Wednesday, June 23, 2010

Pelacur Makin Berani & Biadap, Perlukan Hukum Hudud?


Seorang pelacur (kiri) bertindak melondehkan seluarnya selepas bengang gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Balai Polis Dang Wangi semalam.

KL.JUN 23 10: Tengah malam tadi, terlihat seorang lelaki sedang menarik seorang perempuan masuk ke sebuah lorong depan di Jalan Tun Sambathan, Brickfield, depan kompleks KL Sentral. Pihak pemberita Blog Ibnu Hasyim mulanya rasa hendak menolong, tetapi apabila diikuti ke lorong tersebut, rupanya terdapat berpuluh-puluh lagi pelacur-pelacur sedang berkeliaran di situ mencari pelanggan. Jadi tidak hairanlah jika terdapat gurauan-guraun seperti itu sebagai cara menarik pelanggan.

Semasa hendak keluar dari lorong itu, beberapa pelacur di situ terus mempelawa merentap bahu pemberita blog ini dengan berani dan biadap, sambil berkata, "Main RM30 saja, lama pun tak apa!" kata seorang pelacur wajahnya macam wanita Cina. "Mari cuba.. belum cuba belum tahu."

Ramai juga terdapat pelacur-pelacur berbangsa India.

Sementara itu, Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang daripada lima pelacur warga China menunjukkan aksi biadap apabila bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya sebaik menyedari gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Wanita terbabit bertindak demikian kerana bengang dengan tindakan jurugambar berkenaan yang tidak putus-putus merakam gambarnya sebaik dia dan rakan-rakannya turun dari kenderaan polis. Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya memakan diri apabila dia dimarahi oleh pegawai polis yang mengiringi mereka ke lokap.

Kelima-lima wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas polis melakukan operasi di sebuah plaza di Jalan Pudu di sini kelmarin. Ia ekoran pendedahan yang dibuat Kosmo! selama dua hari berturut-turut sejak Sabtu lalu mengenai kegiatan pelacur-pelacur berkenaan yang selamba menjual diri depan tandas pasar raya berkenaan.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi diketuai Cif Inspektor Rosmizan Abdul Wahab bersama lapan anggota. Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa jam sebelum menahan suspek.

"Ketika diserbu, kesemua mereka termasuk pelanggan yang sedang berurusan melarikan diri," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pelacur-pelacur kini begitu berani dan biadap, nampaknya tindakan polis itu tidak memberi kesan kepada mereka. Apakah dengan peraturan Islam dan hukum hudud sahaja baru dapat menginsafkan mereka? (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Bila seks jadi matlamat, negara akan hancur....

Pilihlah calon yg berakhlak dlm pilihan raya nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails