PUCHONG – Kedegilan satu sindiket pelacuran yang masih meneruskan aktiviti persundalan bertopengkan perniagaan pusat hiburan walaupun telah diserbu beberapa kali memakan diri apabila digempur sepasukan polis dalam dua operasi berasingan kelmarin.
Serbuan pertama di sebuah premis haram di Jalan Bandar Puchong 14 di sini pada pukul 11.40 malam itu dapat menahan 12 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun. Difahamkan, GRO tersebut bukan setakat menjadi pelayan malah, pelanggan boleh menempah mereka untuk melakukan hubungan seks dengan bayaran antara RM150 hingga RM200 untuk sekali perkhidmatan.
Enam GRO warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan itu dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk disoal siasat.
Sementara itu di Sabak Bernam, enam wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai GRO
ditahan dalam satu serbuan ‘Ops Noda’ di sebuah pusat hiburan karaoke di
Sekinchan, awal pagi kelmarin. Operasi bermula jam 1.10 pagi itu dijalankan sepasukan anggota polis
dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak
Bernam diketuai Chief Inspektor R Subamaniam dan dibantu 11 anggota.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, semasa serbuan, premis itu didapati bising dengan bunyi muzik sementara empat daripada GRO itu berada di kaunter hadapan premis berkenaan.
“Manakala dua lagi GRO berada di dua bilik berasingan, tetapi hasil pemeriksaan polis di bilik itu mendapati tiada pelanggan yang ditemui bersama dua wanita tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Mushar berkata, selain enam GRO itu, seorang penjaga premis warga tempatan berusia 20 tahun turut ditahan, bagaimanapun lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin, kelmarin.
"Kesemua wanita yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 28 tahun memiliki pasport dipercayai bekerja di premis itu tanpa permit yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Sekinchan dan ditahan reman 14 hari di Balai Polis Sabak Bernam," katanya.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Apapun alasan, aktiviti sundal dan pelacuran tetap terus berjalan, meski negara umat Islam ini berlebel 'Negara Islam' (?).. (IH)
3 comments:
pelancung yg bertukar menjadi ayam!!!
depa x check ke sapa owner tempat tu. samseng besar tu
Ada "makhluk" Allah yg rasa dirinya hebat melindungi premis2 mcm ni!
Post a Comment