Saturday, June 26, 2010

MB S'ngor Tak Berubah, Tapi Bukan Desak Turun -Azmin Ali

SHAH ALAM, 26 Jun 10: Kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Selangor tidak memperlihatkan perubahan meskipun telah ditegur secara terbuka ketika Kongres Nasional PKR Keenam akhir bulan lalu, dakwa Naib Presidennya Azmin Ali hari ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, beliau tidak pernah mendesak Khalid akan diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

“Semasa kongres ahli parti telah menegur Khalid dan barisan exconya supaya peningkatkan sistem pentadbiran negeri.

“Tetapi malang selepas sebulan kita masih belum nampak satu tindakan proaktif yang diambil beliau terhadap setiap teguran yang dibuat,” kata beliau ketika ditemui di sini sesi pemukiman PKR di sini petang ini.

Beliau berkata tindakan ahli parti menegur Khalid bukan bermaksud mahu beliau meletakkan jawatan tetapi hanya sekadar teguran yang membina.

“Kita tidak pernah suruh Khalid meletakkan jawatan, cuma saya dan pemimpin lain merasakan beliau dan barisan kepimpinannya perlu memberikan perhatian secara serius terhadap teguran yang dibuat.

“Kita tegur berdasarkan rungutan yang diterima daripada rakyat. Jadi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kita perlu memberikan teguran yang membina supaya setiap kelemahan itu dapat diatasi,” katanya.

Tiga hari lalu Azmin meletakkan jawatan sebagai pengarah anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), yang banyak pihak melihat sebagai petunjuk rasa tidak senang beliau terhadap kepimpinan Khalid.

Bagaimanapun Azmin juga menafikan andaian itu. PKR memulakan sesi pemukiman dua hari petang tadi. Azmin menjadi tumpuan isu baru menyelubungi PKR khususnya Selangor ekoran laporan bahawa 15 Ahli Parlimen dikatakan akan mengemukakan petisyen kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menukar kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Isu itu dijangka menjadi salah satu agenda perbincangan sesi pemukiman kali ini. Azmin berkata kerajaan negeri perlu meningkatkan sistem pentadbiran negeri supaya agenda untuk merakyatkan ekonomi dapat diteruskan.

“Kerajaan negeri perlu memastikan pelaburan ditingkatkan supaya pendapatan negeri juga akan meningkat.

“Kalau tiada peningkatan dari segi pendapatan macam mana nak mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat.

“Jadi tidak mungkin kita boleh meneruskan agenda merakyatkan ekonomi kalau negeri ini bangkrup. Jadi kerajaan negeri harus memperkemaskan pengurusan pentadbiran dengan cekap,” katanya.

Azmin menambah pentadbiran kerajaan negeri juga harus menghentikan birokrasi dengan serta-merta.

“Birokrasi yang ada dalam sistem pentadbiran perlu dihentikan dengan serta-merta kerana jika terlalu banyak birokrasi ekonomi akan menjadi lembab.

“Selain itu, setiap permohonan yang dibuat perlu diberikan kelulusan dengan cepat, telus dan bertanggungjawab serta mengikut prosedur yang ditetapkan,” katannya. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Gelombang kopi dalam cawan, sedangkan lidah lagi tergigit...

DAP & Semua Kaum Tolak Judi, BN Tunggu Apa Lagi..



KUALA LUMPUR, 26 Jun 10
: Pemuda DAP mengalu-alukan keputusan kerajaan membatalkan pengeluaran lesen judi pertaruhan sukan tetapi mempersoalkan perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi.

Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook berkata walaupun secara umumnya keputusan itu dialu-alukan, namun persoalan yang timbul soal pemberian lesen ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan diputuskan dalam mesyuarat Umno, bukannya di Kabinet.

“Apakah Majlis Tertinggi Umno yang menentukan segala dasar kerajaan dan bukannya Kabinet yang dianggotai oleh semua wakil komponen Barisan Nasional?

“Di manakah semangat perkongsian kuasa yang menjadi prinsip utama Barisan Nasional?” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Ketika mengumumkan perkara itu lewat malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan semalam mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Kata Najib, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat MT Umno malam tadi dan keputusan tersebut disokong sebulat suara. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Sementara itu di Pasir Putih dua hari lepas, Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, Kelantan yang dikenali dengan Thannun (gambar bawah) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.

Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.

“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).

“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.

“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.

Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.

“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "... raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat..." kata Sami, selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin. Begitu juga dalam agama Kristian, Yahudi dan Islam, semuanya melarang kegiatan judi. (Sila klik.. Pungutan Suara Ini: Bukti BN Pekak Pada Pelbagai Kaum?)

DAP yang jarang-jarang sokong BN pun kali ini sakong pembatalan pengeluaran lesen judi. Tunggu apa lagi BN, berubahlah, haram terus semua perjudian!! (AK)

K/Pusat Perlu Ganti Tambak Johor -Sultan Johor


KEMAS KINI
Sabtu Jun 26, 2010: Sultan Johor Mahu Kerajaan Pusat Ganti Tambak Johor

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006- Laporan BERNAMA.

Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

"Jika disingkap sejak dahulu, tidak dinafikan bahawa Tambak Johor adalah amat penting kepada rakyat. Berdasarkan kepada kepentingan Tambak Johor kepada rakyat, maka keluarga saya sejak zaman moyang Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahanda saya, almarhum Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor," titah baginda.

Titah baginda, pada , projek jambatan itu penting untuk rakyat.

Menurut Sultan Johor dengan terbinanya jambatan berkenaan ia melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010, di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral, di Johor Baharu hari ini.

Hadir sama isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Pada 18 Jun tahun lalu, almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura. Titah Sultan

Johor itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail yang sekarang ini adalah Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya.

Pada 12 april 2006, kerajaan mengambil keputusan menghentikan pembinaan jambatan baru itu bagi menggantikan Tambak Johor setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

Sebelum itu Malaysia bercadang untuk meneruskan pembinaan jambatan itu di bahagian perairan Malaysia walaupun Singapura enggan berkerjasama.

Jambatan yang pada asalnya disebut sebagai 'Jambatan Bengkok' itu diperlukan untuk menggantikan Tambak Johor yang sesak.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah tidak cerdiknya pemimpin BN, menjadi saudara syaitan kerana sentiasa membazirkan wang rakyat. (AK)

Jodoh Internet: Sengsara Di BMW Bahagia Berbasikal..

18 jutawan cari jodoh di Internet

BEIJING JUN 25 10
: Wang tidak boleh membeli cinta. Namun di China, wang membolehkan anda memilih mana-mana daripada 50,000 gadis jelita apabila sebuah agensi mencari jodoh secara dalam talian menganjurkan pertandingan mencari jodoh bagi 18 jutawan yang menjadi ahli kepada agensi itu. Pertandingan dianjurkan jiayuan.com itu mendapat sambutan hangat di China apabila membuat temu janji secara dalam talian menjadi salah satu industri Internet paling berkembang dan berdaya saing dengan jangkaan keuntungan £120 juta (RM590 juta) setahun.

Segelintir wanita dari Vancouver, Singapura, New York dan Paris terbang ke China hujung minggu lalu untuk menyertai gadis tempatan dalam pusingan pertama uji bakat yang menyaksikan 2,600 pemohon berjaya dipilih berdasarkan berat badan, ukuran tubuh, tahap pendidikan dan umur.

Menurut pengarah urusan laman jiayuan.com., Cheng Yongsheng, ramai yang ditolak ketika sesi uji bakat itu yang turut diadili guru fengshui China yang membuat penilaian ke atas peserta berdasarkan kebolehan mereka sama ada mampu memberi keuntungan kepada bakal suami atau sebaliknya.

“Sebagai hartawan mereka mahu mencari isteri yang bersesuaian bukan setakat wajah cantik,” ujar Cheng memberitahu kumpulan 2,600 peserta itu akan dipilih lagi kepada 130 yang akan memasuki pusingan akhir bulan depan dengan 18 yang terpilih bakal menghadiri parti bersama pasangan mereka. Jelas Cheng, identiti 18 hartawan berkenaan menjadi rahsia tetapi purata usia mereka ialah 38 tahun dan masing-masing mempunyai perniagaan sendiri termasuklan perniagaan tekstil, kewangan dan hartanah.

Semua hartawan berkenaan sudah membuktikan kedudukan kewangan mereka dengan menyertakan dokumen milikan seperti vila eksklusif, kenderaan mewah dan pesawat peribadi. Seorang hartawan dari Shenzhen menjanjikan sebuah kereta Porsche kepada gadis yang terpilih menjadi pasangannya. Budaya mencari jodoh menerusi pertandingan termasuklah seperti yang diadakan di kaca televisyen sebelum ini mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat di China terhadap pengaruh wang yang memainkan peranan besar dalam hubungan berumahtangga dan kekeluargaan.

Awal tahun ini peserta seorang wanita dalam pertandingan mencari jodoh di televisyen mencetuskan kemarahan masyarakat apabila dia tanpa segan silu memberitahu, “saya lebih rela hidup sengsara di tempat duduk belakang kereta BMW daripada hidup bahagia dengan membonceng basikal.” - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim
: Bagaimana mencari jodoh dalam Islam? Klik di sini..

FIFA: Iklan Beer, Berselubung Gadis Berambut Perang.

Cewek Sexy Bavaria

Cewek Seksi Bavaria Buat Gerah FIFA

Ternyata perang sponsor berlangsung juga di Piala Dunia Afrika Selatan. Kali ini soal iklan terselubung bir Bavaria.

Kalau Anda melihat pertandingan antara Belanda melawan Denmark Selasa, ada gadis-gadis berambut pirang yang montok-montok, yang khusus disewa untuk kegiatan marketing merk bir Bavaria.

Mereka masuk ke stadion dengan menyaru sebagai suporter Denmark. Di lapangan mereka melepas seragam suporter Denmark dan menggantinya dengan gaun warna oranye.

Sepanjang pertandingan mereka terus saja menari dan bernyanyi sesuai dengan latihan yang mereka jalankan untuk sponsor Bavaria. Walhasil, para gadis-gadis tersebut setelah selesai pertandingan ditanya dan diinterogasi oleh FIFA. Mereka mendapatkan imbalan berupa bir dan nonton pertandingan gratis.

Tiga perempuan Belanda sempat ditahan. Kementerian luar negeri di Den Haag ingin kejelasan. FIFA menyelidiki masalah tersebut.

Kesal
Direktur Bavaria Peer Swinkels kesal ketika ditanya soal itu. Ia mengatakan menahan gadis-gadis itu adalah hal yang konyol. "Di gaun itu bahkan tidak ada merk Bavaria. Jadi apa yang salah. "Sejak kapan ada syarat pemakaian baju selama berlangsungnya pertandingan?"

Aksi itu memang diciptakan Bavaria. Ke-36 gadis itu disewa di Johannesburg oleh pabrik bir tersebut. FIFA sekarang menyelidiki apakah mereka itu benar merupakan iklan terselubung Bavaria.

Sebelum Piala Dunia dimulai, gaun Bavaria sempat menjadi polemik. Sylvie van der Vaart, istri pemain Belanda, Rafael mengatakan turut serta dalam kampanye Bavaria. Hal itu tentu saja kontroversial, karena sponsor resmi timnas Oranje adalah Heineken. (RNW/AK)

Pameran HARAM Antarabangsa M'sia Di Matrade..


KL. JUN 26 10
: Utusan Online menyiarkan gambar 3 Ratu Malaysia (dari kiri) Weena Marcus, J. Subathra dan Angelreena Lim pada majlis pelancaran mee segera terbaharu pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, di Matrade, Jalan Duta, KL-25 Jun -Utusan/Mohd Naim Aziz
.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bunyinya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, tetapi gambar ini membuktikan penganjur pamer dan dedahkan yang haram, yakni wanita tidak menutup aurat wanita. Apakah sengaja menghina agama Islam, atau mencabar emosi penganut Islam yang majoriti di negara ini? Mempamer yang 'haram' di Pameran Halal memang bersikap biadap terhadap Islam!!

40 Kumpulan Pertama Masuk UMNO, Dr Asri Ke2.


KL.JUN 26 10: Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam tadi, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini. Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing. Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam tadi adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. (AK)

Sebelum ini..

Solat Jumaat, Perlu 'Mesra Wanita' -K/Muslimat

KL, 26 Jun 10: BAGI memastikan saranan MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat agar wanita turut menunaikan solat Jumaat di masjid seperti kaum lelaki itu mendatangkan keselesaan kepada semua pihak, maka masjid-masjid di negara ini haruslah mempunyai ciri-ciri 'mesra wanita'. Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

"Cuma dari sudut masjid sendiri, kita harap dapat 'mesra wanita'lah.. Maksudnya dari sudut penjagaan aurat wanita itu sendiri dan sebagainya, sebab kita takut bila sudah ramai-ramai sangat hal ini terlepas pandang.

“Soal masjid mesra wanita ini perlu diambil kira supaya baik wanita atau lelaki, tidak berasa keberatan untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Ujar Nuridah juga, meskipun saranan itu daripada Menteri Besar Kelantan, namun beliau berharap perkara itu turut diikuti oleh negeri-negeri lain khususnya negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Kita ucapkan syabas dengan saranan dari Menteri Besar Kelantan ini dan mungkin di negeri-negeri Pakatan terutamanya, perkara ini boleh dilaksanakan.

"Tidak ada masalah jika perkara ini dilaksanakan sebab apa yang kita nak didik masyarakat, dapat didengar oleh wanita secara langsung melalui khutbah yang disampaikan. Ini satu pembaharuan dari sudut membudayakan perkara ini dalam masyarakat," katanya.

Sementara itu, menurut satu laporan, Selangor mengalu-alukan kehadiran jemaah wanita bagi menunaikan solat Jumaat di negeri itu sekiranya mempunyai kelapangan dan tidak mengganggu ruang jemaah lelaki. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dilaporkan sebagai berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.

Menurutnya, Selangor memang sudah mengamalkan solat Jumaat wanita sebelum jawatan mufti diwujudkan iaitu bermula tahun 1935 hingga 1952.

"Solat Jumaat wanita di Selangor sudah lama berjalan sebelum negeri ini mewujudkan jawatan mufti dan sepanjang tahun itu, wanita sudah menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sultan Sulaiman, Klang.

"Namun, selepas 1952, tiada lagi jemaah wanita menunaikan solat Jumaat dan Selangor mengalu-alukan jemaah wanita yang ingin berbuat demikian boleh datang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dekat sini," katanya.

Mohd Tamyes berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa masjid itu mempunyai ruang mencukupi untuk menampung jemaah wanita tanpa mengganggu jemaah lelaki.

"Di Masjid Negeri, ruang di tingkat atas iaitu tingkat dua tidak digunakan semasa solat Jumaat. Jemaah wanita yang mempunyai kelapangan pada waktu itu dialu-alukan untuk bersolat Jumaat.

"Menjelang tahun depan, Selangor mempunyai dua masjid yang menerima jemaah wanita iaitu masjid di Bukit Jelutong yang mana masjid ini diwakafkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," katanya.

Saranan mengenai perkara itu diutarakan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sewaktu berucap di majlis penyerahan dan penerimaan derma mengisi tabung Kompleks Masjid Daruttarbiyah di Kampung Wakaf Zain, Kota Bharu, baru-baru ini.

Muslimat PAS melalui Ketuanya menyambut baik serta gembira dengan saranan Menteri Besar itu. Ustazah Nuridah berkata, walaupun ada segelintir pihak menganggap saranan itu sebagai sesuatu yang janggal, namun ianya amat relevan pada masa kini dan apa yang lebih penting, Islam sendiri tidak menegah wanita daripada berbuat demikian.

Apatah lagi ujarnya, dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh bersama-sama mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

"Ini satu saranan yang baik kerana dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib. Mungkin bagi kita ini sesuatu yang baru tapi sebenarnya Islam membenarkan pun wanita itu solat Jumaat.

"Dan sebenarnya khutbah itu sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita untuk pemerintah Islam menyampaikan mesej kepada rakyat," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Alangkan baiknya jika konsep dan ciri-ciri 'mesra wanita' diperluaskan. (2MA)

Lihat sebelum ini..

Friday, June 25, 2010

Friends of Pakatan, Era Baru Positif Bagi PR

KL, 25 Jun 10: Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu, Cina dan India.

Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK). Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Friends of Pakatan adalah satu lagi perkembangan positif tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat. “Ini adalah kerana persatuan ini menggabungkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa di luar negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dalam pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut, mereka telah memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk bersama Pakatan bagi menyumbangkan kepakaran mereka membangunkan negara bersama dengan Pakatan.

“Selepas dari UK, mereka bercadang untuk melebarkan lagi Friends of Pakatan ke negara-negara lain seperti di Eropah dan juga di Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankusa penaja persatuan tersebut, seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di UK memaklumkan bahawa setakat ini mereka telah berjaya menghimpunkan seramai tiga ratus penyokong dan yakin lebih ramai akan menyertainya selepas majlis pelancaran nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok baru kembali dari lawatan selama seminggu ke UK bagi menghadiri beberapa siri jemputan organisasi Islam di sana. Beliau telah dijemput berucap pada seminar The Future of The Muslim Ummah; Hopes and Challenges anjuran Islamic Unity Forum di London.

Nasharudin juga dijemput sebagai tetamu di Muslim Council of Britain di London. Timbalan Presiden PAS itu kemudiannya ke bandar Nottingham sebagai tetamu kepada sebuah badan kebajikan Islam yang dikenali sebagai Muslim Hands International.

Di Nottingham, beliau turut diminta berucap di Masjid University of Nottingham. Ustaz Nasharudin juga turut ditemubual selama satu jam oleh TV Al-Hiwar, sebuah rancangan TV berbahasa Arab yang berpusat di London. (Harakahdaily/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Satu era baru ke arah perkembangan yang positif bagi PR, dan mungkin satu cabaran dan pukulan hebat kepada BN.

Maya Karin & M/Ali: Sahkan Nikah Untuk Bercerai.


HALAMAN HIBURAN
KL, 25 Jun 10 : Pagi tadi, Muhammad Ali pasangan pelakon Maya Karin memberitahu sebuah media di sini bahawa pihaknya sudah pasti akan bercerai. Pengesahan pernikahan mereka semalam adalah langkah awal ke arah itu.

Maya Karin, yang sejak awal tahun ini dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, semalam muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.

Kedua-dua mereka hadir di mahkamah semalam, tetapi secara berasingan. Malah mereka meninggalkan pekarangan mahkamah secara berasingan. Semalam, seorang pegawai mahkamah memberitahu Maya Karin hadir di mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan mereka.

“Selain itu, mereka juga tidak berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri,” kata pegawai mahkamah itu.

Sementara itu, pelakon Maya Karin dan pasangannya Muhammad Ali Abdullah boleh didakwa di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 berhubung kesalahan lewat mendaftar perkahwinan mereka yang berlangsung di Itali dua tahun lalu.

Menurut Pegawai Mahkamah Tinggi Syariah, pasangan tersebut boleh didakwa kerana lewat mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

“Maya Karin dan Muhammad Ali boleh didakwa atas kesalahan itu kerana mengikut Undang-undang Keluarga Islam sesiapa yang berkahwin di luar negara perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

“Undang-undang Keluarga Islam juga menyebut pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan mereka dalam tempoh enam bulan dari tarikh mereka kembali ke Wilayah Persekutuan.

“Dalam kes Maya dan Muhammad Ali, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atas kesalahan itu,” kata beliau ketika dihubungi media hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Musa Awang berkata, Maya Karin dan Muhammad Ali boleh didakwa kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di luar negara.

"Apa-apa perkahwinan yang dibuat tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk didakwa di mahkamah jika pernikahan itu tidak dilaporkan dalam tempoh enam bulan.

“Jika gagal berbuat demikian pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atas kesalahan itu,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. (AK)

Lihat sebelum ini..

Bakar Tongkang Di Bagansiapiapi..

Catatan Perjalanan: Riau 4

Lihat tongkang yang dibakar..

KOTA di Kabupaten Rokan Hilir, Riau, petang itu tampak begitu meriah dengan berbagai lampion warna keberuntungan budaya Tionghoa, merah, dan kepulan asap dupa, serta bunyi-bunyian riuh rendah diiringi gumam doa-doa. Warga keturunan Tionghoa hari itu menggelar upacara Bakar Tongkang, yaitu membakar patung kapal layar tradisional negeri Cina.

Lidah api menjilat-jilat, asapnya pun mengepul-ngepul kehitaman membakar patung kapal yang berhiaskan kertas berwarna-warni. Tongkang itu diisi dengan berbagai macam lambang barang. Hasil bumi serta hasil laut yang menjadi kebanggaan Bagansiapi-api selama puluhan tahun.


Sedangkan di sekelilingnya, orang ramai bersorak-sorai sambil menabuh gendang kecil serta gong bertalu-talu menggemuruh memekakkan telinga. Ribuan orang menggumam berdoa sambil mengacung-acungkan hio. Asap hio yang wangi itu bercampur dengan asap bakaran ribuan lembar kertas doa warna kuning yang digelar di bawah kapal itu tadi memedihkan mata, tapi orang-orang itu tetap bertahan.

Di sekeliling patung kapal yang dibakar itu pula belasan tan ki kesurupan menggelepar-gelepar menunggu tumbangnya dua tiang utama kapal. Mereka berpakaian tradisional Tionghoa, bertelanjang kaki, membawa sebilah pedang kecil di tangan kiri, memegang mopit (kuas untuk menulis) di tangan kanannya dan sebagian dengan pipi yang tertusuk kawat runcing. Tusukan itu tidak mengakibatkan pendarahan sama sekali dan orang-orang itu tidak menampakkan rasa kesakitannya.

Upacara Bakar Tongkang diadakan sekali setahun pada bulan ke enam tanggal 16. Ditujukan untuk menghormati dewa keberuntungan mereka, Ong Ya Kong. Dewa yang menurut kepercayaan warga keturunan itu, dibawa serta dari Cina daratan bersamaan dengan pelayaran perantauan mereka ke arah Selatan.

Para perantau itu berabad-abad yang lalu menggunakan tongkang meninggalkan Hokkian (Fujian) guna mencari penghidupan baru di Pulau Sumatra. Mereka kemudian mendarat di Bagansiapi-api, karena melihat ada nyala api di daratan. Semula mereka menyebut daerah itu sebagai Bagan Api.

Sejak tanggal 14 mereka sudah mengadakan sembahyang di kelenteng yang jumlahnya mencapai ratusan di kota ikan itu. Boleh dikatakan, hampir tiap dua rumah terdapat sebuah kelenteng. Di pusat kota, di depan kelenteng utama, dipasang sebuah panggung besar tempat untuk mengadakan pagelaran seni seperti musik maupun teater tradisional Cina setiap malam.

Setiap rumah memasang lampion merah yang diikat di depan maupun di atas jalan-jalan kota itu. Pemandangannya amat menarik, kita seolah-olah seperti di sebuah perkampungan di RRC atau Taiwan sana.

Mereka juga membangun sebuah patung kapal dari kayu, kain serta kertas warna-warni, tapi lebih dominan warna merah-kuningnya. Di dalamnya ditaruh beras, sayuran atau barang-barang lain yang bisa disimbolkan dengan patung-patung kertas kecil.

Menurut Akong, salah seorang warga keturunan, di zaman makmur beberapa belas tahun yang lalu, orang sampai mau menaruh perhiasan emas sebagai rasa syukur serta pesembahan kepada Ong Ya Kong yang telah membantunya mencari rezeki di tanah rantau.

Sembari menunggu penyelesaian kapal, maka berdatanganlah belasan rombongan yang berasal dari masing-masing kelenteng atau tepekong untuk bergabung. Mereka masing-masing mengiring seorang pemimpin doa, semacam dukun, yang disebut tan ki, dalam keadaan trance. Mereka ini adalah orang pilihan dari masing-masing kelompok. Tampak di antaranya beberapa orang wanita. Dalam keadaan seperti itu mereka sering dimintai pertolongan misalnya untuk pengobatan, ramalan nasib dan lain-lainnya.

Jalannya Upacara

Pada sekitar pukul 16.00 petang, arak-arakan itu berangkat dimulai dari pusat kota menuju ke kampung Baikbaik yang terletak tidak jauh dari pantai. Pawai itu diawali oleh serombongan regu drumband. Beberapa orang warga pribumi ikut berpartisipasi dalam upacara tradisional tersebut. Di sepanjang jalan, warga keturunan menyambutnya dengan mengacung-ngacungkan hio sambil komat-kamit berdoa meminta sesuatu.

Setelah berjalan lambat-lambat selama lebih kurang sejam, rombongan itu tiba di sebuah lapangan seluas setengah lapangan sepakbola. Di sanalah kapal itu dibakar dengan diiringi gemuruh pukulan gendang dan gong tradisional Cina. Pelan-pelan kapal itu dilalap api dengan rakusnya. Warga keturunan menunggu-nunggu jatuhnya dua tiang utama kapal. Bila jatuh ke arah daratan, maka mereka percaya bahwa hasil bumi (petani) akan lebih maju ketimbang hasil laut (nelayan).

Petang itu tiang utama jatuh ke arah daratan, diiringi sorak-sorai menggelegar dari para pengunjung peserta upacaranya. Aguan, seorang warga Jalan Bintang mengharapkan, upacara seperti ini akan lebih meriah lagi di masa mendatang, karena kedatangan turis sedikit banyak meningkatkan pendapatan mereka.

Demikian tulisan Adji Subela bersumberkan Sinar Harapan, alam hangat dari Liburan.Info...

Itulah GoCapLak atau Bakar Tongkang suatu ritual dari masyarakat Cina yang terkenal di Bagansiapiapi. Ritual tersebut diadakan setiap penanggalan Imlek bulan kelima disebut 'Go'. Dan pada tanggal ke-16, disebut 'CapLak', yang diadakan setiap tahun. Ritual tersebut mampu menggamit puluhan ribu pelancung atau wisatawan baik domestik maupun manca negara. Pemda Kabupatan Rokan Hilir waktu itu hebat mempromosinya.

Upacara Bakar Tongkang adalah budaya menarik pelancung atau 'wisata budaya' unggulan Provinsi Riau dari Kabupaten Rokan Hilir atau Rohil. Upacara yang telah menjadi wisata nasional dan internasional. Upacara Bakar Tongkang adalah upacara tradisional masyarakat Cina di Ibu Kota kabupaten Rokan Hilir yakni Bagansiapiapi. Ritual Bakar Tongkang juga merupakan kisah pelayaran masyarakat keturunan Cina yang melarikan diri dari penguasa Siam pada abad ke-19.

Didalam kapal yang di pimpin oleh Ang Mie Kui, terdapat patung Dewa Kie Ong Ya dan lima dewa, dimana panglimanya disebut Taisun Ong Ya. Patung -patung dewa ini mereka bawa dari tanah Tiongkok dan menurut keyakinan mereka, dewa tersebut akan memberikan keselamatan dalam pelayaran, hingga akhirnya mereka menetap di Bagansiapiapi.

Untuk menghormati, mensyukuri kemakmuran dan keselamatan yang mereka peroleh dari hasil laut sebagai mata pencaharian utama masyarakat Cina Bagansiapiapi, maka mereka membakar 'wangkang' atau tongkang yang dilakukan tiap tahun. Proses sembahyang tersebut dilaksanakan pada 15, 16 bulan 5 tahun Imlek.

Ada juga sumber lain menyebutkan bahawa ritual Bakar Tongkang adalah ritual pemujaan untuk memperingati hari ulang tahun Dewa Kie Ong Ya atau Dewa Laut. Upacara ini memiliki ciri khas tersendiri dan tidak dapat ditemui di tempat lain di Indonesia. Pada zaman pemerintahan Soeharto, upacara seperti ini sempat dilarang tetapi kemudian diaktifkan kembali di era pemerintahan Gus Dur sampai sekarang ini.

Sayangnya, saya sampai lambat di sini, baru minggu lepas upacara ini telah dilaksanakan. Maklumat ini saya kutip dari internet hasil dari pertolongan lelaki Cina seperti yang saya ceritakan sebelum ini.

Bagansiapiapi: 5cap6 Bakar Tongkang King Ship Burning Ritual

thehimalaya 5 videos
<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl73.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div>


Bersambung insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Riau 4.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Di hotel Rohil Bagan Siapiapi, Riau.
Jun 17, 10.

Sila lihat catatan perjalanan di Riau..

PM Australia Yahudi, Kawan Makan Kawan?


PM Australia Julia Gillard seorang Yahudi

JUMAAT, JUN 25 10: Mantan Perdana Menteri Australia Kevin Rudd akhirnya berdepan dengan rakan Partai Buruhnya sendiri, Julia Gillard. Dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri, Julia Gillard terus terang menjelaskan memang tujuannya untuk mengalahkan Rudd, yang sudah tidak mendapat kepercayaan partinya sendiri dan rakyat Australia.

Sedikit Mengenai Julia Gillard.

Pertama: Julia Eileen Gillard atau lebih dikenal dengan nama "Gillie", lahir di Barry, Wales, 29 September 1961; umur 48 tahun, adalah Perdana Menteri Australia ke-27 dan wanita pertama yang menjadi perdana menteri Australia. Gillard menjadi Pemimpin Partai Buruh Australia pada pemilihan 2010. Semalam, pada 24 Jun 2010 dia mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru.

Kedua: Pada 11 Desember 2007 dia pernah menjadi wanita pertama dalam sejarah Australia yang menjalankan peranan perdana menteri sementara, semasa menggantikan Kevin Rudd dalam Konferen Perubahan Iklim PBB di Bali.

Ketiga: Gillard juga merupakan perdana menteri pertama kelahiran luar negara sejak Billy Hughes, yang menjabat 1915-1923.

Keempat: Juga perdana menteri pertama Australia yang tidak pernah berkahwin, berbanding John McEwen seorang duda selama menjabat perdana menteri, tetapi kemudian telah berkahwin lagi.

Kelima: Gillard telah menjadi anggota Partai Buruh sejak pilihan raya federal 1998. Dia berasal dari Divition Lalor, barat Melbourne. Pada 23 Jun 2010 sehari sebelum angkat sumpah, setelah pertemuan sepanjang malam antara Gillard dan Kevin Rudd, kemudian Rudd menemui media pada pukul 10.30 pm dan mengumumkan bahawa Gillard telah meminta Rudd mengundurkan diri.

Keenam: Gillard tidak pernah berkahwin atau mempunyai anak. Tetapi, pasangannya sejak tahun 2006, Tim Mathieson, adalah seorang penata rambut Gillard. Jurucakapnya mengatakan dia adalah seorang Baptis "non-praktis" dan "tidak religius."

Ketujuh: Menurut salah satu jawaban di wiki.answer, Gillard berketurunan Yahudi dari ayahnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bolehkah dikatakan antara mantan perdana menteri Australia Kevin Rudd yang dikalahkan oleh rakan Partai Buruhnya sendiri, Julia Gillard sebagai 'kawan makan kawan? (Pelbagai sumber/AK)

Gadis Cina Itu Baik Padaku, Mengapa?

Catatan Perjalanan: Riau 3 -Bagan Siapiapi

Map data ©2010 GMS, MapIT, Tele Atlas - Terms of Use
Map
Satellite
Hybrid

"BAPAK, sila!" Beberapa gula-gula diletakkan di tapak tangannya, dihulurkan pada saya mesra. Saya ambil. Dihulurkan kepada lelaki bangsa Indonesia yang duduk di sebelah saya. Terima kasih, katanya, tapi dia tidak ambil.

"Itu keluarga bapak?" Lelaki Indonesia itu berbisik kepada saya, sambil jarinya menunjuk kepada dua wanita Cina yang duduk dihadapan saya.

Kami bertolak dengan sebuah kereta Toyota Kijang dari Dumai menuju Bagansiapiapi. Kira-kira 3 ke 4 jam baru sampai. Kota Dumai yang ditinggalkan, adalah sebuah kota di Provinsi Riau. Tercatat dalam sejarah, Dumai, yang asalnya sebuah dusun kecil di pesisir timur Propinsi Riau, kini mulai menggeliat menjadi mutiara di pantai timur Sumatera.

Bagansiapiapi (juga dikenal sebagai Bagan 峇眼 atau Baganapi 峇眼亞比) pula adalah ibukota Kebupaten Rokan Hilir, Provinsi Riau. Kota ini terletak di muara Sungai Rokan, kota Kabupaten Rokan Hilir.

Dua wanita China di depan saya itu adalah seorang gadis yang mempelawa gula-gula kepada kami bersama ibunya. "Tidak, mereka bukan keluarga saya. Saya cuma bertemu di Dumai saja. Mereka datang dari Batam hendak pulang ke kampung asal mereka Bagansiapiapi." Jawab saya kepada lelaki di sebelah saya.

"Maaf pak, saya fikir bapak orang Cina." Katanya lagi.

Baru saya terfikir, patutlah ramai orang-orang Cina yang saya temui di Dumai begitu mesra dengan saya, kerana rupa saya mirip orang Cina. Dan maklumat yang saya perolehi hasil perbualan sepanjang perjalanan kami itu, termasuk pemandu kereta itu yang banyak pengalaman, baru saya tahu bahawa Bagansiapiapi adalah sebuah kota nelayan yang pada 1980an pernah tercatat sebagai salah satu daerah penghasil ikan terbesar di Indonesia.

Daerah itu juga pada suatu masa dulu adalah pelabuhan dengan produksi ikan kedua terbanyak di dunia setelah Norway. Dimulai sejak 1886, ketika gelombang orang Tiongkok (sekarang Republik Rakyat China datangi ke daerah ini adalah kerana ikan yang luar biasa banyaknya. Masa kejayaan Bagansiapiapi dicapai pada zaman pemerintahan Hindia Belanda tahun 1930. Pelabuhannya yang menghadap langsung ke Selat Melaka menghasilkan ikan sebanyak 300,000 ton per tahun. Tetapi sejak 1970an ianya sudah mulai redup hingga kini.

Bekas peninggalan Bangunan Kapitan Bagansiapiapi

Bagansiapiapi memiliki komuniti Cina yang besar. Kota ini dikatakan dikembangkan oleh mereka. Dari 1894 hingga 1948, kota ini seluruhnya berpenduduk warga China. Ketika Soekarno dan Hatta memproklamasikan kemerdekaan Indonesia 17 Ogos 1945, warga kota ini tidak mengakuinya, malah mengibarkan bendera Thailand,Tiongkok dan Belanda. Kemerdekaan Indonesia baru diakui setelah berlaku pertempuran dengan tentara dari Sumatra Utara.

Perbualan kami nampak semakin mesra, hingga tidak sedar kami sudah sampai ke distinasi.

"Dah. Kami sudah sampai! " kata anak gadis itu. "Dah 3 tahun kami tidak pulang, merantau cari makan di Batam. Rindu rasa ingin lihat GoCapLak di sini!"

GoCapLak. Apa itu? Saya ingin tahu. Saya nak tanya, tapi kereta kami sudah sampai, semua turun kecuali kami bertiga. "Bapak mahu ke mana?"

"Saya mahu cari penginapan murah." kata saya.

"Ikuti kami saja, hotel deretan rumah kami itu ada, walaupun murah tapi agak selesa." Pelawanya. Saya bersetuju.

Setelah menyewa bilik hotel, kira-kira jam lapan malam, saya keluar makan dan akhirnya cari internet kafe, ingin tahu mengenai 'GoCapLak'. Terlangak-langak saya, dari satu kedai ke satu kedai berjalan kaki mencarinya, masih belum jumpa.

Tiba-tiba seorang Cina agak sebaya saya tersenyum, menghampiri dan bertanya saya, "Bapak masih belum ketemu kedai internet?"

"Ya!"

Dia terus memanggil anak lelakinya, "Tolong bapak ini! Hantarkan ke kedai internet." Saya membonceng di belakang motosikalnya. Se sampai di sebuah kedai internet, penuh pula. Kami cari kedai lain jumpa sebuah kedai, tak penuh, boleh. Saya ucapkan terima kasih, nak beri upah membawa saya dia tak mahu. Dia cuma tolong sahaja, katanya.


Kelenteng In Hok Kiong di tengah kota Bagansiapiapi

Kira-kira 10 minit, dia datang lagi, "Bapak tahu jalan pulang nggak?". Saya angguk, sambil menepuk bahunya mengucapkan terima kasih lagi. Dia terus pergi.

Terfikir lagi saya, mungkin inilah tuahnya, wajah saya mirip orang Cina. Begitu juga dengan keramahan gadis tadi itu. Hal ini menyebabkan saya tertarik untuk melihat budaya orang Cina di sini.

Bersambung Insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Riau 3.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Bagan Siapiapi, Riau.
Jun 17, 10.

Sila lihat catatan perjalanan di Riau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails