Friday, April 02, 2010

Pencalonan 17 April Dan Pengundian 25 April Ini!




PUTRAJAYA, 2 April [12.35 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (foto) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2005 telah memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC pula, hanya mendapat 22,979 undi.

[Tahniah! kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana akhirnya bertindak profesional dengan mengadakan tarikh pencalonan dan hari pengundian pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada hari cuti iaitu 17 April (Sabtu) dan 25 April (Ahad). Semoga dengan perubahan ini ia akan memudahkan lagi rakyat di kawasan Hulu Selangor untuk membuang undi pada pilihanraya kecil kali ini.

SPR juga diseru bertindak wajar dengan mengelakkan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi lagi selepas ini. Jika SPR mahu mereka terus dihormati rakyat, ciri-ciri adil dan telus itu perlu jelas dalam perkhidmatan mereka. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan terus mengatakan SPR memang sudah jadi talibarut dan komponen UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya]. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails