Tuesday, March 09, 2010

Nik Aziz Mengulas MP Keluar Parti...



PKR mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008 tetapi tiga ahli parlimen dan empat ahli dewan undangan negerinya telah meninggalkan parti itu. Tiga MP yang berbuat demikian ialah - Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Samsuri (Bagan Serai). Semua mereka mengisytiharkan diri sebagai ahli bebas.

Minggu lalu pula, PKR juga memecat MP bagi Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi Noordin berhubung masalah disiplin. Perkembangan itu menyaksikan PKR kini cuma mempunyai 26 kerusi di Dewan Rakyat menjadikan mereka di kedudukan kedua di belakang DAP yang mempunyai 28 kerusi. Bagaimanapun, sekutu Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PAS masing-masing bertikrar terus memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Demikian menurut Malaysiakini.com.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata masalah yang membelenggui PKR boleh diibaratkan sebagai bayi yang belajar merangkak. "PAS seperti itu juga, sebelum ini. Sebelum kadi kuat, ada juga ahli yang meninggalkannya,” kata beliau selepas menyampaikan derma kepada mangsa kebakaran di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata ahli yang melompat ke parti lain adalah perkara biasa, yang lazimnya berlaku ke atas parti baru seperti PKR. "Sebelum parti menjadi kuat, kita terpaksa menerima perkara seperti itu (melompat ke parti lain),” katanya kepada Bernama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyebutkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ejen Umno menuduh antara lain, Tok Guru tersebut selalu terpengaruh dengan soal politik, semata-mata politik.

"Saya tak tahu, (mungkin) hal seperti ini sengaja nak dipolitikkan oleh Nik Aziz," katanya. Muhyiddin juga menyifatkan Nik Abdul Aziz tidak memahami peranan mufti, seperti yang dilaporkan oleh mStar Online.

Komen Blog Ibn Hasyim: Tok Guru Nik Aziz, itulah peranan ulama Islam sebenarnya. Ulama yang berpolitik. Boleh jadi pemimpin politik, bukan ulama yang diperalatkan oleh partai politik atau mengikut telunjuk kaki pemimpin politik sekular. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails