Saturday, October 12, 2013

Perlaksanaan Islam Tidak Halang Kerjasama PAS-PR -Abd Hadi


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak menghalang kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat termasuk rakan bukan Islam kerana mereka tidak terlibat dengan undang-undang tersebut sebaliknya mereka harus melihat undang-undang itu dilaksanakan terlebih dahulu.

Katanya, PAS menyatakan dasarnya secara terbuka manakala DAP turut menyatakan perjuangannya secara terbuka dengan berdialog maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa menghalang dalam perkara yang berbeza.

Beliau turut menegaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam kuasa politik  merupakan syarat utama untuk menggubal undang-undang dalam perlembagaan negara.

Katanya, undang-undang merupakan salah satu rukun dalam negara mengikut kaedah politik dan undang undang sebuah negara tidak boleh diikhtiraf  kecuali mempunyai lima syarat.

"Sebuah negara mesti mempunyai pemimpin iaitu kerajaan yang memerintah, negeri atau negara, rakyat, ada perlembagaan dan kedaulatan sebuah negara mesti bebas sepenuhnya," katanya dalam ucaptama `56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia', di Unisel, Shah Alam.

Beliau menegaskan sebab itu negeri Kelantan, Terengganu ketika memerintah bahkan Selangor mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk melaksanakan undang-undang Islam. Menurut beliau, penjajah telah meminggirkan undang-undang Islam setelah mereka gagal untuk memurtadkan penduduk supaya meninggalkan ajaran Islam kerana melaksanakan konsep sekularisma memisahkan agama dengan urusan dunia.

Undang-undang Islam itu katanya telah dipinggirkan secara halus dengan cara mewujudkan Jabatan Agama Islam sedangkan Islam itu lebih besar dan tidak perlu berada di bawah satu jabatan.

"Mengapa Islam ada pejabat seperti pejabat haiwan, pejabat hutan dan bermacam-macam pejabat lagi. Islam ditadbirkan bukan Islam dikongkong," tegasnya.

Beliau berkata, undang-undang Islam bukan sekadar undang-undang keluarga, pusaka serta berkait dengan wakaf bahkan undang-undang keluarga tidak boleh diasingkan daripada undang-undang lain.  Mengulas tentang Suruhanjaya Reid katanya, PAS bersama NGO Islam pernah menghantar memorandum mendesak supaya Islam diletakkan dalam pelembagaan kerana umat Islam merupakan majoriti besar selepas kemerdekaan.

Katanya, tekanan itu menyebabkan Suruhanjaya Reid meletakkan Perlembagaan Fasa 3 Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan. Menurut beliau, selepas 56 tahun negara mencapai kemerdekaan pemikiran pimpinan negara masih jumud kerana mereka tidak mengikut ajaran Islam.

PAS mendesak supaya syariat Islam yang sempurna dilaksanakan secara umum malangnya ada kalangan yang menentang kerana menganggap syariat Islam lemah sehingga mereka menghentam undang-undang Islam, katanya.  Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengimbas sejarah PAS menyertai kerajaan campuran pada tahun 1970-an yang tegas dengan pendirian sehingga menegaskan majlis tari menari bercampur lelaki dan perempuan.

"PAS membantah minuman arak dihidangkan dalam jamuan negara menuntut laungan azan di radio dan TV di adakan," katanya.

Begitu juga tambah beliau, iklan arak dan judi dihapuskan dalam media kerajaan dan PAS minta supaya ada hak untuk menyebarkan kefahaman Islam di Kementerian. (Hrkh)

Jual Dara Di Colombia, M'sia Jadi Begini Kalau...

Ini bukan jual dara, tapi klik..Ramas Payudara Untuk HIV.. Kerja UMNO 

Jual dara berleluasa di Medellin

Medellin: Kumpulan samseng Colombia dilapor memerangkap kanak-kanak perempuan semuda 10 tahun untuk perdagangan yang menyaksikan dara dilelong kepada tauke dadah dan pelacur asing.
Kanak-kanak berkenaan dipilih dari kalangan keluarga yang mendiami kawasan setinggan atau ‘komunas’ untuk diserahkan kepada kumpulan penjenayah dengan dijanjikan pakaian cantik, kokain dan bantuan kewangan untuk keluarga.

Tetapi sebaik mereka memasuki kehidupan kumpulan berkenaan, mereka dijaga seperti barangan yang amat berharga dan diancam bunuh jika enggan bekerjasama.
Di Medellin, tempat asal tauke dadah, Pablos Escobar, yang permintaan terhadap dara gadis belasan tahun begitu terkenal, tradisi menawarkan kanak-kanak perempuan kepada tauke dadah bukan sesuatu yang luar biasa.

Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Luis Pardo berkata, gadis muda berkenaan diserahkan satu ketua dadah kepada ketua dadah yang lain dan akhirnya mereka menjadi pelacur.

Pihak berkuasa Colombia berkata, mereka tidak mampu untuk campur tangan kerana pengaruh kumpulan penjenayah berkenaan begitu kuat hingga mereka mengenakan cukai sesuka hati untuk menyelesaikan pertelingkahan antara jiran.
Pegawai juga mendakwa sukar untuk menyiasat kerana sebahagian besar mangsa menyertai perdagangan berkenaan atas kehendak sendiri.

Namun, kebanyakan sukarelawan yang bekerja untuk membantu mangsa berkata, kerajaan tidak menangani masalah itu secara serius. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia boleh jadi begini, kalau sekiranya masalah 'keganasan along' pun tak boleh selesai. Masalah GRO, pusat hiburan haram, rasuah masih belum tertangkap jerung-jerung besar (?) dan segala macam maksiat lagi..

Lihat  Senarai kes tembak sepanjang tahun ini, antaranya..

baca lagi & lagi senarai, klik TAJUK ENTRI ni
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465
Kes Tembak Terbaru :-

Lihat sebelum ini..

Aeril Zafrel-Wawa Zainal Nikah 2x. Haram Hukumnya Jika...


Aeril Zafrel
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerangkan status mereka berdua pada sidang media. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

HALAMAN HIBURAN
Ustaz Azhar Idrus, klik jawapannya..
SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.

Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam. Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.

"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama.
"Bila Wawa disahkan hamil pada Disember lalu, kami dinasihatkan untuk berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.
"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di restoran Western 114, Neo Damansara.

Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu. Dalam sidang media itu, Aeril dan Wawa diasak pelbagai soalan daripada media secara 'keras' kerana tindakan mereka yang sering menafikan hubungan tersebut.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, mereka menyembunyikan perkahwinan itu adalah kerana menghormati pendirian pemilik Metrowealth, Mejar K David Teo, yang tidak menyenangi hubungan itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa hukum nikah 2X seperti itu dalam Islam, bukan dari sudut  perundangan negara?
Video: Hukum Nikah Dua Kali - Ustaz Azhar Idrus

Siapa Perancang 13 Mei 69? -Pembongkar Dato' Tamrin Ghaffar Baba

Video: Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar

Video: Tunku Abdul Rahman UMNO Mahathir Khianati Saya 

Pak Lah Kesal Kenyataan Tun Mahathir dan Muhyiddin

Friday, October 11, 2013

Zello Suara Rakyat, Saluran Komunikasi Interaktif

 KUALA LUMPUR: Setelah beroperasi hampir dua tahun, Suara Rakyat.fm, radio internet yang membawa suara alternatif rakyat berhasrat melebarkan capaian aplikasi 'walkie talkie' internetnya, Zello Suara Rakyat.

Menurut Ketua Penyelaras Suara Rakyat.fm, Ripin Samat, jaluran Zello Suara Rakyat yang ditubuhkan pada 7 Oktober tahun lalu berhasrat menjadi gelanggang kepada rakyat untuk berhujah dalam hal politik, agama dan isu semasa secara berhemah, berhikmah, berilmu dan berfakta tanpa mengira fahaman politik.

"Jaluran ini adalah satu peralatan seakan-akan walkie talkie yang berkonsepkan 'perbualan langsung ' melalui internet. Jaluran Zello Suara Rakyat ini muncul dalam musim pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu dalam menyampaikan maklumat-maklumat  berkaitan perkembangan politik semasa tanah air.

"Jaluran ini juga diharap menjadi pemangkin kepada berita-berita yang benar dan telus dari sumber-sumber yang sah dan berwibawa," kata Ripin.

Menurut Ripin, jaluran Zello menggunakan aplikasi Android dan boleh diikuti melalui komputer di seluruh dunia.

Ia boleh dimuat turun di www.zello.com dengan membuat carian “Suara Rakyat” dan tagline “Suara Rakyat Suara Keramat”.

Ripin berkata, berita yang disampaikan jaluran Zello Suara Rakyat berkisar tentang isu politik, agama dan  isu semasa .

Tambahnya, jumlah pengguna aplikasi ini telah mencecah hampir 13,000 dan jaluran Zello Suara Rakyat mengalami limpahan pengguna pada malam kiraan undi keputusan PRU13 sehingga mencapai had maksimum 300 pengguna pada satu-satu masa.

"Ini bermakna jaluran Zello Suara Rakyat telah menjadi pilihan utama dalam menyampaikan dan menerima maklumat yang benar oleh rakyat.  Jaluran Zello Suara Rakyat bukan saja menjadi medium untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan malah menjadi wadah untuk menguatkan ukhwah sesama user," katanya.

Beliau menambah, pengguna Zello Suara Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur termasuk para pemimpin utama Pakatan Rakyat yang telah bersuara secara langsung.

" Juga tidak ketinggalan segelintir pemimpin BN pernah bersuara di dalam jaluran ini untuk menyampaikan agenda parti," katanya.

Jaluran Zello Suara Rakyat juga, jelas Ripin sering membuat lintas langsung di majlis-majlis utama pakatan Rakyat dan melapor pelbagai peristiwa yang menggemparkan negara seperti perhimpunan Bersih 3.0.

Menurut Ripin (gambar), pengguna jaluran Zello Suara Rakyat boleh berinteraksi dan berkongsi maklumat melalui laman facebook di alamat  www.facebook.com/radiosuararakyatFM?ref=hl

"Siaran di jaluran Zello Suara Rakyat ini berkumandang setiap hari selama 24 jam tanpa henti selagi ada pengguna  yang setia berinteraksi sesama sendiri.

"Perbincangan semakin memuncak bermula jam 9 malam hingga ke jam 1 pagi setiap hari. Para pembaca dialu-alukan untuk memberikan maklumat dan pandangan bagi dikongsi bersama di dalam jaluran Zello Suara Rakyat," pelawa Ripin. (Hrkh)

Kreatif, Granat Pembunuh Rakyat Palestin, Jadi Taman Bunga.

JOM KREATIF

  Video: Warga Palestin Ubah Granat jadi Pot Bunga 

Warga Palestin di Desa Bilin mengubah bekas granat gas pemedih mata (air mata) Israel, menjadi pot tanaman bunga. 

 Penanaman bungan dilakukan untuk menghormati warga Palestin yang terbunuh dalam aksi protes menentang keberadaan pagar pembatas Israel di Tepi Barat.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Bahasa Cina, S/Times S'pura Takjub 'Negeri Melayu'' K'tan..

Komentar | Timmy Say, 11 Okt 2013  
KOTA BHARU: Di “Negeri Melayu” Kelantan (kata-kata yang digunakan Straits Times Singapura dalam lawatannya ke sana), ada satu budaya menakjubkan di kalangan orang Islam iaitu kecintaan mereka terhadap Bahasa Cina.

“Terdapat satu pepatah masyhur dalam Islam, "Timbalah ilmu sehingga ke negeri Cina".  Itulah Melayu-Islam di Kelantan, secara tepat, sedang melakukannya,” tulis Straits Times dalam satu laporan.

Akhbar popular itu turut mendapati nisbah orang Melayu di Kelantan yang mempelajari bahasa Cina jauh lebih tinggi daripada negeri lain. Antara faktor yang membangkitkan fenomena luar biasa ini adalah galakan yang diberikan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada generasi muda untuk mempelajari Bahasa Cina.

Bahkan, lima orang cucu Tuan Guru belajar di sekolah Cina. Bukan sekadar itu, Tuan Guru Nik Aziz juga memastikan sekolah diberi peruntukan untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin.

Pada tahun 2009, kerajaan negeri telah membiayai tiga graduan Melayu-Islam daripada maktab pendidikan ke Guangzhou, China untuk belajar bahasa Mandarin dan menggaji beberapa guru dari China untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin di Kelantan.

Salah seorang daripadanya ialah Wang Yin Kang, seorang Cina-Muslim daripada Yunnan, yang telah menghabiskan 18 tahun di Kelantan setelah mendapat diploma dalam pengajian Arab. Pada umur 51, beliau mengajar bahasa Mandarin kepada 160 pelajar seminggu.

Bercakap kepada  Straits Times, Wang mengakui terkejut pada awalnya apabila pelajar Melayu sudi mengambil kelas Mandarin.
“Tidak lama selepas itu saya menyedari bahawa mereka percaya ini (mempelajari bahasa mandarin) membantu mereka mencari pekerjaan, terutamanya apabila China adalah negara yang cepat membangun dan melabur di mana-mana,” katanya.

Kelas Mandarin ditawarkan di semua sekolah dibiayai kerajaan negeri (enam kesemuanya), dan salah satunya adalah Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiyah. Sebahagian pelajar Wang merupakah ahli kelab Bahasa Cina, di mana mereka juga menceburi bidang drama yang menggunakan bahasa Mandarin.

Jumlah pelajar Melayu di sekolah Cina sama ada rendah dan menengah di Kelantan berada pada paras 20 sehingga 50 peratus, jauh lebih tinggi daripada paras nasional yang puratanya 10 peratus. Salah satu sekolah rendah Cina di Rantau Panjang mempunyai dua pertiga pelajar Melayu.

Penyelidik Heng Buai Chin berkata, budaya menakjubkan itu semuanya hasil daripada pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz yang menggalakkan orang Melayu untuk memasuki sekolah Cina. Langkah itu katanya telah menggalakkan integrasi antara pelajar berbilang kaum. Beliau mendapati pelajar Melayu-Islam di sekolah Cina adalah lebih terbuka menerima budaya Cina seperti menonton filem Cina, mengira dan berfikir dalam bahasa Cina.

“Saya tidak dilayan asing oleh pelajar mahupun sekolah dan saya selalu bersemangat untuk cemerlang dalam pelajaran,” kata Wan Ashikin Islam, seorang pelajar Tingkatan 5 di salah sebuah sekolah Cina.

Pelajar berumur 16 tahun bercita-cita menjadi penulis novel satu hari nanti, bukan di dalam bahasa ibundanya - bahasa Melayu, tetapi bahasa Mandarin.(Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS yang memerintah Kelantan telah membuktikan Islam untuk semua, bukan parti perkauman macam UMNO.

Baju Besi Inovatif Dari Filem Hollywood 'Iron Man'

   
Iron Man 3 - Big Game Commercial Official Marvel UK | HD

HALAMAN HIBURAN

KAMU pernah menonton filem 'Iron Man'?
Kalau pernah, tentu ingat baju besi yang dipakai Tony Strak, pahlawan super fiktif dari Marvel. Nah, tentera Amerika Syqrikat sedang mengembangkan baju besi yang dinilai akan memberi pasukan kekuatan super laiknya Iron Man.

Seragam itu memungkinkan tentara membawa beban berat. Operator seragam, Talos akan memiliki struktur baju besi tetapi juga memiliki lapisan yang dilengkapi dengan sensor. Seragam itu akan memiliki jaringan luas dan komputer yang dapat dipakai seperti Google Glass. Bahan itu dilengkapi sensor untuk memantau suhu tubuh, denyut jantung, dan tingkat hidrasi. Rangka yang dapat melekat pada lengan dan kaki akan menggunakan hidrolik untuk meningkatkan kekuatan.

"Syarat seragam itu adalah sistem komprehensif dalam seragam tempur dimana kami membawa rangka dengan baju besi inovatif, monitor kekuatan, monitor kesihatan, dan mengintegrasikan senjata di dalamnya, "

Ujar penasehat sains di penelitian Tentara AS, Karl Borjes, yang bukan cerita di dalam filem tersebut.

Dalam wawancara, profesor MIT yang memproduksi komponen seragam tersebut, Gareth McKinley membandingkan baju besi tentera AS dengan filem Hollywood 'Iron Man'. "Itu persis seperti Iron Man," ujarnya seraya mengatakan seragam itu ditarget akan selesai dalam tiga tahun.

Video: Iron Man 3 -- Official Trailer UK Marvel | HD 

"PAS Pertahan Sungai Limau, Walau..." -Kajian Politweet




BADAN pengkaji politik atas talian, PoliTweet.org meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, walaupun kajian terbaru mendapati sokongan kepada pembangkang menurun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Kajian terkini oleh badan itu mendapati sokongan kepada PR menurun khususnya di kalangan pengundi berusia dalam lingkungan 21 ke 64 tahun, terutama mereka yang berusia antara 25 ke 50 tahun.

"Kami mendapati sokongan kepada PR menurun kepada 6.5% iaitu daripada 63% kepada 57%.
"Bagaimanapun, PR berkemungkinan mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil kali ini," kata PoliTweet dalam laporan hari ini.

Dalam laporan itu, PoliTweet juga mendedahkan pengundi atas pagar dan "condong kepada Barisan Nasional (BN)" semakin meningkat, berbanding kepada PR pada PRU13 lalu.

"Sokongan purata kepada PR bagi setiap pengundi menurun dengan jumlah sekitar 2.86%.
"Sokongan wanita turun 2.83% manakala lelaki menurun kepada 2.89%," kata laporan itu.

Bagaimanapun, PoliTweet berkata, jumlah penurunan sokongan 19, 202 pengundi (70.38%) tersebut masih kecil untuk diambil kira sebagai faktor utama bagi membantu BN memenangi pilihan raya di Sungai Limau.
"Namun, penurunan ini masih kecil untuk memberi kesan kepada keputusan kerana sokongan purata daripada pengundi adalah 57%.

"Majoriti yang turun antara 1 ke 7% sahaja, bermakna kebanyakan penyokong bertukar sama ada menjadi pengundi atas pagar atau kekal menyokong parti pilihan mereka," katanya.

Kaedah yang digunakan oleh PoliTweet bagi kajian yang dijalankan sama seperti yang digunakan semasa PRU13 lalu iaitu dengan memadankan keputusan saluran pusat mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12).

Bagi kajian di Sungai Limau, badan pengkaji tersebut membuat perbandingan kiraan dengan menggunakan keputusan saluran pusat mengundi semasa PRU13 untuk memperoleh anggaran ramalan.
PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Dalam pilihan raya lalu, PAS dan Pakatan Rakyat Kedah kehilangan negeri Kedah apabila hanya berjaya mendapat 16 kerusi manakala BN memperoleh 20 kerusi DUN. Azizan memperolehi 13,294 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan.

Jika PAS kalah kerusi Sungai Limau kali ini, ia bukan sahaja kehilangan kerusi tetapi kehilangan harga dirinya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu. – 10 Oktober, 2013.(TMI)

Lihat sebelum ini..

Tolak TPPA, Fikir Tindakan Seterusnya -Husam Musa

KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak harus berakhir dengan himpunan di KLCC hari ini sahaja. Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, semua pihak harus berfikir mengenai tindakan seterusnya bagi memastikan Malaysia menolak TPPA yang akan menjejaskan kedaulatan negara.

"PAs menyokong sepenuhnya usaha anak muda yang menggerakkan himpunan untuk membantah TPPA dan PAS minta semua ahli turun ke himpunan esok
"Tapi langkah kita tak harus berhenti esok. Saya tak suka buat sesuatu benda di mana ia tak siap, tak sempurna.
"Kita hanya bantah kemudian ia (TPPA) berjalan. kita kena berfikir secara kreatif, di luar kotak bagaimana nak tamatkan apa yang kita tak kehendaki. Kalau hanya bantah tapi tak ada keputusan yang konkrit pun tak guna," katanya sewaktu berucap di Pentas Perdana Anti TPPA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Pentas malam tadi merupakan acara kemuncak kepada siri jelajah Bantah TPPA ke seluruh negara yang bermula 19 September lalu sebelum himpunan besar-besaran jam 2 petang ini di KLCC.

SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengadakan siri jelajah tersebut bagi memberikan penerangan kepada rayat berhubung bahaya TPPA kepada kedaulatan negara.

Husam juga menegaskan, Islam menggalakkan perdagangan kerana perdagangan menghasilkan kemakmuran dan keharmonian kepada negara.. Namun katanya, perundingan dalam TPPA tidak seimbang dan akan mengongkong negara yang sedang membangun.

"Perdagangan itu syaratnya bebas dan menghasilkan kemakmuran bersama. Yang kita bincang hari ini kongkongan perdagangan bebas walaupun namanya bebas.
"Bagaimana kongkongan iu berlaku iaitu dalam pertandingan yang tidak seimbang di mana syarikat gergasi dunia akan menguasi perdaganan dan menghimpit pedagang kecil yang tidak mampu bersaing.
"Dengan cara ini rakyat sesuatu negara akan jadi lebih miski. Bila rakyat miskin negara juga akan miskin. Bila miskin negara akan lemah mereka tidak ada hak untuk demand," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau menolak TPPA tetapi dalam masa yang sama tidak mahu pemimpin negara menguasi ekonomi negara melalui kroni mereka.

"Saya menentang TPPA atas prinsip keadilan kepada rakyat. Saya tak menentang TPPA supaya Amerika tak kuasai ekonomi supaya anak-anak saya boleh kuasai minyak.
"Kita menentang kerana rundingan TPPA ini sudah menunjukkan ketidakadilan," tegasnya.

Pentas malam tadi turut menampilkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, R Sivarasa (Subang), Tian Chua (Batu), Ketua Penerangan Dewan MUslimat PAS Pusat Aiman Athirah Al Jundi, wakil Ikram Syed Ibrahim Syed Noh, aktivis Hishamuddin Rais serta aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim. (Hrkh)

Kencing Syaitan Patut Diiklan 'Haram'nya Setanding Rokok & Dadah.


Khairi Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno ) bersama arak?

SEBUAH kajian dan penelitian yang dilakukan di Loyola University Medical Center di Amerika Syarikat menyebutkan bahawa alkohol akan membuatkan zat yang membentuk tulang kurang termineralisasi sehingga tulang pun menjadi lemah dan mengalami gangguan pembentukan.

Hasil penelitian itu  juga menyebutkan bahawa alkohol akan menghasilkan bahan kimia iaitu radikal bebas. Radikal bebas ini apabila dibiarkan menumpuk akan merusak fungsi sel normal sehingga mengganggu pertumbuhan tulang seperti dikutip dari dari foxnews.

Selain itu alkohol juga akan menyerang osteopontin. Osteopontin bersamaan dengan protein lain yang disebut dengan SDF-1 berfungsi untuk membentuk sel-sel induk menjadi sel-sel tulang. Apabila osteopontin rusak, maka tulang pun akan terganggu.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Diriwayatkan dari Abu Darda’ r.a, Rasulullah bersabda, ‘Jangan kamu minum khamr sebab khamr adalah kunci dari segala keburukan,” (Shahih, HR Ibnu Majah [3371]). Khamar, arak atau alkohol juga disebut air kencing syaitan. Sepatutnya 'kencing syaitan' inilah yang patut diiklankan pengharamannya melebihi atau sekurang-kurangnya menyamai iklan pengharaman rokok. Atau seiring dengan pengharaman, rokok, arak dan dadah di Malaysia.

Kedudukan Malaysia kini di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia, disifatkan sebagai "kejayaan gelap" pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini.


Tengku Abdul Rahman melawat ke kilang arak


Hisyamuddin Hussin Onn.. Minum arak bersama sahabat handai?

 
Anak angkat Dr Mahathir tengah sendawa arak tu?


Pak lah masa muda bersama botol kicap..


Pak lah minum teh?


Najib minum sirap.?


air apa tu najib?


Anak mahathir,, bapak arak...


Allahu 'aklam!

Kelab Seks Warga Emas. Wajarkah Wujud Di M'sia?


JOM KREATIF

Tokyo: Sekali pandang, ahli kelab ‘Three Loves’ akan berkumpul setiap petang untuk menghabiskan masa minum teh. Tetapi realitinya, kegiatan itu turut membabitkan seks antara ahli kelab yang separuh daripadanya berusia lebih 80 tahun.

Polis di Tokyo semalam menahan seorang lelaki berumur 70 tahun kerana melanggar undang-undang pelacuran dengan tuduhan mengatur seks antara kira-kira 1,000 lelaki dan 350 wanita sebagai balasan memperoleh komisyen.

Kiyohide Kuroda dan kelab tehnya melanggar undang-undang pelacuran Jepun, kata pegawai. Dia dituduh mengatur kegiatan seks di kalangan warga emas menerusi iklan di akhbar yang mencadangkan mereka mungkin dapat menghilangkan kebosanan dengan bertemu rakan minum teh yang lain di kelab miliknya, San Ai, atau Cinta Tiga.

Lelaki tertua yang menjadi anggota kelab itu berusia 88 tahun sementara wanitanya, 82 tahun dan majoriti ahlinya berusia pertengahan 60-an. Hanya mereka yang terpilih saja boleh menganggotai kelab itu. tetapi ia dihadkan kepada mereka yang lebih 40 tahun dan perniagaan yang dijalankan sejak 10 tahun lalu membolehkan Kuroda memperoleh komisyen lebih RM1 juta. - Agensi

Komen Weblig Ibnu Hasyim: Memang wajar diwujudkan kelab unruk warga emas di Malaysia. Sekurang-kurangnya untuk merangka kegiatan amal warga emas menjelang akhir hayat, dari sudut agama masing-masing. Juga sebagai sebuah kegiatan dakwah ke arah makruf untuk manusia tidak kira agama, bukan seks semata-mata.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Video:  Si Tua Gila Seks - Ubatvitiligo.com 

Thursday, October 10, 2013

Konflik P/Putrajaya: Dari Sudut 'P'bagaan PAS -Zulhazmi Shariff




Semalam 8 Oktober 2013 Ustaz Nazir Zakaria, Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya telah mengadakan sidang akhbar berkaitan beberapa isu melibatkan Pas Kawasan tersebut. Antaranya ialah :
  • a)Status perehatan beliau sebagai YDP Kawasan;
  • b) Kesahan Mesyuarat Agung Kawasan.
Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak tetapi untuk melihat dari sudut perundangan dan kesannya terhadap Pas secara keseluruhan.

a) Status perehatan Ustaz Nazir Zakaria sebagai YDP.

Ustaz Nazir Zakaria merupakan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya yang telah dipilih secara sah melalui Mesyuarat Agung Kawasan pada 2011 untuk penggal 2011 – 2013. Pada 3 April 2013 sepucuk surat telah dikeluarkan kepada Ustaz Nazir yang ditandatangani oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad atas kapasiti Pemangku Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya, Sdr Mohamad Hj Hassan, Pemangku Naib Yang DiPertua dan Sdr Kamarul Arif bin Ambak, Penolong Setiausaha. Surat tersebut memaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan Putrajaya pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013 telah memutuskan bahawa Ustaz Nazir direhatkan daripada menjalankan tugas sebagai YDP Kawasan sehingga suatu tempoh yang akan diputuskan kembali oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan. Surat makluman tersebut bagaimana pun tidak menjelaskan alasan keputusan tersebut dibuat.

PERTAMA : ADAKAH MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KERJA PAS KAWASAN SAH?

Dinyatakan di dalam surat bertarikh 4 April 2013 bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013. Hasil mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk merehatkan YDP daripada menjalankan tugas YDP sehingga suatu tempoh yang ditentukan Jawatankuasa Kerja.

Siapa yang memanggil Mesyuarat Khas tersebut? Adakah ada di dalam Perlembagaan PAS berkaitan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja? Perlu diambil perhatian bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan hanya boleh dipanggil oleh YDP atau oleh satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan secara bersurat kepada Setiausaha dengan menyatakan sebab-sebabnya. Ini diperuntukkan di dalam Fasal 28(9) seperti berikut :-

(9) Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu, atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh satu pertiga daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa itu yang meminta dengan bersurat kepada Setiausaha PAS Kawasan itu dan menyatakan sebab-sebabnya.

Prosedur Mesyuarat Jawatankuasa Kerja telah dengan jelas diperuntukkan di Fasal 34 seperti berikut :-

FASAL 34. Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
(1) Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha ketika ketiadaannya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat hendak dijalankan oleh mana-mana Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian yang disebut dalam Fasal 25, 28 dan 31 Perlembagaan ini.

Walaubagaimana pun suatu Mesyuarat Jawatankuasa Khas boleh dipanggil dengan mengabaikan peruntukkan Fasal 34(1) iaitu diperuntukkan di Fasal 34(4) seperti berikut :-

(4) Dengan mengabaikan Ceraian (1), (2) dan (3) Fasal ini, mana-mana mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja yang disebut dalam Ceraian-ceraian di atas bolehlah diadakan pada bila-bila yang dikehendaki oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua PAS Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau Ketua Dewan-dewan berkenaan. Setiausaha Agung atau Setiausaha yang berkenaan hendak mengeluarkan notis mesyuarat pada bila-bila masa yang sesuai dengan apa-apa cara yang difikirkan munasabah untuk menyampaikan notis tersebut.

Peruntukkan Fasal 34(4) dengan jelas menyebutkan bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja hanya boleh dipanggil oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau ketua-Ketua dewan-Dewan berkaitan.

Justeru persoalan yang perlu dijelaskan oleh Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat khas pada 18 dan 20 Mac 2013 tersebut, adakah mesyuarat tersebut dipanggil oleh Presiden atau oleh Pesuruhjaya Pas Negeri atau oleh YDP atau satu pertiga (1/3) daripada AJK secara bersurat dan kenapa pada dua (2) hari yang berdekatan? Jika Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau YDP Kawasan atau Ketua Cawangan atau Ketua Dewan tidak pernah memanggil mesyuarat, maka mesyuarat tersebut tidak sah dan keputusan mesyuarat adalah tidak sah. Jika ada panggilan mesyuarat khas dibuat oleh mana-mana orang yang tersebut itu, adakah suatu notis mesyuarat dikeluarkan dan disampaikan secara munasabah.

KEDUA : ADAKAH JAWATANKUASA KERJA KAWASAN MEMPUNYAI KUASA MEREHATKAN YANG DIPERTUA KAWASAN?

Rujukan perlu dibuat kepada Fasal 28 Perlembagaan PAS. Difahamkan bahawa Jawatankuasa Kerja menyatakan mereka merehatkan Ustaz Nazir (YDP) berdasarkan Fasal 28 (8) seperti berikut :-

Fasal 28(8)
Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan adalah berkuasa memberhentikan atau menahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akan tetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorang Ahli Jawatankuasa itu melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

Fasal 28(8) menerangkan kuasa Jawatankuasa Kawasan untuk memberhentikan atau menahan seseorang AJK menjalankan tugas dalam masa tertentu. Walaubagaimana pun kuasa tersebut tertakluk kepada sekatan yang dinyatakan di dalam Fasal 28(2),(3),(4),(5) dan (6). Di dalam Fafal 28(8) tersebut diperuntukkan dengan jelas pada awalnya bahawa “Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas” .

Apa maksudnya? Apa syarat-syaratnya? Frasa ini dengan tegas memberikan maksud bahawa walaupun Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk memberhentikan atau menahan mana-mana Ahli Jawatankuasa dari menjalankan tugas, ianya tidak termasuk kepada YDP, TYDP, NYDP dan KUU kerana ketiga-tiga jawatan tersebut adalah jawatan yang dipilih dan dilantik oleh perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan. Jawatankuasa Kerja hanya boleh menggunakan kuasa memberhentikan dan menahan tugas hanya bagi AJK yang dilantik. Ini secara jelas disebutkan dalam Fasal 28(5) seperti berikut :-

(5) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang disebutkan dalam ceraian (1)(l) Fasal ini hendaklah dua pertiga daripadanya dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan pada tiap-tiap dua tahun sekali dan satu pertiga daripadanya dilantik oleh Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan daripada ahli-ahli PAS dalam Kawasan itu, dan mereka hendaklah memegang jawatan masing-masing sehingga dua kali Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang akan datang atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

Fasal 28(5) menyebut dengan terang bahawa satu pertiga (1/3) AJK dilantik oleh YDP dengan persetujuan mesyuarat AJK Kawasan memegang jawatan untuk tempoh dua (2) kali Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa kerja Pas Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun. Justeru mereka (1/3) AJK inilah sahaja yang boleh diberhentikan seperti yang diperuntukkan oleh Fasal 28(8).

Jika Jawatankuasa Kerja mengguna-pakai peruntukkan Fasal 28(8) tersebut untuk merehatkan YDP maka Jawatankuasa Kerja telah terkhilaf. Justeru keputusan Jawatankuasa Kerja Kawasan merehatkan YDP melalui surat bertarikh 4 April 2013 tersebut adalah tidak sah maka dengan sendirinya surat bertarikh 12 September 2013 yang menarikbalik tempoh rehat beliau sebagai Yang Dipertua adalah tidak sah.

Kesimpulannya, Ustaz Nazir Zakaria masih Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya yang sah sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya yang baru yang ada pemilihan, memilih orang lain sebagai Yang Dipertua yang baru.

b) Kesahan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putrajaya pada 22 September 2013

Sesebuah PAS Kawasan bergerak berdasarkan mandat Masyuarat Agung Tahunan seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 18 seperti berikut :-

FASAL 18. Mesyuarat Agung PAS Kawasan
(1) Adapun gerakan dan pentadbiran sebuah kawasan PAS itu adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu di bawah kekuasaan Majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan itu. Akan tetapi Majlis Mesyuarat Agung itu sendiri adalah tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS dan juga Aturan dan Peraturan mesyuarat kawasan itu.

(2) (a) Sesebuah Kawasan hendaklah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunannya sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan Februari, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua kawasan itu ataupun dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

(b) Mesyuarat Agung Khas Kawasan bolehlah diadakan pada bila-bila masapun jika dikehendaki oleh Yang Dipertua Kawasan itu, atau dengan kehendak, sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah cawangan-cawangan atau daripada ahli-ahli kawasan itu. Maka dalam Mesyuarat Agung Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa selain daripada perkara yang kerananya Mesyuarat Agung Khas itu diadakan.

(c) Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan dengan menyertakan agenda, laporan dan penyata kewangan yang telah diodit.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Putrajaya telah diadakan baru-baru ini pada 22 September 2013. Notis panggilan mesyuarat bertarikh 12 September 2013. Notis itu hanya 10 hari daripada tarikh Mesyuarat diadakan.

a) Adakah Notis Mesyuarat bertarikh 12 September 2013 tersebut sah?

Fasal 18(2)(c) menyatakan notis hendaklah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat. Frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bagaimana ditafsirkan? Adakah ianya bermaksud di dalam lingkungan 14 hari atau bermaksud tidak kurang dari 14 hari”?

Pendapat saya frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bermaksud hendaklah tidak kurang 14 hari kerana ianya sebagai persediaan kepada perwakilan untuk mengkaji dan meneliti agenda mesyuarat, laporan mesyuarat dan penyata kewangan untuk dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Kenapa saya tidak menafsirkan dalam lingkungan 14 hari? Ini kerana jika notis mesyuarat dikeluarkan dalam lingkungan 14 hari, maka notis boleh dikeluarkan sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan dan itu tidak munasabah. Contohnya Mesyuarat Agung Tahunan dijadualkan esok 10 Oktober 2013 dan notis dikeluarkan hari ini 9 Oktober 2013. Adakah wajar dan munasabah kepada perwakilan? Tentu tidak, maka frasa “dalam tempoh 14 hari” hendaklah ditafsirkan sebagai tidak kurang 14 hari.

Atas sebab itu saya berpendapat bahawa Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya bertarikh 12 September 2013 adalah pra-matang dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 22 September 2013 adalah tidak sah. Maka segala yang dilakukan di dalam Mesyuarat adalah tidak sah. Pemilihan jawatan dan pemilihan perwakilan ke Muktamar Agung PAS psuat juga tidak sah.

b) Siapa memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya?

Rujuk kembali kepada Fasal 18(2(a) yang memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua untuk memanggil Mesyuarat Agung Tahunan pada bila-bila masa. Tiada pihak lain yang boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan selain daripada Yang Dipertua atau pun permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 12 September 2013 ditandatangan oleh Setiausaha PAS kawasan. Siapa yang memanggil mesyuarat? Adakah Setiausaha atau Yang Dipertua? Fasal 18(2)(a) jelas bahawa hanya Yang Dipertua boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan dan Setiausaha hanya menjalankan tugas mengeluarkan notis. Adakah Ustaz Nazir Zakaria yang memanggil mesyuarat tersebut? Jika beliau yang memutuskan memanggil mesyuarat maka mesyuarat itu sah tetapi notisnya pula pra-matang. Jika orang lain selain Ustaz Nazir yang memanggil mesyuarat, maka mesyuarat langsung tidak sah.

Atau pun dimaksudkan yang memanggil mesyuarat itu Pemangku Yang Dipertua? Persoalan tersebut tidak berbangkit kerana Ustaz Nazir Zakaria adalah dan masih Yang Dipertua yang sah.

KESAN KEPADA PAS PUSAT

Krisis ini akan memberikan kesan secara langsung terhadap PAS. Bagaimana kesannya dan apa kesannya?

Jika Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah. Jika perwakilan Pas Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang memilih itu tidak layak memilih. Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno diharamkan dulu. Kemungkinan Pendaftar Pertubuhan akan mengganggu kacau PAS seperti mereka lakukan kepada pemilihana CEC DAP tidak boleh dielakkan.

Adakah PAS mahu sebegitu? Tepuk dada istighfar banyak-banyak....

Zulhazmi Shariff
9 Oktober 2013
Sumber: Facebook

Sidang DUN K'tan Panas, "Jangan Sampai Saya Dedahkan Banyak.."?


KOTA BHARU - Persidangan Dun Kelantan yang masuk hari ketiga hari ini panas seketika apabila bekas anggota Exco kanan Datuk Husam Musa bertegang urat dengan beberapa anggota Exco negeri ketika sesi penggulungan.

Pada satu ketika Husam (Pas-Salor) yang mempertahankan beberapa kenyataannya semalam yang menyentuh mengenai kepincangan kerajaan negeri kelihatan berang apabila beberapa anggota Exco berkenaan menafikan berlakunya penyelewengan dan salah tadbir.

Anggota Exco berkenaan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad; dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan segala dakwaan Husam itu sangat serius dan tidak benar sama sekali.

Husam yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan yang kelihatan kecewa dengan serangan itu beberapa kali bangun untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Semalam Husam ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014 Kerajaan Kelantan
  • membidas tindakan kerajaan negeri terhadap kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), 
  • kelulusan tanah seluas 1,400 hektar di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang, 
  •  penamatan kontrak syarikat Korea Selatan untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat 
  • dan pelaksanaan hukum syariah di negeri itu. 

Hanifa dan Mohd Nassuruddin mendakwa segala keputusan menimbulkan dakwaan Husam itu telah dijelaskan dalam beberapa mesyuarat yang turut sama menjemput Husam menyertainya.

"Bagaimanapun Yang Berhormat Salor (Husam) tidak hadir dalam mesyuarat bersama Ahli Yang Berhormat dalam beberapa mesyuarat itu," kata Hanifa sewaktu penggulungan itu.

Husam bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya berkata walaupun ketiadaannya, wakil dirinya telah hadir namun perkara berkenaan tidak diperbincangkan. Bekas anggota Exco itu kemudiannya mahu satu lawatan kesemua Loji Rawatan Air diadakan segera bagi membuktikan kebenaran dakwaannya. 

Semalam Husam mendakwa AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf. Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

Begitu juga naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH. Demikian juga beberapa loji yang lain. Selain itu Husam turut meminta agar AKSB diaudit oleh satu badan bebas. Pada satu ketika Husam yang tidak berpuas hati dengan kenyataan anggota Exco berkenaan kemudiannya bangun sambil berkata: "Jangan sampai saya dedahkan banyak perkara lagi di dewan ini".

Mengenai kelulusan di hutan simpan kekal, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan kelulusan belum diberikan kepada mana-mana pihak dan berkemungkinan ia tidak akan diluluskan kerana di kawasan berkenaan terdapat tadahan air serta kaya dengan kepelbagaian hayat.

Mengulas keadaan di dewan itu, ketua pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tidak pernah berlaku sebelum ini serangan antara penyokong kerajaan seperti itu.

"Saya rasa akan banyak kepincangan yang akan didedahkan oleh kedua-dua pihak ini," katanya.

Dewan kemudian meluluskan Belanjawan 2014 itu dan persidangan bersambung esok bagi meluluskan beberapa enakmen lain. - Bernama

Mesyuarat PAS Putrajaya Tidak Sah -Peguam PAS

Mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya kemungkinan tidak sah dan perlu diadakan semula bagi mengelakkan PAS menghadapi masalah dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata peguam PAS, Zulhazmi Shariff (gambar).

Zulhazmi yang banyak mewakili PAS dalam kes saman AES, berkata RoS mungkin akan mengganggu PAS seperti yang mereka lakukan kepada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan keadaan itu tidak boleh dielakkan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas krisis yang berlaku dalam PAS Putrajaya sebagaimana yang didedahkan oleh bekas Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria. Nazir dalam sidang medianya pada 8 Oktober, berkata pada 3 April lalu, beliau “direhatkan” daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan.

Katanya, menjelang mesyuarat agung PAS kawasan iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya. Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu (10 hari selepas notis diberikan),

Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir.. Zulhazmi berkata, tindakan ke atas Nazir tidak sah dan penghantaran notis mesyuarat itu juga melanggar syarat dalam Perlembagaan PAS.

"Jika Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah.
"Jika perwakilan PAS Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang memilih itu tidak layak memilih.
"Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno diharamkan dulu," katanya menerusi akaun Facebooknya yang kini tersebar luas dalam laman sosial itu.

Ekoran pendapat yang diberikan itu, Zulhazmi diserang pihak yang berkaitan. Beliau kemudian berkata: "Kalau ada pendapat atau pandangan lain, silalah kemukakan. Kita berhujah atas fakta dan undang-undang, bukan emosi peribadi."

The Malaysian Insider difahamkan, Pejabat Agung PAS sedang meneliti kes ini sebelum sebarang tindakan diambil. – 10 Oktober, 2013. (TMI)

Nik Amal, 2 Pencalonan Lawan T/Presiden. Presiden Kekal.

 Dari kiri: Nik Amar, Mat Sabu.

KUALA TERENGGANU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkemungkinan turut dicalonkan Pas Kawasan Kuala Nerus bertanding jawatan timbalan presiden sekali gus mencabar penyandangnya, Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Keadaan itu berkemungkinan besar memandangkan Nik Mohd Amar dijemput Pas kawasan itu untuk merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Nerus Kali Ke-53 pada 14 September lalu. Sekiranya benar beliau mendapat sokongan di kawasan Kuala Nerus, ini bermakna Nik Mohd Amar mendapat dua pencalonan di peringkat negeri setakat ini selepas Besut.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Rabu depan untuk mencalonkan nama bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden. Bagi jawatan presiden, pihaknya berkemungkinan besar mengekalkan pemimpin sedia ada untuk terus menerajui parti, namun jawatan lain akan dipertimbangkan melalui keputusan mesyuarat jawatankuasa kawasan itu.

“Kalau jawatan presiden tu, tiada orang lainlah (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Cuma yang lain itu, kita tunggu keputusan mesyuarat minggu depan kerana berkemungkinan jawatankuasa ada nama-nama lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Ditanya sama ada pihaknya akan memilih Nik Mohd Amar, beliau enggan mengulas kerana tidak mahu mendahului keputusan parti. Sebelum ini Pas Besut mencalonkan Nik Mohd Amar sebagai bagi jawatan timbalan presiden yang kini disandang Mohamad Sabu.

Selain Pas Besut dan Kuala Nerus, Pas Kawasan Kemaman juga selesai mengadakan mesyuarat agung pada 14 September lalu, namun masih belum membuat sebarang pencalonan. Ketua Penerangan Pas Kawasan Kemaman, Hanafiah Mat ketika dihubungi menjelaskan, bagi jawatan timbalan, pihaknya sudah tentu akan mencalonkan seseorang yang mampu menjalankan tugas di samping presiden.

Sementara itu, Pas Kawasan Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu belum mengadakan mesyuarat agung kawasan setakat ini. (SH)

Terengganu, Penyandang T/Presiden PAS Ditolak..


KUALA TERENGGANU – Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  (gambar) dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan tertinggi Pas Pusat.

Enam kawasan selesai membuat pencalonan adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Hulu Terengganu serta Marang masih belum mencadangkan calon, sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Pas kawasan masing-masing Sabtu ini dan Khamis depan.

Kesemua enam kawasan tersebut bagaimanapun, sebulat suara melalui mesyuarat jawatankuasa Pas kawasan mengekalkan calon Presiden kepada penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua calon yang dilihat menjadi pilihan Timbalan Presiden setakat ini adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nik Mohd Amar mendapat empat pencalonan dari Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara oleh Pas kawasan Kemaman dan Setiu bagi mencabar Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu, November depan.

Bagaimanapun, pencalonan terhadap Mohamad Sabu mungkin boleh berlaku di Hulu Terengganu dan Marang memandangkan kedua-duanya belum membuat sebarang keputusan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, ia sekali gus memperlihatkan Pas kawasan di negeri ini lebih mengutamakan calon Timbalan Presiden daripada kalangan ulama untuk digandingkan dengan Abdul Hadi.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin ketika ditanya mengenai pencalonan tersebut memberitahu, walaupun Pas kawasan memilih Nik Mohd Amar sebagai timbalan presiden, ia tidak bermakna pihaknya menolak pemimpin profesional untuk diletakkan dalam kepimpinan kedua tertinggi parti.

Beliau menjelaskan, sesiapa yang lebih memahami agama lebih layak memimpin parti tanpa mengambil kira sama ada ulama atau profesional.

“Saya tidak setuju mereka yang mengkategorikan ulama dan profesional kerana tidak timbul soal ini.

"Sesiapa sahaja yang mampu untuk pertahankan matlamat perjuangan parti adalah dikira layak untuk memimpin,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad, walaupun nama pemimpin tertentu tidak tersenarai, ia tidak menggambarkan mereka tidak bagus sebaliknya keputusan berdasarkan undian tertinggi di pihak jawatankuasa Pas kawasan.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Salahudin Ayub yang merupakan penyandang  mendapat sokongan daripada keenam-enam kawasan untuk beliau terus mengekalkan jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim pula mendapat empat pencalonan, Datuk Mahfuz Omar (tiga), manakala Datuk Abu Bakar Chik dan Idris Ahmad masing-masing dengan dua pencalonan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Adun Salor hanya mendapat satu pencalonan dari Pas kawasan Kemaman.

Bahasan Husam Musa: Saya Tunggu Jawapan MB -Dr M/Agus

Oleh Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof

Husam Musa

PEMBENTANGAN bajet negeri Kelantan bagi tahun 2014 baru-baru ini menarik sekali.
 
Dato Husam Musa, Adun Salor yang sebelum ini adalah Exco Kelantan bangun berucap memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang.

Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?

Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di Dun. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti.
  
Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik -perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.

Satu lagi yang rakyat hendak tahu secara rasmi ialah tentang kenaikan tarif air yang dikatakan naik sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, tetapi tidak diumumkan. Yang rakyat hendak tahu ialah betulkah tarif air naik? Jika naik, kenapa tidak diumumkan? Dalam hal ini, seorang kawan saya memberitahu saya, sekeras-keras kerajaan BN pun, kenaikan harga minyak dan elektrik diumumkan kepada rakyat.

Kembali kepada tindakan Adun Salor tadi, persoalan yang perlu kita jawab bukanlah soal beliau mengkritik kepimpinan partinya, tetapi apakah tindakan beliau itu salah? Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.
 
Pada saya, tindakan Adun Salor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan. Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’. Di pihak kerajaan negeri pula, terimalah pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang.

Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri. Ingat, dari segi hierarki parti, Adun Salor adalah naib presiden Pas. Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya.
Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik cara ini juga diamalkan di parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya! (Hrkh)

Video  Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | Dato' Husam Musa | 8 Okt 2

Lihat sebelum ini...


 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011  
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails