Tuesday, March 09, 2010

K/Perpaduan: PAS Angkuh, Harussani Jawab Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mempertahankan usahanya membantu merealisasikan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS di negeri itu sambil menegaskan, beliau sanggup menerima “cercaan” mana-mana pihak jika ada yang tidak gembira.

Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.

Malah ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak, kata beliau.

“Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Dipetik Utusan Malaysia, kata Harussani, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.

Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak adalah berdasarkan pengamatannya terhadap PAS Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.

Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.

“Mereka (PAS Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

“Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.

“Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarinmenggelarkan beliau sebagai ejen Umno apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.

Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani pada Program Dialog Za'ba — Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lalu.

Harussani mendakwa, PAS bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12 walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.

Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu. (2MA)

Berkaitan..

4 comments:

Anonymous said...

Adakah mufti redha dgn negara/negeri selama ini ini di jajah oleh UMNO?

Anonymous said...

Apakah cuma membabitkan kepentingan umat Islam (baca UMNO)
atau
kepentingan Islam?

Orang UMNO sudah lama berpolitik cara mereka sekadar agama jadi simbol, dengan senang boleh menipu orang agama...

Akhirnya...orang agama berperang sama sendiri. Yang untungnya ialah UMNO.

saudara rantau said...

siapa pula yang rugi?

Anonymous said...

Yg rugi..ialah yg tak bersama2 dlm usaha memenangkan Islam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails