Monday, March 08, 2010

BN Pancing 2/3 Ahli Dewan, Guna Apasaja -Dr Mujahid Bimbang










KL Mac08 2010. AHLI Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa, Umno/Barisan Nasional (BN) sebenarnya cuba memancing sehingga 10 ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi mengembalikan majoriti 2/3 di Parlimen.

Ini penting dakwanya bagi melunaskan hasrat Umno/BN membentangkan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya dalam penggal mesyuarat bermula Mac ini, kata Dr Mujahid pada 3 Mac lalu.

Beliau melahirkan kebimbangan dengan situasi ini kerana baginya, Umno/BN akan menggunakan apa sahaja 'maschinery' yang ada untuk memancing wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk tujuan itu.

"Setakat ini tiga sudah berjaya mereka pancing untuk menjadi bebas yang akan menyokong mereka nanti, dan dalam masa terdekat akan ada lagi yang dipancing dan mengumumkan keluar parti," katanya.

Beliau mengingatkan pimpinan Pakatan Rakyat agar berhati-hati dengan taktik kotor ini selain memperkuatkan semangat wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk terus bersama mendukung agenda perubahan.

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Sementara itu, sumber Harakah menyatakan beberapa wakil rakyat lagi kini sedang dipujuk untuk menyertai kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telahpun keluar parti.

Ada yang menyatakan, mereka ini diumpan dengan wang untuk menyelesaikan masalah kewangan dan masalh peribadi yang sedang membelenggu masing-masing, namun sumber tidak menyebut secara spesifik berapa jumlah yang terbabit dalam tawar menawar itu.

Dijangkakan dalam beberapa hari lagi, akan ada seorang atau dua lagi yang akan keluar KeADILan dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN di Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya, kata sumber.

Dalam pada itu, sebaik ahli Parlimen Padang Serai, Mohsin Fadzil Shamsuri mengisytihar keluar parti, para penyokong dan Pengundi beliau di Bagan Serai bertindak membakas gambar beliau yang terpampang dalam Utusan Malaysia.

Rata-rata menyatakan rasa kesal dan melaungkan 'Undur Mohsin..Undur Mohsin, kosongkan kerusi..jangan malukan orang banjar'. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails