Wednesday, October 09, 2013

Tahniah PAS Balik Pulau & Permatang Pauh -I/Hasyim


 




KL: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada PAS Balik Pulau dan Permatang Pauh yang telah menyelesaikan mesyuarat kawasan masing-masing dengan aman.

"Al-hamdulillah, semuanya berlangsung dengan aman. Tahniah kepada Ustaz Fauzi dan Sdr Omar Hasan!"kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim yang terlibat mengasaskan PAS Balik Pulau dan nenjadi YDPnya satu ketika dulu.

Ustaz Fauzi Mohd Yusof dan  Omar Hasan masing-masing kekal sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau dan Permatang Pauh apabila dipilih semula menerajui PAS kawasan dalam mesyuarat agung pemilihan, baru- baru ini.

Perwakilan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Balik Pulau turut memilih Jamaludin Said sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Borhan Omar sebagai Naib  Yang Dipertua.

Dalam Mesyuarat Agung sayap parti, Fahmi Ahmad dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS  Balik Pulau; Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan disandang Ustaz Zainal Abidin Othman dan Ketua Muslimat pula disandang Mariah Maarof.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS Kawasan Permatang Pauh turut mengekalkan Amir Hamzah sebagai Timbalan Yang Dipertua dan  Naib Yang Dipertua disandang  Asre Jusoh.

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan turut memilih Wan Rafaei sebagai teraju baru manakala Mensyuarat Agung Dewan Muslimat PAS kawasan kekal diterajui Suraya Saad. (IH)

Lihat sebelum ini...

 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011  
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails