Saya sokong pandangan 3 pemimpin ini.. YB Sim Tze Tzin Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang. ADUN Pantai Jerejak, YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau dan YB Sivarasa Ahli Parlimen Subang. Lihat kenyataan mereka...
Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.
Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:
- Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.
- UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)
- UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.
- Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.
- Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta
- Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.
- Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)
- Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go
Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar.
Pertama sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch & Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan.
Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat. Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudian, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.
Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.
Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.
Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!
Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.
YB Sim Tze Tzin
Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
ADUN Pantai Jerejak
YB Yusmadi
Ahli Parlimen Balik Pulau
YB Sivarasa
Ahli Parlimen Subang
Saya sokong kenyataan mereka. Teruskan kempen bantah kenaikan tol jambatann Pulau Pinang. Parti-parti politik, NGO dan weblog perlu berkerjasama dalam hal ini. Sila buat demontrasi besar-besaran di seluruh negara.
Catatan Santai Ibnu Hasyimalamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Jun 24 10
Sebelum ini...
2 comments:
Asalamualaikum,
Pulau Pinang TIDAK PERLU JAMBATAN KEDUA. Pull stop.
Mahahtir merosakkan menaliti rakyat dengan mencadang dan memberi tender jambatan Pulau Pinang. Kemudian disoong oleh Pak Lah anak Seberang Perai dan bukan anak Pulau Pinang.
Sebagai anak Pulau Pinang saya menentang 100% projek jambatan kedua.
1. Jambatan ini mengambil tanah orang Melayu.
2. Jambatan ini meningkat jumlah kenderaan ke atas pulau.
3. Jambatan akan meningkatkan pencemaran udara di atas pulau.
4. Jambatan akan menjadikan kawasan Balik Pulau bising dan sesak.
5. Penang hanya perlukan sistem LRT.
6. Sistem LRT ini perlu menyambungkan Batu Maung sehingga jeti ke Tg Bungah.
7. Wujudkan laluan lrt bawah laut antara Bagan dengan Jeti.
Wujudkan sistem LRT sama seperti Putra LRT di Lembah Kelang.
8. Laluan LRT ini terus sehingga Kulim.
9. Stesen KTM hanya berhenti di Bkt Mertajam dan penumpang ke Penang bertukar kepada LRT di Bkt Mertajam.
10. Wujudkan komuter KTM antara Alor Star sehingga Taiping.
Atas sebab-sebab ini kerajaan Malaysia boleh menyelamatkan duit rakyat dari dibaham oleh UEM dan kuncu-kuncunya yang dimiliki Daim, Mahathir and the geng.
salam..
saya skong pendapat tuan.Balik pulau skang pun dah makin banyak kenderaan terutama sekarang(musim durian)..
Post a Comment