Sunday, October 06, 2013

Artis Lauryn Hill Bebas Dari Penjara..


GAMBAR fail bertarikh 22 April 2013 menunjukkan penyanyi Lauryn Hill berjalan keluar dari mahkamah persekutuan di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat.

HALAMAN HIBURAN
NEW YORK - Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Killing Me Softly, Lauryn Hill telah dibebaskan daripada penjara pada Jumaat lalu. Hill dipenjarakan sejak Julai lalu kerana gagal membayar cukai, kata peguamnya.

Bekas ahli kumpulan The Fugees itu kini perlu menjalani hukuman tahanan dalam rumah selama tiga bulan selepas meninggalkan penjara persekutuan di Danbury, Connecticut yang terletak 112 kilometer dari Bandar New York.
Peguamnya, Nathan Hochman memberitahu, anak guamnya telah membayar hutang cukai kerajaan dan daerah sebanyak AS$1 juta (RM3.18 juta) selepas membuat pengakuan bersalah di mahkamah. Dia dibebaskan hari ini dan sekarang memulakan tempoh pemerhatian selama setahun," kata Hochman.

Bagaimanapun Hochman berkata, dia masih tidak bercakap dengan anak guamnya sejak dibebaskan daripada penjara. Penyanyi berusia 38 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara pada 8 Julai lalu akibat gagal membayar cukai berjumlah lebih RM4 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat . - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails