Saturday, April 03, 2010

Polis Monyet, Hanya Dengan Sebotol Susu?

Polis Monyet pun berperanan mengawal manusia, di Selatan Thai.

POLIS Monyet. Bukan polis jadi monyet atau berperangai monyet, tidak! Tetapi seekor monyet yang direkrut menjadi polis. Disebut 'Monkey Police..' atau PICT. Monyet dikenakan pakaian seragam polis. Lihat gambar di bawah ini.




Polis monyet ini digunakan untuk mengawasi peraturan perundangan dan tata tertib, berdepan dengan orang ramai, naik atas kenderaan dengan pakaian polis. Hal ini berlaku di Selatan Thailand dalam misi pihak polis untuk memperbaiki hubungan dengan masyarakat.

Santisuk, adalah Monkey Police yang bertugas di sebuah pos pemeriksaan di Saiburi wilayah Yala, bukan sahaja mengawal tata tertib tetapi juga membantu rakyat mengumpulkan buah kelapa. Monyet itu asalnya ditemui dengan lengan yang patah, diambil dan dilatih untuk mengambil kelapa. Setiap layanan dihargai dengan sebotol susu.

Kopral Polis, Yutthapol Phromdao Yutthapol mengambil Santisuk dan berpatroli dengannya setiap hari. Dia mengatakan dibandingkan dengan pos-pos pemeriksaan lain, dimana petugas perlu berurusan dengan kenderaan yang menjemukan, tetapi dengan adanya Santisuk, tempat itu akan menjadi ‘tempat yang menyenangkan’. Pemandu-pemandu sanggup lambatkan kenderaan mereka, untuk bermain dengan monyet tersebut, berphoto dan lain-lain.

Polisi daerah sekitar lainnya sedang mempertimbangkan bagi melatih monyet dan merekrut mereka setelah Santisuk.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Ingatlah wahai pihak polis, pegawai kerajaan atau pemimpin sekalipun, jangan hanya bertugas kerana sebotol susu. Besarkan wawasan anda, bukan hanya di dunia ini sahaja, tetapi juga berkembang hingga ke luar dunia yang kekal abadi.. Wallahu 'aklam. (2MA)

Pastikan Anwar Mati Sebelum Robek M'sia -RR


KL, 3 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti. Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.

Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama. "Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.

Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini. Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:

"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."

Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:

"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............ (AK)

Melayu Atau Rakyat M'sia Didulukan? Siapa Pelampau?



KL April 03, 10: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bukan kumpulan pelampau ekstrem, jika seseorang benar-benar memahami tuntutan mereka.

Justeru, katanya PERKASA boleh terus memperjuangkan hak Melayu selagi tuntutan dan pandangan mereka tidak melampau, - kerajaan akan cuba memenuhinya, sama seperti kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan bukan Melayu.

Najib berkata demikian ketika diwawancara oleh Al-Jazeera menerusi rancangan 101 East, malam semalam oleh wartawan Fauziah Ibrahim sempena genap setahun beliau menerajui Malaysia. Menurut Najib adalah tidak benar PERKASA tidak akan menyokong Umno kerana sebahagian besar ahlinya sedar bahawa hanya parti itu yang mampu mempertahankan kepentingan Melayu dan pada masa yang sama menyatukan negara.

“Umno adalah parti yang kukuh dan ditubuhkan dengan asas yang mantap. Umno mampu berdepan dengan PERKASA ataupun kumpulan lain," jelasnya.

Najib juga diminta ditanya mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya. “1 Malaysia adalah semangat kekitaan yang kita adalah satu masyarakat, satu negara. Ia dicapai melalui perubahaan minda.

"Dalam perkataan lain, kita bertolak-ansur sesama kita dan bertoleransi berhubung perbezaan bangsa dan agama. Tetapi itu peringkat permulaan.

“Seterusnya, ialah menerima perbezaan itu. Kita menerima perbezaan itu sebagai sesuatu yang baik untuk negara ini.

“Kemudian adalah berkaitan sistem nilai kita dari segi minda dan akhirnya jika kita menerima semua itu, maka kita akan meraikan perbezaan berkenaan. Ini bererti kita selesa dengan hakikat bahawa kita adalah masyarakat berbilang bangsa dan agama,” jelas Perdana Menteri dengan panjang lebar.

Bagaimanapun apabila ditanya wartawan, mengapa selepas lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaannya, - kini rakyat perlu diajar bagaimana untuk hidup dengan harmoni, Najib menjadi tidak selesa.

Come on. Come on. Lihat apa yang berlaku di Eropah. Yugoslavia berpecah, Ada masalah di Ireland Utara. Kumpulan pelampau wujud di Amerika. Di sana ada Klu Klux Klan moden, okay. Pelampau wujud di mana-mana masyarakat termasuk di negara ini. Hakikat wujudnya pelampau dalam masyarakat bermakna kita perlukan 1Malaysia,” katanya.

Najid kemudiannya diasak dengan soalan bagaimana dia sebagai ketua parti yang memperjuangkan hak, kepentingan dan keperluan Melayu tetapi pada masa yang sama cuba mempelopori agenda untuk menyatukan Malaysia.

“Ia bukan zero-sum game,” jawabnya ringkas tetapi dtempelak Fauziah dengan dakwaan jawapan Perdana Menteri itu sesuatu yang ironi.

Najib mengulangi: “Ia bukan zero-sum game. Ia adalah kenyataan kerana apabila kita perjuangkan kepentingan Melayu, ia bukan bererti bukan-Melayu dipinggirkan. Malaysia mempunyai sumber negara yang mencukupi untuk membantu semua bangsa di negara ini. Dan saya yakin berdasarkan semangat dan falsafah 1Malaysia, semua rakyat mempunyai hak mereka,” jelasnya lagi.

Al Jazera
kemudiannya mengajukan kepada Najib sama ada dia adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia selepas itu. Bagaimanapun sekali lagi, Najib yang kurang selesa berputar-belit menjawap soalan berkenaan.

“Secara teknikal, jika bercakap mengenai perlembagaan, saya adalah Melayu tetapi saya selesa menjadi Melayu dalam masyarakat Malaysia. Dan saya mahu semua berusaha menjadi masyarkat 1Malaysia. Tetapi saya bangga menjadi Melayu. Saya juga bangga yang saya seorang Muslim. Bagaimanapun hakikat bahawa saya bangga sebagai Melayu dan Muslim tidak bermakna saya tidak boleh mendampingi yang lain.”

Najib juga menafikan bahawa dia akan meminda perlembagaan untuk menyesuaikannya dengan 1Malaysia kerana 1Malaysia didirikan atas perlembagaan sekarang yang melindungi hak orang Melayu. (Malaysiakini.com/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Melayu dulu atau rakyat Malaysia didulukan? Kalau perjuangan asobiah Melayu tidak pelampau, siapa pelampau sebenarnya menurut Datuk Seri Najib Razak?

Chechnya: Janda Peletup Diri Ini Bukan Bunuh Diri


Dia syahid kerana membela kematian bapa, saudara lelaki dan suami yang dibunuh oleh tentera Rusia

Abdurakhmanova

The pair also posed in the undated pictures with Abdurakhmanova, this time wearing the full veil across her face, holding what appears to be a grenade

MOSCOW April 03, 10: Salah seorang pengebom berani mati wanita yang meletupkan diri di stesen tren bawah tanah di Moscow pada Isnin lalu disyaki sebagai Dzhennet Abdurakhmanova iaitu janda berusia 17 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Kematian suaminya, seorang pejuang Islam Dagestan, Umalat Magomedov pada Disember tahun lalu dalam serangan tentera Rusia di Chechnya dikatakan menjadi penyebab Dzhennet yang melakukan serangan berani mati di sebuah stesen tren bawah tanah di Moscow.

Pada Isnin lepas, dua penyerang wanita berani mati melakukan serangan bunuh diri di dua buah stesen tren bawah tanah di Moscow mengakibatkan 39 penduduk maut dan mencederakan 90 yang lain.

Dzhennet yang berwajah keanak-anakan merupakan antara wanita Chechen yang dikenali sebagai 'janda gelap'. Mereka telah bersumpah untuk menuntut bela atas kematian bapa, saudara lelaki dan suami yang dibunuh oleh tentera Rusia. Polis menyiarkan gambar-gambar wajah dua orang pengebom berani mati pada minggu ini.

Bagaimanapun wanita yang melancarkan serangan bom kedua masih belum dapat dikenal pasti. Namun, akhbar Rusia Kommersant mendakwa pengebom itu ialah seorang wanita Chechen berusia 20 tahun, Markha Ustarkhanova. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jadi janda peletup diri ini bukan bunuh diri, tetapi adalah mujahidah yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. apalagi bila kezaliman itu berlaku ke atas diri, keluarga dan masyarakatnya. Kematiannya adalah syahid.. (IH)

Ikuti sebelum ini..

Din Beramboi.. Pesanan Akhir Dalam Lawak?


mStar Online. Sabtu April 3, 2010: Din Sempat Melawak Tentang Kematiannya

KUALA LUMPUR: Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau dikenali sebagai Din Beramboi , 44, kerap membuat lawak tentang kematiannya sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.

Abang Ipar kepada Din, Sharifuddin Che Man, 43, memberitahu arwah sempat melawak tentang kematiannya beberapa kali ketika berada di hospital.

"Banyak pesanan yang disampaikan arwah dalam lawak jenakanya ketika dia sampai di hospital. Dia memberitahu saya bahawa kawan-kawannya akan datang ke hospital melawatnya selepas dia meninggal.

"Banyak kali dia cakap ayat yang sama, dengan kakitangan hospital yang ingin bergambar dengannya juga dia melawak agar tunggu masa kematiannya untuk bergambar dengan rakan-rakan artis yang lain.

"Namun sukar untuk pastikan sama ada dia buang tabiat atau melawak sebab dia memang begitu," katanya yang masih dalam keadaan terkejut.

Dalam pada itu, dia turut menyifatkan Din sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Walaupun dia sibuk dengan kerja-kerjanya dia sentiasa memastikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah dijalankan

"Namun, sejak akhir-akhir ini sahaja, dia mengeluh sebab tidak ada masa untuk betulkan rumah," jelasnya yang mengagumi abang iparnya itu.

Tambahnya lagi, sifat cerianya membuatkan dia disenangi penduduk di kawasan ini.

"Masa bujang dia tinggal bersebelahan dengan rumah saya, seluruh penduduk kawasan ini menyenangi sikapnya, malah orang tidak siuman di kawasan ini turut menjadi rakannya.

"Saya pasti pemergiannya dirasai seluruh penduduk kawasan ini," katanya kepada pemberita.

Manakala Isterinya, Suhaini Che Man yang masih dalam keadaan lemah tidak mahu ditemuramah.

Dia yang tiga hari tidak selera makan dan berada disisi arwah ketika di hospital menggangap pemergian arwah suaminya itu sebagai takdir yang telah ditentukan.

Din meninggalkan isteri bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Farid Kamil, Sharifah Shahirah, Zul Yahya dan ramai lagi.

Terdahulu, Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke ICU kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin.(AK)

Sebat: Boleh Ampunkan Kartika Kecuali... -Mohd Amar

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BARU, 2 April 10— Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, soal pengampunan atau sebaliknya terhadap bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno tidak berbangkit.

Ini kerana menurut beliau, asas hukuman tersebut bukan berdasarkan kepada hukuman Islam.

“Kalau hukuman itu adalah hukuman Islam ataupun hukuman syarak sungguh, tak boleh ampun.

“Islam menetapkan hukuman sebat sebanyak 20 sebatan kepada orang Islam yang melakukan kesalahan meminum arak.

“Tapi dalam kes Kartika hanya dikenakan enam sebatan sahaja. Dan enam itu sebenarnya bukan undang-undang Islam,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Oleh yang demikian Mohd Amar bertegas, antara hukum Islam dan undang-undang pentadbiran syarak adalah dua pegertian yang berbeza.

“Kalau betul-betul hukuman itu dijalankan berdasarkan kepada hukuman Islam, maka 20 sebatan tak boleh diubah-ubah, mesti kena 20 juga.

“Enam sebatan itu adalah undang-undang yang diadakan di bawah kuasa pentadbiran syarak, bukan undang-undang Islam,” katanya.

Justeru dalam kes Kartika yang telah mendapat pengampunan Sultan Pahang terhadap kesalahannya tidak berbangkit kerana kata beliau, “dalam konteks itu Sultan sebagai ketua agama negeri mempunyai kuasa untuk mengampun kecuali hukuman itu benar-benar mengikut hukum Islam."

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengampunkan Kartika daripada hukuman sebat atas kesalahan meminum arak yang ditangguhkan sejak Ogos tahun lalu, sebaliknya diganti dengan kerja-kerja khidmat masyarakat selama tiga minggu.

Bagi membolehkan pelaksanaan hukuman itu, Kartika akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk tindakan susulan.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

Pagi tadi, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia kecewa dengan keputusan Sultan Pahang yang membolehkan hukuman sebat ke atas Kartika digantikan dengan kerja-kerja khidmat sosial. (The Malaysian Insider/2MA)

Kecoh DUN & Parlimen, Apakata Tok Guru Nik Aziz

KEMASKINI
APRIL 02, 10. KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu semua pihak kembali kepada peraturan bagi mengelakkan berlaku kekecohan sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Mursyidul Am Pas itu berkata, setiap kekecohan yang berlaku itu berpunca daripada sesuatu sebab. Katanya, Dewan adalah suatu tempat yang mulia dan tempat mereka yang cerdik dan tahu mengenai undang-undang untuk membincangkan sesuatu perkara.
dan tempat mereka yang cerdik dan tahu mengenai undang-undang untuk membincangkan sesuatu perkara.

"Untuk mengelak perkara seperti itu berlaku, kita kena kembali kepada peraturan dan undang-undang. Kalau akhirat kita kena ikut agama iaitu al-Quran dan hadis, kalau dunia kita kena ikut perlembagaan dan undang-undang. Semuanya adalah peraturan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kekecohan yang berlaku di Parlimen semalam dan Dewan Undangan Negeri Perak antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Dalam kejadian di DUN Perak Rabu lalu, semua 28 wakil rakyat pembangkang keluar meninggalkan sidang dewan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang masuk hari kedua.

Sementara di Parlimen semalam hampir semua Ahli Parlimen pembangkang mengambil tindakan serupa selepas tamat sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. Sehubungan itu beliau menasihatkan pihak berkenaan perlu mengikut peraturan bagi mengelakkan kekecohan yang berlaku.

Dalam ceramahnya, Nik Aziz berkata setiap perbalahan yang berlaku di kalangan manusia adalah berpunca daripada mereka ingin menjaga kepentingan manusia yang lain menerusi hawa nafsu, tanpa berpandukan kepada ajaran Islam. - Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim:

i). ' Kalau akhirat kita kena ikut agama iaitu al-Quran dan hadis, kalau dunia kita kena ikut perlembagaan dan undang-undang. ' Yang penting dan perlu dijelaskan lagi ialah perlembagaan dan undang-undang itu mestilah tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.

ii). 'setiap perbalahan yang berlaku di kalangan manusia adalah berpunca daripada mereka ingin menjaga kepentingan manusia yang lain menerusi hawa nafsu, tanpa berpandukan kepada ajaran Islam.' Siapa yang tidak berpandukan kepada ajaran Islam? Lihat perlembagaan partinya. Hanya PAS parti yang berperlembagaan Islam dan secara tidak langsung mempengaruhi rakan-rakan partinya. (2MA)

Berita dari Harakahdaily.net: Dun Perak kecoh kerana tidak ikut peraturan - Nik Aziz

KOTA BHARU
, 3 April: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak tidak akan menjadi kecoh sekiranya anggota dewan khususnya mematuhi perlembagaan negeri yang sedia ada, namun yang paling utama ialah mematuhi perlembagaan diselaraskan dengan Al-Quran.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar mempertikaikan ahli Dewan Negeri yang ‘dibawa masuk’ (menjadi anggota Dewan) melalui mahkamah, namun beliau akur bahawa perjalanan Dewan Negeri termasuk di Perak perlu berdasarkan peraturan.

“Dalam dewan ada peraturan, dan menjadi peraturan dewan (bahawa) mereka yang menganggotai dewan itu mesti wakil rakyat.

“Dan kalau nak jadi wakil rakyat mesti melalui undi (malalui proses demokrasi), itulah peraturannya. Tetapi sekiranya (ahli yang menjadi anggota Dewan itu) sebahagiannya melalui undi, dan sebahagiannya pula melalui tok hakim (mahkamah), mana boleh demikian,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang disifatkan sesetengah pihak sebagai dalam ‘zoo’ sedangkan padanya termasuk di negeri Perak, ada peraturannya.

Beliau mendakwa kekecohan yang berlaku dalam dewan itu di mana golongan yang cerdik yang tidak boleh tunduk kepada perbuatan zalim, manakala mereka yang satu pihak lagi merasakan dizalimi, mereka melawan.

“Itu tanda mereka cerdik, tetapi kalau dikhianati namun mereka buat senyap saja itu tanda tak cerdik. Bagaimana pun, perbalahan itu mesti ada punca, takkan sebelah A lawan B dengan tidak ada sebab, tidak begitu. Mesti B buat masalah pada A dan A kena lawan atau pun A buat masalah pada B dan B kena lawan.

“Islam pun mengajar demikian. Demokrasi pun ajar, jadi jangan nampak benda kekecohan dalam Dewan lalu diburukkan lagi keadaan. Mesti ada sebab, kita kena tengok kepada sebab, kekecohan itu kerana apa termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya.

Beliau mendakwa, kekecohan itu disebabkan rakyat yang mengundi memilih calon A ke dalam dewan, namun orang lain pula membawa masuk orang lain melalui mahkamah.

“Mana boleh, sepatutnya memberi peluang kepada rakyat. Ini kerana membawa masuk wakil dalam dewan pun rakyat, hendak membawa masuk calon lain pun terlebih dahulu mesti tanya rakyat.

“Itu yang kita sebut beri peluang kepada pilihanraya semula, ini bendanya. Orang bawa masuk wakil rakyat melalui dewan, kita (pihak tertentu) mengubahnya,” katanya.

Mursyiyul Am menasihatkan bahawa semua perkara hendaklah bertindak dengan betul mengikut peraturan.

“Dari segi agama mestilah mengikut Islam. Kalau tak mahu agama, ikutlah perlembagaan, tetapi perlembagaan itu setakat di dunia sahaja. Apabila masuk kubur (mati) tidak berguna lagi.

“Oleh sebab itu kita di Kelantan mempastikan bahawa proses perlaksanaan perlembgaan selaras dengan Quran, dengan itu dalam kubur nanti (di akhirat) kita selamat , dan atas dunia pun kita jadi selamat, insya Allah,” katanya.

Friday, April 02, 2010

Osama Laden, WTC & Misteri Angka 11.... Betul Ke??

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEBUT sahaja 11 September, ramai teringat peristiwa runtuhnya menara kembar World Trade Center (WTC) di New York setelah dihentam dua pesawat penumpang, yang masih menjadi phobia hingga kini, walaupun peristiwa itu berlaku pada tahun 2001. USD20 seperti gambar di atas pun dibuat untuk memperingatinya, gambar bangunan WTC yang sedang runtuh. Saya tak pasti apakah gambar itu hanya gambar wang USD di internet, atau wang betul-betul keluaran AS yang dipasarkan.

Teringat saya kepada peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia, sewaktu berlaku rusuhan perkauman, lepas itu ramai yang takut dengan angka13. Hingga bangunan-bangunan pejabat waktu itu pun ditiadakan tingkat 13. Ganti dengan 12A atau ditiadakan langsung. Kalau kita naik lif bertemu tingkat 11, 12 dan terus 14. Atau digantikan dengan 12A. Tidak ada tingkat 13. Seolah-olah semua sudah takut angka 13. Kalau booking nombor pendaftaran kereta, orang suka dengan angka yang kecil, tetapi tidak dengan angka 13.

Pada tahun 1970an dan 80an, nama Dr Rashid Khalifa juga terkenal dengan komputer dan angka 19. Pelbagai tafsiran angka 19. Bahkan ayat Bismillah.. pun dikatakan tergabung dari 19 huruf. Macam-macam dibongkar kehebatan angka 19.

Kini 11 September 2001 pula, masih panas diperkatakan. Siapa sebenarnya pelaku atau pelakon di balik peristiwa tersebut. Berbagai teka-teki diandaikan. Apa motivasinya? Mulai dari rumor, isu, gosip, dugaan, hingga berbagai analisis dikemukakan, tetapi sampai sekarang tragedi WTC 11 September tetap menjadi misteri yang belum terungkap. Meskipun pemerintah AS telah menetapkan pelaku dan pelakonnya ialah Osama Bin Laden, namun masih banyak kalangan yang sangsi.

Apa yang menarik, tragedi ini juga dicermati oleh pemerhati numerologi dan simbol-simbol dari seluruh dunia. Beberapa kalangan, yakin bahawa angka-angka atau simbol-simbol yang mengiringi tragedi 11 September itu, bukanlah terjadi secara kebetulan, melainkan sudah ‘dirancang’.

Contohnya, mari kita lihat ini. Dikatakan angka 11 ternyata banyak sekali terdapat sekitar tragedi 11 September. Contohnya berikut ini, :

1. WTC terletak di “New York City”, huruf dalam tulisan kota ini berjumlah 11.

2. New York adalah negara bahagian AS dengan nomor urutan ke 11.

3. Bentuk bangunan menara kembar WTC membentuk angka 11.

4. WTC memiliki julukan “Sky****pers” jumlahnya, hurufnya juga 11

5. Jumlah lantai di masing-masing bangunan WTC adalah 110 lantai (11 + 0 = 11)

6. Tragedi terjadi pada tanggal 11 September (9) hingga kalau digabung menjadi 1 + 1 + 9 = 11

7. Dua Pemimpin yang berkuasa dan memiliki kaitan erat dengan tragedi ini adalah

(i).George W Bush = 11 huruf
(ii).Ari.el Sharon = 11 huruf

8. Negara pertama yang menjadi sasaran dan soroton AS adalah Afghanistan, jumlah hurufnya juga 11

9. Pesawat terbang yang pertama kali merempoh bangunan WTC, menurut data menyangkut 92 orang penumpang. Jika dijumlah angka 9 + 2 jadi 11.

10. Pesawat kedua yang menyusul merempuh bangunanna WTC, menurut data mengangkut 65 penumpang. Jika angka 65 dijumlahkan menjadi : 6 + 5 = 11

11. Seluruh penumpang pada keempat pesawat yang menyerbu AS pada 9/11 berjumlah 254 orang, jika ketiga angka ini dijumlahkan menjadi, 2 + 5 + 4 = 11

12. Tiga tahun setelah tragedi WTC, tepat pada 3/11/2004 terjadi pengeboman di kota Madrid. Deretan angka 3/11/2004 jika dijumlahkan menjadi 3 + 1 + 1 + 2 + 4 = 11. Dan uniknya, pengeboman di kota Madrid terjadi pada hari ke 911 sejak terjadi tragedi WTC, 9 11 jika dijumlahkan hasilnya : 9 + 1+1 = 11.

13. Dan terjadinya serangan tersebut adalah pada hari ke 254 hari kalender dalam satu tahun, jika dihitung 2 + 5 + 4 = 11

Begitulah ngeri bunyinya angka 11 ini, hingga secara sengaja atau tidak, dikatakan menjadi angka paling dekat dengan tragedi Sept 11. Pendiri Gereja Syaitan (GS) Anton LaVey, memilih angka 11 ketika dirinya menyusun '11 Pasal Syaitan di Bumi' (The Eleven Satanic Rules of The Earth). Dalam ilmu astrologi, angka 11 biasanya menunjukkan Pemimpin.

Angka 11 juga merepresentasikan dosa, pelanggaran, dan resiko. Jika angka 10 melukiskan kesempurnaan, maka angka 11 menyimbolkan sesuatu yang lebih sempurna. Jika dipisah (1 + 1 = 2) maka akan ditemukan sebuah dualiti yang saling berhadapan : Lucifer Dan Tuhan (1 dan 1).

Ya, penemuan menarik ini juga dikemukakan dan ditulis oleh berbagai blog di internet. Yakni tentang salah satu kod penerbangan pesawat yang melanggar WTC. Pesawat tersebut berkod penerbangan Q33NY.

Dikatakan, entah bagaimana mulanya mereka ketuk-ketuk nombor tersebut dengan menggunakan salah satu fungsi pengganti huruf di MS Word.. Jika kod Q33NY tersebut di lihat atau diganti dengan tipe huruf Wingding maka tiba-tiba hasilnya adalah, gambar pesawat merempuh dua bangunan, bersama gambar tengkorak dan lambang bendera Israel. Terdapat juga gambar hancurnya WTC berada dalam US Dollar seperti gambar di atas.

Ya, begitulah ceritanya WTC dan misteri angka 11.

Sumber lainnya mengatakan:

Beberapa hari setelah 11 September 2001, serangan teroris di World Trade Center di New York City, dunia sedang mencari jawaban atas satu pertanyaan, iaitu "Hal itu boleh dicegah?"

Dalam ketiadaan fakta, ramai yang mulai mencari kebetulan yang mungkin dapat memberikan beberapa wawasan. Rantaian ini boleh menjadi akibat bagi orang-orang yang putus asa memendam perasaan tetapi lebih cenderung berkreatif membuat sebuah kelucuan jika masa terluang. Anda mahu cuba yang satu ini?

Begini ceritanya. Anda tahu, nombor penerbangan dari salah satu pesawat yang menghentam salah satu dari dua menara itu ialah Q33NY.. Di MS Word, ketik nombor penerbangan, Q33NY. Perbesar ukuran font hingga 26. Ubah font dengan Wingdings 1.

Ya, cuba!!

1. Buka dokumen Word kosong.
2. Ketik Q33 NY di ibukota (ini adalah nombor penerbangan pesawat dari 1 untuk merempuh WTC)
3. Sorot.
4. Ubah ukuran font menjadi 48.
5. Ubah font yang sebenarnya untuk Wingdings (1).

IF U THINK THIS IS UR MENAKUTKAN PUT DALAM NAMA DAN PUT HERE YA ATAU TIDAK BAIK JIKA IT OUT U CREEPED Challis DIMASUKKAN NAMUN AKU INI (Tino) mulai RANTAI ini!

Dikatakan.. Rumor di atas muncul pada hari-hari setelah 11 September 2001, serangan di kota New York. Itu muncul kembali dengan sepenuh hati setelah kelompok-kelompok ekstremis Muslim mengambil kredit untuk 7 Julai 2005, pengeboman di sasaran angkutan umum di London, England. Hari ini paling sering dilihat dibundel dengan missives serupa tentang kebetulan melibatkan angka 11 dan ayat 9:11 dari Al-Quran.

Mengetik "Q33NY" pada Windows Wingdings font menghasilkan gambar dari pesawat terbang, dua potong kertas (yang boleh rasa, menyerupai menara kembar pusat perdagangan dunia jika anda benar-benar perhatikan betul-betul), tengkorak dan tulang bersilang, serta sebuah bintang Daud. Saranan di sini ialah, kombinasi ini mungkin telah diprediksi komplot untuk membunuh orang-orang Yahudi dengan merempuh sebuah pesawat menjadi dua bangunan.

Q33NY... Satu penjelasan yang mungkin kebetulan ini ditawarkan oleh mereka yang memajukan rantaian ini.. adalah bahawa sebahagian besar pemogram komputer adalah Muslim. Dan salah satu dari mereka pasti tahu tentang plot, mengalami krisis hati nurani dan merasa perlu untuk mengatakan kepada dunia tentang ini, tetapi melakukannya dengan cara rahsia untuk melindungi diri dari cabaran.

Lain, lebih jauh lagi, penjelasan beredar adalah.. bahawa orang-orang di Microsoft tahu tentang serangan sebelum terjadi kerana mereka didanai atau dibiyai orang-orang itu. Tegasnya, adalah.. bahawa font Wingdings adalah dezain untuk memberi pesan kod untuk operasi.
http://www.blogger.com/img/gl.photo.gif

Satu masalah dengan kedua penjelasan ini adalah.. bahwa Microsoft diciptakan Wingdings sebagai bahagian dari sistem operasi Windows 3.0 pada akhir 1980an. Font tetap tidak berubah sejak penciptaan. Sehingga.. bahkan jika ada sesuatu desas-desus ini, font mendahului peristiwa yang dimaksud oleh lebih dari satu dekad itu.

Selanjutnya.. pesawat-pesawat yang menghentam World Trade Center menara penerbangan 11 dan 175. Tidak ada, atau telah ada.. pernah ada penerbangan "Q33NY." Bahkan, tidak sesuai urutan valid penerbangan sistem penomboran yang digunakan oleh setiap juruterbang atau lapangan terbang. Baik itu, sebagai bermacam versi, rantaian ini menunjukkan, jumlah ekor salah satu pesawat, jalanraya kedudukan di menara WTC atau beberapa referensi ayat dalam Alquran.

Kemungkinan besar, Q33NY adalah gagasan dari beberapa yang suka berolok-olok.. cenderung mengolok-olok orang mencari kebetulan untuk menjelaskan tragedi yang mengerikan itu. The Wingdings font adalah kumpulan gambar kecil, yang paling banyak digunakan dalam beberapa aspek dari sistem operasi Windows.

Tidak perlu banyak usaha untuk muncul dengan berbagai kombinasi cryptoglyphs untuk menceritakan kisah-kisah yang berbeda. Anda dapat melihat seluruh Wingdings font pada setiap sistem Windows menggunakan built-in fitur Peta Karakter (Klik "Start" pilih "Run," lalu ketik "charmap" dan klik "run"). Break rantai ini.

Sekian. Saya cuma menukilkan... Wallahu 'alam.

Catatan Santai: Ibnu Hasyim
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. April 02, 2010

Lihat sebelum ini..

SMS & Video Lucah, Apa Kata Menteri?

Oleh Masdar Wahid

“Hi, saya HAMINAH Nikmati Koleksi video peribadiku yang hebat dan panas! sila hantar mesej HW ke **********(nombor penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan). Notice! Hanya untuk umur 18 ke atas sahaja.”

Itu merupakan kata-kata promosi agar pengguna telefon bimbit melanggan perkhidmatan lucah yang disediakan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang kini berleluasa kembali.

Tindakan golongan tidak bertanggungjawab ini lebih berani apabila mereka mengirim SMS promosi menggunakan nombor telefon bimbit yang tertera dengan jelas.

Golongan tersebut ternyata hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata menerusi kegiatan yang tidak sihat sedemikian.

Jawapan Menteri

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata, tindakan tidak senonoh itu sememangnya bertentangan dengan undang-undang negara.

“Namun, tidak banyak yang dapat kita dilakukan untuk menandangi perkara yang kian berleluasa itu.

“Setiap penerima SMS seperti itu dinasihati untuk tidak mengendahkan SMS tersebut,” katanya

Beliau menasihati para penerima SMS berkenaan untuk membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang mereka langgani.

Bagaimanapun, menurutnya untuk mengesan dalang di sebaliknya bukan semudah yang disangkakan.

“Lazimnya, agak susah untuk mengesan mereka kerana mereka berkemungkinan bukan berada di dalam negara,” katanya.

Berikut pula ialah kenyataan Pembantu Ketua Setiausaha Kepenggunaan berhubung fenomena itu di laman berita berbahasa inggeris.

Asked about the issue, Domestic Trade, Co-operative and Consumerism (Consumerism and Administration) deputy chief secretary Mahani Tan Abdullah said consumers who subscribe to the service do it of their own choice.

She said 'moral policing' is not possible and it is difficult to monitor the sales and purchase of such services via handphones, and, for that matter, also through the internet.

She said the matter comes under the purview of the Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC).

She added, however, that education from a young age and parental guidance is very important to prevent widespread viewing of such videos.

Asked if the Consumer Tribunal as well as the telcos and system providers are able to do anything about it, Mahani said there is nothing that the tribunal can do since the telcos have not committed any wrongdoing.


"They (the telcos) only provide the highway, they cannot be held responsible although they could bar users (content providers) who abuse the facility.

Pelajar Wanita Ketagih

Beberapa minggu lalu, gara-gara gilakan koleksi klip video lucah seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Jerteh sanggup menjadi dalang berpakat membenarkan rakan mereka untuk memecah rumah keluarga sendiri!

Puncanya kerana tidak mampu melunaskan hutang membeli klip video itu yang berjumlah kira-kira RM1,000.

Lebih mengejutkan, kedua-dua pembekal klip video lucah itu juga merupakan pelajar perempuan.

Pada 4 Mac lalu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap sebuah premis jualan telefon bimbit di Pulau Pinang yang didakwanya membenarkan kegiatan penjualan video lucah.

Anggota Lembaga UNGGAS Mohd Hafiz Nordin mendakwa lambakan video lucah tempatan dan luar negara semakin menjadi trend dan ia memberi kesan terutama masalah sosial kepada masyarakat khususnya remaja.

“Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah… video lucah dijual dengan harga berpatutan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kedai yang menjual video pornografi termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka

Difahamkan, antara kaedah mereka ialah bekerjasama dengan kedai yang menjual isian semula dengan mengarahkan pembeli menulis nombor telefon mereka di kedai tersebut yang biasanya menjual antara RM3 hingga RM 10 melalui Sistem Pesanan Ringkas (sms).

Pencalonan 17 April Dan Pengundian 25 April Ini!




PUTRAJAYA, 2 April [12.35 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (foto) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2005 telah memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC pula, hanya mendapat 22,979 undi.

[Tahniah! kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana akhirnya bertindak profesional dengan mengadakan tarikh pencalonan dan hari pengundian pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada hari cuti iaitu 17 April (Sabtu) dan 25 April (Ahad). Semoga dengan perubahan ini ia akan memudahkan lagi rakyat di kawasan Hulu Selangor untuk membuang undi pada pilihanraya kecil kali ini.

SPR juga diseru bertindak wajar dengan mengelakkan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi lagi selepas ini. Jika SPR mahu mereka terus dihormati rakyat, ciri-ciri adil dan telus itu perlu jelas dalam perkhidmatan mereka. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan terus mengatakan SPR memang sudah jadi talibarut dan komponen UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya]. (AK)

Jawab Siapa APCO, Buat Apa Serang Saya - Anwar


<div id="flash-install">No Flash? <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Go get it!</a></div>


KL, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

Anwar turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?" soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang media tengah hari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel. (AK)

Gerabak Komuter Berasingan Wanita -Shahrizat

KUALA LUMPUR, 2 April — Cadangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang wanita akan memberi keselesaan perjalanan kepada golongan itu dalam persekitaran yang lebih selamat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagaimanapun berkata adalah penting untuk memberi penumpang wanita pilihan untuk menggunakan gerabak wanita atau gerabak campuran.

“Langkah seperti itu perlu selaras dengan usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran bahawa gangguan seksual adalah salah dan tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Kelmarin, KTMB mencadangkan untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.

Bagaimanapun, katanya sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelak sebarang isu lain yang akan timbul. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Patut dah lama buat, bukan komuter sahaja, semua pengangkutan awam.. Lihat contoh-contoh di bawah...

Klik di sini..

Tambahan..

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

Jaga Kereta Kamu, Singa Boleh Buka Pintu Sendiri.


JAGA-JAGA, jika kunjungi taman hewan seperti Taman Safari. Baru-baru ini satu keluarga di dalam sebuah kereta sedan terkejut besar semasa mereka mengunjungi Lion Safari Park di Johannesburg, Afrika Selatan. Di tempat perlancongan seperti ini, kereta memang dibenarkan masuk dan boleh mendekat haiwan-haiwan yang ada di situ.

Tanpa disedari oleh keluarga ini seekor singa mendekati kereta Toyota sedan mereka. Semua pintu kereta ditutup rapat, cuma tak kunci sahaja. Terkejut dan tercengang mereka, bila se ekor singa mendekati keret
a mereka, menggigit handle pintu belakang membukanya.




Nasib baik pemandunya sedar dan sempat mengubah kereta itu. Singa itu, mulanya mengejar, kemudian berhenti. Petugas di situ menjamin, walaupun singa itu boleh buat begitu sendiri, tetapi mereka sentiasa mengawasi dan bertindak cepat untuk menghindari hal-hal yang tidak diingini. (AK)

Budak 4 Tahun Jadi Begini, Salah Siapa?

Gempar kelakuan budak 4 tahun


Gambar yang disiarkan di laman web Detiksurabaya.com menunjukkan Sandy menghisap rokok.

JAKARTA - Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalamVideo selama tiga minit yang dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan laranganya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ketika manusia dilahirkan ke dunia, jiwanya dalam keadaan fitrah. Fitrah manusia adalah kenal kepada Tuhan, mematuhi perintah-Nya, cenderung kepada kebaikan dan tidak suka kejahatan.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah), tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.” (Al-Ruum: 30)

Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa kelahiran manusia ke dunia adalah dalam keadaan fitrah. Sabda baginda yang bermaksud: “Setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Di samping ibubapa, suasana yang mempengaruhi ibubapa, seperti jiran, tempat belajar, sistem pembelajaran, siaran radio-tv, bahkan kerajaan yang memerintah pun terlibat. (2MA)

Bom Syahid Moskow, Doku Umarov Akui Kerjanya..

DOKU Umarov yang menyebut dirinya sebagai "Amir Emirat Kaukasus" menyatakan bertanggung jawab dalam rekaman video yang diposting di situs www.kavkazcenter.com, Rabu (31/3). Dalam rekaman tersebut, Umarov mengatakan bahwa dia sendiri yang memerintahkan serangan tersebut untuk membalas kematian orang awam oleh pegawai keamanan Rusia.

"Saya berjanji pada anda, perang akan tiba di jalan-jalan dan anda akan merasakannya dalam kehidupan dan pada kulit anda," kata Umarov.

Pernyataan Umarov dikuatkan oleh perwakilan "Emirat Kaukasus", Shamsuddin Botokayov. Pada Al-Jazeera ia mengatakan bahwa Amir (pimpinan) mereka sudah mengakui operasi itu dan serangn itu dilakukan untuk tentara-tentara Rusia yang membunuh orang awam tak berdosa.

"Rusia melakukan operasi yang sama di Checnya, rakyat Rusia hanya menyaksikan operasi itu di televisyen dan tidak melakukan apapun. Tetapi kami melihatnya sebagai sebuah realiti. Itulah sebabnya kami ingin mengobarkan perang di jalan-jalan dan di rumah-rumah di Rusia agar rakyat Rusia bisa merasakan apa yang rakyat kami alami," kata Botokayov.

"Pimpinan kami mengatakan, ia ingin rakyat Rusia membuka mata dan mengatakan pada Putin bahawa pemerintah mesti tinggalkan Kaukasus. Pimpinan kami juga mengatakan serangan itu bukan serangan terakhir, serangan selanjutnya akan jauh lebih besar," ancam Botokayov.

Laporan Al-Jazeera mengatakan, Umarov adalah sosok yang paling dicari oleh pemerintah Rusia. Pada bulan Februari, Umarov mengakui bertanggung jawab atas serangan bom di sebuah kereta yang sedang laju dari Moskow menuju St Petersburg. Serangan itu terjadi pada bulan November. Umarov ketika itu mengancam, "perang akan tiba di kota-kota Rusia" dan mereka "akan memperluas operasi militer ke wilayah Rusia."

Umarov juga dikatakan bertanggung jawab atas perisitiwa pengepungan sebuah sekolah di Beslan pada tahun 2004 dan sejumlah serangan lainnya di wilayah Rusia. Wilayah Kaukasus Utara menjadi zona perang bagi Checnya dan Rusia pasca runtuhnya Soviet Union pada tahun 1991. Sejak itu aksi-aksi kekerasan kerap terjadi mulai dari wilayah Checnya sampai ke wilayah tetangganya, Dagestan dan Ingushetia.

Sehari setelah serangan di Moskow, juga terjadi serangan bom serupa di Dagestan yang mengorbankan 12 orang. Dua insiden tersebut menyebabkan pihak berkuasa Ingushetia memperketat pengamanan.

UMAROV dilihat pada   laman web ketika mengaku bertanggungjawab    atas serangan bunuh diri di Moscow.

Sementara itu Reuters melaporkan..

DUBAI: Seramai 12 ulama mengutuk serangan bunuh diri di Russia dan Dagestan, sebagai ‘jenayah pengganas’ yang melanggar undang-undang agama sendiri.

Serangan itu berlaku di stesen kereta api bawah tanah Metro menyebabkan 50 orang maut dan 100 lagi cedera.“Islam mengutamakan kehidupan dan pengikutnya tidak sekali-kali boleh menggunakan alasan marah untuk membunuh,” kata mereka di sini.

Pemimpin pejuang Chechen, Doku Umarov, berkata dalam video www.kavkazventer.com, dia mengarahkan serangan dilakukan kerana membalas dendam dasar Vladimir Putin di Caucasus.Video itu disiarkan selepas 12 terbunuh dalam serangan kedua, awal semalam.

“Prinsip dan etika Islam melarang sepenuhnya perbuatan jahat itu,” kata Setiausaha Agung Persatuan Seruan Islam Sedunia, Muhammed Ahmed Sharif.
Sementara itu, di PARIS, sekumpulan ulama menolak tafsiran pelampau melakukan pembunuhan kerana bercanggah dengan dunia global yang menghormati fahaman dan hak awam.

Satu persidangan di Mardin, tenggara Turki, mengisytiharkan bahawa fatwa ulama kurun ke-14 Ibnu Tamiyya memisahkan ‘rumah Islam’ dan ‘rumah orang tidak percaya kepada tuhan’ tidak lagi dipraktikkan.
Osama bin Laden memetik fatwa Tamiyya berulang kali dalam gesaannya supaya umat Islam menggulingkan kerajaan Arab Saudi dan melancarkan jihad menentang Amerika Syarikat.

Merujuk kepada dokumen itu, ulama persidangan itu mengisytiharkan: “Sesiapa yang menggunakan fatwa ini untuk membunuh umat Islam dan bukan Islam tersilap dalam tafsirannya. Ia bukan kepada seseorang individu Islam atau sekumpulan Islam untuk mengumumkan dan mengisytiharkan perang atau terbabit dalam jihad perjuangan atas nama sendiri,” kata pengisytiharan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Arab dan kemudian diterjemahkan ke bahasa Inggeris, kelmarin.

Deklarasi itu adalah cubaan terbaru oleh sekumpulan ulama menyangkal dakwaan pelampau. Mac lalu, sekumpulan ulama Pakistan mengeluarkan fatwa 600 muka surat menentang keganasan.

Persidangan Mardin itu mengumpulkan 15 ulama terkenal dari negara termasuk Arab Saudi, Turki, India, Senegal, Kuwait, Iran, Maghribi dan Indonesia.

Antara yang hadir ialah Mufti Besar Bosnia, Mustafa Ceric, Sheik Abdullah bin Bayyah dari Mauritius dan Sheik Habib Ali al-Jifri dari Yaman. -Reuters

Sebelum ini...




We'll not forget - we'll not forgive!

Chechnya: The struggle continues!

Emir of the Caucasus Dokka Abu Usman: "There are thousands of Mujahideen in the Caucasus!"

Feb. 5: A day of slaughter by Russian invaders in Chechen village of Novyye Aldy
AVI

Russia's Hidden War: Ingushetia!

Ingushetia: A second Chechnya!

Thursday, April 01, 2010

Bagaimana Kaedah Bezakan Daging Babi Atau Ayam? Prof Azhar USM


Gambar.. Ketua Penyelidik USM Prof Azhar Mat Easa

PULAU PINANG, 1 April — Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging babi dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan “ribose”.

Melalui kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Ketua Penyelidik USM Prof Azhar Mat Easa berkata proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya.

“Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya,” katanya pada sidang akhbar di USM hari ini yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F.M. Alkarkhi.

Azhar, yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, berkata dengan menggunakan alat dikenali “spectrophotometer”, julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi.

Katanya hasil ujian berkenaan akan mendapati warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging babi.

“Menerusi ujian berkenaan orang ramai khususnya pengguna Islam kini tidak perlu rasa was-was ingin menikmati daging ayam kerana keputusan akan diketahui dalam tempoh kurang dua jam untuk membezakannya dengan daging babi,” katanya.

Azhar berkata kaedah baru itu telah difailkan untuk paten dan ia juga boleh dimanfaatkan bagi mengatasi keraguan terhadap tahap halal daging terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhana.

Katanya kaedah itu juga berguna untuk membezakan antara serbuk gelatin babi dan lembu serta boleh digunakan dalam industri makanan yang menggunakan daging serta industri daging beku.

Kos mesin spectrophotometer ialah sekitar RM25,000 manakala ribose berharga RM15 untuk setiap botol yang mengandungi sebanyak empat gram. — Bernama (AK)

SIS Sambut Baik Tidak Laksanakan Sebat.



KUALA LUMPUR 1 April — Sisters In Islam (SIS), antara pertubuhan bukan kerajaan yang pernah menentang hukuman sebatan ke atas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno menyambut baik pengampunan Sultan Pahang yang menggantikannya dengan kerja-kerja khidmat masyarakat.

“Sisters in Islam mengalu-alukan keputusan meringankan hukuman sebat kepada Kartika kepada kerja khidmat sosial yang diputuskan oleh Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Ahmad Shahm,” kata Pengarah Eksekutif SIS Dr Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Keputusan menggantikan hukuman itu dimaklumkan kepada Kartika semalam, Kartika akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang esok untuk menjalani hukuman tersebut. Sehingga akhir bulan lalu SIS telah diambil keterangan polis dua kali dalam tempoh lima bulan berhubung isu pelaksanaan hukuman sebatan ke atas kaum wanita Islam.

Terbaru, Hamidah telah menemui pihak polis pada 22 Mac lalu di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan. Siasatan terbaru itu berdasarkan laporan polis dibuat Majlis Agama Islam Selangor berhubung kenyataan akhbar yang dikeluarkan 17 Feb lalu, yang mempersoalkan motif kerajaan melaksanakan hukuman merotan ke atas tiga wanita berkenaan awal bulan lalu.

Sehubungan itu, SIS melahirkan keprihatiannya ekoran perkembangan terbaru ini sedangkan beberapa isu berkaitan dengan persoalan perlembagaan dan syariah, garis panduan menjatuhkan hukuman dan komitmen Malaysia terhadap instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang dibangkitkan dalam kes Kartika masih belum selesai.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Malaysia pun tiada ikut Islam sepenuhnya, macam mana nak pertahankan hukum sebat yang tidak Islamik itu.(AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails