Sunday, March 28, 2010

Dicari Pelakon Pukul Isteri, Dadah & Hilang Diri. Siapa?

HALAMAN HIBURAN


Lihat gambar filem-filem di atas, mungkin anda boleh tahu siapa dia?

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Polis sedang menjejaki seorang pelakon filem dan drama popular sekitar awal 90-an berhubung kes memukul isterinya hingga mengakibatkan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata kejadian itu berlaku di rumah artis berusia 41 tahun itu di Kampung Cheras Baru, Ampang di sini, Rabu lepas kira-kira pukul 7 pagi.

“Insiden itu berlaku kerana ada perselisihan faham dan isteri pelakon itu juga mendakwa bahawa beliau sering dipukul suaminya. Isteri pelakon itu juga mengesyaki suaminya turut terlibat dalam penagihan dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Koperal Khalid Che Ros di rumah anggota polis itu di perumahan polis Taman Keramat Permai di sini.

Abdul Jalil berkata tidak tahan dengan perbuatan suaminya, isteri pelakon itu yang berusia 28 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.

Beliau berkata sejak kejadian itu juga pelakon itu telah menghilangkan diri dan pihak polis sedang mengesannya untuk disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Antara filem terbitan tahun 90-an yang pernah dilakonkan oleh pelakon tersebut termasuk Harry Boy, Azizah — The Legend dan Riang Tirana. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat gambar filem-filem di atas dan keratan akhbar di bawah, mungkin anda boleh tahu siapa dia?

2 comments:

Anonymous said...

Pelakon ini juga pernah trlibat dengan kelahiran anak laur nikah teman wanitanya awal tahun 1990 dulu.

Anonymous said...

Adakah kita dengan PUKUL isteri kita menunjukkan kita HEBAT dan HERO?

Hormatilah wanita.

Bila pilih suami nanti, pilihlah yg BERAGAMA....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails