertahankan negaranya Palestin dijajah musuh-musuh Islam, kepada dunia tarian.

Apakah begini pembentukan remaja Malaysia yang akan jadi pemimpin di masa mendatang? Apa begitukah sifat lelaki sejati yang ditonjolkan ditengah-tengah kepimpinan masyarakat orang Islam? Syaitan!!

Sekatlah penyebaran racun budaya perosak ini dari sekarang.. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

2 comments:

Unknown said...

Inilah budaya yg elegan yang diterapkan oleh gulungan VVIP di Malaysia........ia lebih moden dan dll maju, tidak kolot........VVIP Kebudayaan Belia pasti suka......ini lah citarasanya........belia di Malaysia mesti mencontohi budaya spt ini........ia meningkatkan jati diri di kalangan remaja......tak caya tanya Nazri

Anonymous said...

Akhir zaman... Bumi akan hancur kerana tangan manusia yang tertipu dengan fitnah akhir zaman yakni fitnak Dajjal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails