Saturday, March 13, 2010

KDN: Surat T/ Sebab Kepada China Press Kerana KPN


KUALA LUMPUR 13 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina, China Press, berikutan penyiaran laporan berita eksklusif yang menyatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatan.

"Berita ini didapati tidak benar dan tidak disahkan betul,” kata KDN dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, akhbar China Press diminta mengemukakan penjelasan secara bertulis kepada KDN dalam tempoh tujuh hari.

Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Akhbar itu, dalam laporannya menyebut Musa akan bersara sebelum Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempat beliau akan diganti oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Sumber akhbar terbabit menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menerima surat itu.

Hishammuddin dan Musa hari ini menafikan laporan akhbar itu. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails