Thursday, April 01, 2010

Suami Aktres Sandra Bullock Ketagih Seks.

HALAMAN HIBURAN

LOS ANGELES: Apri1,10: Suami aktres Sandra Bullock, Jesse James dilapor mendaftar diri di sebuah klinik pakar merawat ketagihan seks. Wakil mekanik motosikal itu yang dituduh menjalinkan hubungan seks dengan empat wanita mengesahkan James menjalani rawatan.

Klinik di Sierra Tucson itu menyediakan rawatan untuk membantu penagih dadah dan arak serta mereka yang mempunyai nafsu seks melampau. Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu majalah hiburan Internet, TMZ, Jesse ditahan oleh polis California Jumaat lalu kerana memandu kereta tanpa nombor plat.

Apabila disoal mengenai destinasinya, James dilapor memberitahu seorang anggota polis, dia dalam perjalanan ke Arizona dalam usaha untuk menyelamatkan perkahwinannya. Bagaimanapun, usahanya itu mungkin sudah terlambat.

Menurut laporan, pemenang anugerah Oscar, Sandra, mahukan perceraian dan sudahpun memulakan langkah untuk tujuan itu. Satu sumber berkata: “Sandra sudah tidak boleh menahan sabar. Dia ingin mengakhiri perkahwinannya dengan James.”

Pelakon filem The Blind Side itu menyembunyikan diri sejak kekasih gelap pertama James, Michelle McGee mendedahkan hubungan mereka. Beberapa rakan berkata, Sandra dibantu oleh keluarganya, khususnya bapanya, John.

Seorang rakan memberitahu: “Sandra wanita yang tabah. Dia pasti dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.” - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah sekelumit contoh kehancuran moral artis/aktres di barat. Perkara inilah yang sangat dibimbangi berjangkit di negara umat Islam ini. Persatuan Seniman dan pihak berwajib kena buat sesuatu, untuk selamatkan seniman-seniman Malaysia. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Selamatkan artis2 kita dengan agama...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails