Sunday, October 06, 2013

3 X Serbu Tak Serik Lagi, Siasat Rasuah Ke?


SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya, Selangor kelmarin. 


PETALING JAYA - Sebuah pusat hiburan di Kelana Business Centre di sini bukan sahaja menawarkan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kepada lelaki-lelaki hidung belang malah mengadakan cabutan bertuah televisyen plasma 32 inci kepada para pelanggan yang antaranya terdiri daripada golongan kenamaan.

Bagaimanapun, kerancakan GRO terbabit melayan pelanggan yang diadakan sempena ulang tahun ke-10 pusat hiburan tersebut terhenti separuh jalan apabila premis itu diserbu pihak berkuasa malam kelmarin.
Dalam serbuan pada kira-kira pukul 11.30 malam itu, 19 GRO warga asing yang terdiri daripada 13 warga Filipina dan lima dari Thailand ditahan.

Seorang pondan warga Filipina turut diberkas dalam operasi itu. Kesemua mereka berumur 21 tahun hingga 32 tahun. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, ia merupakan serbuan ketiga ke atas pusat hiburan tersebut pada tahun ini. Kali ini ia membabitkan risikan selama dua hari.

"Sewaktu serbuan dijalankan, kesemua GRO terbabit sedang leka menari dan melayan pelanggan masing-masing yang kita percaya terdiri daripada orang kenamaan.
"Hasil siasatan kami mendapati sempena sambutan ulang tahun ke-10, premis itu telah menawarkan sebuah TV LCD bersaiz 32 inci untuk pelanggan yang bertuah.
"Pelanggan-pelanggan lain yang hadir turut menerima kalungan bunga sebagai tanda penghargaan daripada premis itu," katanya kepada pemberita.

Dalam serbuan yang sama, 68 pelanggan telah diperiksa manakala seorang wanita tempatan berusia 30-an dipercayai penjaga premis ditahan. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak terbabit perlu siasat atau buat kajianm, dah 3X serbu pun ketegaq lagi.. Kalau rasuah, siapa? Cari bukti. Kalau tak mampu selesai, renti jadi kerajaan yang perintah Malaysia..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails