Sunday, March 07, 2010

R/Tangga Maya Karin, Penghibur Tapi Tak terhibur..

HALAMAN HIBURAN
Maya Karin dan husband..

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Pelakon popular, Maya Karin dilaporkan mengakui kemelut rumah tangga yang dihadapi dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven terlalu rumit dan mungkin berakhir di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat.

Walaupun belum bercerai, setakat ini kata Maya Karin, mereka membawa haluan sendiri dan perdamaian menemui jalan buntu.

“Hubungan kami rumit dan saya difahamkan Steven dalam proses memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah.

“Kita tunggu dan lihat sajalah di mana akhirnya. Saya serah kepada keadaan,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Sebelum ini, Maya yang juga Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, mengakui rumah tangganya berdepan konflik.

Maya Karin dan Steven, seorang guru Matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.

Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor pada 26 Ogos tahun sama. (sumber: The Malaysian Insider)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kerana artis dan aktres menjadi idola remaja, maka perlu difikirkan sesuatu untuk membimbing mereka supaya menjadi cermin masyarakat yang sebenarnya.. Kementerian urusan wanita atau lain-lain perlu bertanggung jawab.

3 comments:

catchball said...

contoh dah banyak... cuma manusia belum bersedia akur

Anonymous said...

bukan nak memperkecilkan maya karin. mungkin jodoh mereka ditetapkan singkat sahaja, tapi kalau diperhatikan, banyak artis di malaysia yang bernikah dengan saudara baru, usia perkahwinan mereka agak singkat.

Anonymous said...

Sekadar reminder sesama kita: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kajilah dan selidikilah nanti anda akan kesimpulannya sebenarnya kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Hak Allah untuk menganugerahkannya. Bagaimana mungkin mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredai Allah...

Baliklah ke pangkuan agama...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails