 
 
Tabiat meminum 'teh o ais' dikatakan boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Foto oleh na5wa.com 
KESIHATAN
KL: Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami 
kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar 
minum 'teh o ais' yang keterlaluan. Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.
Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak 
kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan 
masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu 
menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram 
sehari.
Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun 
lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian 
kristal kalsium oksalat.
"Ia adalah penjelasan yang munasabah," kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.
Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai 
kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine 
pada Khamis. Oksalat 
turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam,
 coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang 
ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam 
sehari. 
Lapor Astroawani hari ini. (IH) 
 
 

No comments:
Post a Comment