Saturday, March 13, 2010

Syabas Khalid Sheikh Mohammed, Bangga Tindakannya.

2010/03/12
pix_gal0
Bekas ketua agensi perisik Britain tuduh AS sorok penderaan suspek keganasan.

LONDON: Dalang serangan 9/11 di Amerika Syarikat, Khalid Sheikh Mohammed dikenakan teknik 'waterboarding' atau 'dilemaskan' sebanyak 160 kali.

Pada masa sama, Amerika menyembunyikan dasar mendera suspek keganasan daripada pengetahuan umum, kata bekas Ketua Agensi Perisikan Britain MI5, Baroness Eliza Manningham-Buller yang bersara pada 2007.

“Mereka sedaya upaya cuba menyembunyikannya (penderaan) daripada kita,” katanya dalam ucapan kepada Kumpulan Mile End di Dewan Lords, kelmarin.

Manningham-Buller berkata, beliau tertanya-tanya bagaimana Amerika mampu mendapat maklumat daripada Khalid.

“Saya bertanya kepada pegawai, mengapa dia (Khalid) memberi maklumat kerana berdasarkan pengalaman kami dengan tahanan gerila Ireland, mereka tidak akan bercakap.

“Khalid memberitahu perisik Amerika bahawa dia bangga dengan apa yang berlaku atas rancangannya.

“Hanya selepas saya bersara baru saya mengetahui bahawa dia (Khalid) ‘dilemaskan’ sebanyak 160 kali,” katanya lagi.

Manningham-Buller membuat pendedahan itu selepas kontroversi meletus berhubung dakwaan ejen perisikan Britain bekerjasama dengan rakan mereka dari Amerika bagi mendera suspek pengganas.

Isu itu terbongkar bulan lalu selepas seorang bekas tahanan pusat tahanan Guantanamo dari Britain, Binyam Mohamed mendedahkan butir-butir penderaan terhadapnya sambil menyifatkannya sebagai kejam, tidak berperi kemanusiaan dan menghina maruahnya.

Bekas ketua MI5 itu sempat berseloroh dengan mengatakan anggota pentadbiran Presiden George W Bush termasuk Naib Presiden Dick Cheney dan Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld, mungkin mendapat inspirasi keterlaluan itu menerusi drama televisyen 24.

“Sesuatu yang malang ialah Cheney, Rumsfeld dan Bush menonton rancangan 24 yang mengisahkan pengalaman ejen antikeganasan yang dilakonkan oleh Kiefer Sutherland. – Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Memang tidak ada jalan lain, untuk melawan pengganas AS. Syabas Khalid yang bangga dengan tindakannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails