Sunday, March 28, 2010

Politik MCA: Chua Menang Presiden, Tiong Lai Timbalan


Chua menang presiden, Tiong Lai timbalan
Mac 28, 10 10:33am
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat (penyandang dihitamkan) ialah:

1.Lee Chee Leong (1,430)
2. Hou Kok Chung (1,312)
3. Heng Seai Kie (1,267)
4. Wee Jeck Seng (1,175)
5.Toh Chin Yaw (1,142)
6. Tee Siew Kiong (1,141)
7. Gan Tian Loo (1,117)
8. Tan Chai Ho (1,114)
9. Ong Ka Chuan (1,104)
10. Lee Wei Kiat (1,100)
11. Loh Seng Kok (1,086)
12. Hoh Khai Mun (1,077)
13. Liew Yuen Keong (1,059)
14. Tan Cheng Liang (1,054)
15. Koh Nai Kwong (1,040)
16. Por choo Chor (1,037)
17. Tan ken Ten (999)
18. Kong Sing Chu (981)
19. Chong Itt Chew (975)
20. Yoo Wei How (974)
21. Tan Ah Eng (969)
22. Wong Koon Mun (953)
23. Ti Lian Ker (929)
24. Teh Kim Poo (864)
25. Chuah Poh Khiang (851)

Seramai 14 penyandang CC berjaya mengekalkan jawatan masing-masing. Kesemua mereka yang menang CC terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

6.50pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Keputusan sedang diumumkan bermula dengan 25 pemenang jawatankuasa pusat MCA.

6.40pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Manakala pengiraan semula undi bagi kerusi ke-25 jawatankuasa pusat sedang berjalan.

5.11pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden pula bermula selepas selesai pengiraan undi bagi jawatan naib presiden, Manakala pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai kira-kira jam 4.30 petang.

4.37pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan naib presiden pula bermula. Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat sudah selesai kira-kira jam 4.30 petang.

1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi.

1.20pm: Pengiraan bermula. Semua ejen dan pengawas pemilihan dilarang bawa telefon bimbit ke dalam dewan.

12.25pm: Tempat pengundian ditutup secara rasmi.

12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari.

11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.


11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah 'underdog' dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia 'satu putarbelit media tertentu'. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.

10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.

10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.

10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.

10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.

9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.

9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.

Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.

7.45am: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan calon presiden pertama yang tiba di ibupejabat. Dia ditemani anak lelakinya yang juga ahli parlimen Labis, Tee Yong.

Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?"(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cantiknnya politik MCA setakat ini..

3 comments:

Anonymous said...

Pemilihan MCA Ahad 28 Mac menjadikan UMNO setaraf dengan MIC dalam soal demokrasi parti.
UMNO zaman Mahathir sanggup mengubah peraturan pemilihan semata-mata kerana Mahathir gila kuasa dan tamak jawatan.
Dia tidak letak jawata selepas menang lewat petang dengan cuma 41 undi. Lebih menarik, UMNO diharamkan dan sebuah parti baru dengan nama UMNO Baru ditubuh dan disahkan selepas percubaan untuk menghidupkan UMNO oleh Tg Razaleigh pada masa itu ditolak.
UMNO kini kelihatan hanya sebuah parti feudal dan ketinggalan zaman.
Jika UMNO mengalami krisis yang sama, sudah tentu pesaing Presiden akan dijatuhkan melalui penipuan semasa pengundian. Disamping pelbagai berita negatif akan terpampang di muka depan akhbar mereka. Dasar mengampu dan menjilat sehingga melibatkan bini dan mak adalah satu kaedah autokratik lapuk yang menggambar era menteri propaganda Nazi Josef Goebel dan Stalin serta Mao Zedong.
MCA telah berjaya keluar dari zaman feudal.

BERAS said...

Berketuakan orang .....
uhh tak mahu aku..
Pasti gembira BN...

BN diulit pemimpin.....

Fikirlah

Anonymous said...

Pilihlah pemimpin yg ada rekod baik segala2nya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails