Wednesday, June 23, 2010

Pimpinan PAS Perlu Istihar Harta Setiap Tahun -PAS Kaw Batu


KL. JUN 23 10: PAS Kawasan Batu mendesak PAS Pusat agar menyediakan polisi peristiharan harta pada setiap tahun kepada umum atau media. Demikian dinyatakan oleh yang juga Naib YDP Kawasan tersebut, dalam blognya 'SanggahTokSago.com'.

Menurutnya, hal ini melibatkan mana-mana pimpinan dan ahli yang berjawatan atau lantikan politik dalam kerajaan yang dimenangi, atau wakil rakyat di negeri dimenangi pihak lawan, bagi mempastikan ciri-ciri ketelusan, integriti, amanah dalam menjalankan tugas, tanggungjawab agar ia benar-benar terlaksana, tidak menjadikan jawatan politik sebagai “batu loncatan” untuk mengisi serta memenuhi kepentingan diri sendiri.

Keputusan ini dibuat kerana:

Pertama: Menyedari isu ketelusan dan integriti mampu memperkuatkan sesebuah kerajaan melalui penghormatan, kepercayaan dan keyakinan tinggi rakyat tanpa berbelah-bahagi;

Kedua: Menyedari kerajaan pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang sentiasa diintip, dicari kesalahan, direka-reka kebobrokan dan dinanti-nantikan kepincangan oleh musuh-musuh politiknya serta diakui isu-isu dan kes-kes dalaman parti dan individu mampu menggugat dan memusnahkan kuasa dan masa depan parti;

Ketiga: Menyedari melalui kuasa yang diperolehi dari amanah rakyat pada pilihan raya umum lalu, selain menjadi wakil rakyat terdapat jawatan-jawatan lantikan politik yang penting dalam kerajaan yang dimenangi, yang menjadi lubuk kekayaan serta terdedah kepada rasuah;

Keempat: Menyedari tidak pernah diamalkan oleh PAS untuk mana-mana pimpinan dan ahli yang berjawatan / lantikan politik dalam kerajaan yang dimenangi atau wakil rakyat di negeri yang dimenangi pihak lawan; mengisitiharkan harta kepada umum;

Kelima: Menyedari tiada polisi khusus yang disediakan oleh PAS agar mana-mana pimpinan dan ahli yang berjawatan / lantikan politik dalam kerajaan yang dimenangi atau wakil rakyat di negeri yang dimenangi pihak lawan; mengisitiharkan harta kepada umum pada setiap tahun.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Memandang pentingnya isu ini untuk meyakinkan lagi rakyat kepada kepimpinan PR , sepatutnya perlu diusahakan supaya usul ini di bahas dalam muktamar PAS baru-baru ini. Allahu akbar!

2 comments:

Anonymous said...

Setuju.
Biar kita mulakan sebagai contoh.

Anonymous said...

Tahniah!
Satu cadangan yang dah lam pun dibuat di Amerika Syarikat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails